Alhamdulillah aku telah masuk kerja semula selepas bercuti bersalin 3 bulan. Dalam 3 bulan tu pulak, aku teda masa mau update blog. And aku janji untuk share pengalaman bersalin anak kedua ni. Pengalaman kali ni lain sikit. Dan harap dapat membantu meningkatkan adrenalin mommies di luar sana hehehe.
Berkat rezeki dari Allah aku dapat bersalin di hospital swasta kali ni. Bukan apa, fobia bersalin di hospital kerajaan belum habis lagi uhuk3.. Tapi bukan aku cakap kerajaan nda bagus, cuma aku mau keselesaan untuk bersalin kali ni.
10/4/2015 (Jumaat)
Kandungan aku ngam2 masuk 40 minggu. Memang ini tarikh due tapi sakit contraction masih belum ada. Jadi aku decide mau serah diri sebab aku rasa macam nda tertahan sudah menanggung berat dan husband pun kena outstation ke KL hari Ahad tu.
Dua hari sebelum tu ada bloody show, dan aku pun pergi jumpa doktor la hari tu jugak untuk bagitau pasal tu. Bila dia cek bukaan, debilang baru 3cm. Jadi dia suruh balik dan datang bila ada kontraksi yang betul.
Tunggu punya tunggu, sakit tetap tiada. Jadi aku serah diri sama doktor dan aku insist mau bersalin hari tu jugak. Doktor tanya simpan ubat la? Aku kasi iya ja.. Penat sudah ni bawa perut, aku nda dapat tunggu lagi. Ketawa ja tu doktor ah. Sabar ja la.. Jadi doktor cakap jam 10am dia simpan ubat dan dia suruh pergi tingkat 3 (level bilik bersalin). Tapi aku minta excuse mau pergi makan dulu kenyang2 sebelum beranak. So doktor suruh datang balik jam 11am.
Tapi sebelum jalan pergi makan tu, nurse suruh pigi bayar dulu deposit @_@ (Takut kali kami lari atau nda mampu bayar) Haha. Belum lagi kamu tengok cara dia suruh pergi bayar depo tu. Dua kali dia ulang sambil tunjuk *peace* (maksudnya RM2k). Bikin lucu. Terasa sekejap diri kami ni macam nda berduit. Lol.
So selepas bayar depo, kami jalan pergi Kandi 5 Cafe di Metro Town, makan apa yang aku mau makan sebab selepas ni harus pantang makan! hehe. Kena makan kenyang2 sebab nanti teda tenaga mau push2 ok. :D
Jam 11am. Berdebar-debar aku turun dari kereta dan sebelum tu aku minta maaf sama husband *uhuk*. Tapi dia ketawa jak. Dia cakap: apa yang ko cakap ni? Sambil dia senyum2. Laaa... teda feeling rupanya. Bikin panas. Haha. Sampai level 3, lepas register terus aku kena suruh masuk wad, ada katil 4. Murah sikit bayaran wad haha. Kalau yang single bed tu, mak aih.. Ongkos tinggi lagi.
Aku kena suruh tukar baju, pakai baju besar tu dan baring. Dup dap dup dap. Dalam 5 minit, doktor datang, cucuk tangan, masuk jarum dan bermula lah saat air ubat kena kasi masuk. Masa kena cucuk tangan tu, aku ingat pengalaman di Hospital Likas, jadi ada fobia sikit. Tapi kali ini teda rasa apa dan darah pun tidak memancut2 keluar dari urat tangan. Terer la doktor Joseph hehehe.. Hati tambah berdebar bila terfikir kedatangan contraction..... Huhh. Harus sakit!
Jam 12pm. Contraction datang sudah tapi belum berapa kuat. Aku masih boleh bercerita lagi sama husband dan makan kurma lagi, minum air. Main henpon, main ipad. Semua aku buat supaya nda telampau neves. Tiba2 jiran katil sebelah aku dengar menahan kesakitan sudah. Huhu. Macam down aku sekejap. Takuttt...
Jam 12.30pm. Okey.. Contraction mula menggila. Badan mula terangkat sikit2. Husband pulak bagitau dia kena pergi HQ sekejap ada urusan. Aku suruh balik cepat sebab mungkin dalam jam 2pm begitu takut masuk labor room sudah.
Jam 1.30pm. Mak aihhh... contraction jangan cakap la. Datang berulang sekejap2. Memang sakit yang tersangat sakit. Huhu. Sekejap2 badan terangkat sebab pinggang belakang aku memang sakit gila sudah. Di atas perut pula macam kena hempap batu besar. Bayangkan.. depan belakang pinggang dan perut sakit, macam kena himpit masuk ke dalam. Begitulah lebih kurang bayangan contraction. Aku berharap husband balik cepat dan dia ada call. Tapi aku nda dapat sudah angkat henpon, menahan kesakitan kan. Adoii.
Jam 2pm. Husband ada sudah di sebelah dan aku berharap aku bersalin sudah time ni sebab contraction menggila. Aku tanya nurse belum boleh bersalin lagi ka? Dia cakap, belum lagi ni. Mataiii... Hahaha.
Jam 2.15pm. Aku minta husband panggil nurse. Aku suruh dia bagitau yang aku mau terberak sudah. Nurse datang dan aku tanya sekali lagi, belum lagi ka ni nurse? Dia tanya, sudah kena cek laluan ka? Aku cakap la, dari start kena simpan ubat, belum lagi kena cek ni. Haaaa..time ni aku mau marah sudah sebab aku rasa nda patut hospital swasta macam ni- yang macam tidak alert tahap kesakitan si ibu. *dush3*
Jadi bila dia cek, dia bilang, baru 5 cm ni. Aku macam nda percaya jak. Lepas ja dia tarik jari dia tu, terus tambah sakit ah tu contraction. Aku rasa macam nda waras pun ada, macam tiada apa2 sudah di kepala. Sakitnya ya Allah .... sakit sesakitnya.
Jam 2.30pm. Aku suruh lagi husband aku panggil nurse tapi kali ni suara aku macam hilang2 sudah antara sakit tu. Aku suruh husband bagitau yang aku betul2 mau terberak sudah dan nda tahan sudah. Haishhh kelam kabut tu Doktor Joseph datang sama tu nurse. Aku rasa tu kepala baby di bawah sudah. Sempat lagi tu nurse cakap: jangan ko push ah, nanti luka tu di bawah. Maigadd... aku nda push pun, tetap tu baby macam menggelongsor di bawah *nangessss*
Tu nurse suruh aku berbaring ke kiri. Debilang ok sikit tu kalau ko baring kiri. Ya memang lega sikit tu sakit.. tapi tetap sakit menggila. Tangan aku pulakk menyangkut di palang katil tu. Macam berjuntai hahaha. Nda dapat sudah aku control badan masa tu. *roll eyes*
Terus aku kena tolak masuk labor room sekali dengan katil aku tu. Haaa kann... Patut aku kena bawa pakai wheelchair ja tapi memandangkan aku macam memang mau beranak sudah, dorang tolak ja katil tu. Laju lagi tu. Mau nda laju, kalau aku terberanak sana, dorang juga susah. Tulah dua kali aku bagitau mau beranak sudah, nda dorang percaya. Adeii.
Ok.. sampai sini ja entri ni ya. Sambung besok pengalaman bersalin aku ni.
xoxo,
KizzyFauzi