Tuesday, July 31, 2012

Hari ni genap minggu ke 30 =)

Dua hari aku cuti, semalam cuti rehat dan hari ni aku ambik cuti sakit. Serius, sekarang badan memang nda larat. Mau bergerak pun kena slow-slow2. Even mau naik tangga pun, kena pegang tangan hasben untuk minta tenaga mau menapak. Kesian si mak buyung. 

Sabtu Ahad lepas, berabis kami ni laki bini bershopping dua hari berturut². Macam orang kaya kan. Segala jenis dibeli untuk persiapan raya. Al maklumlah pertama kali tahun beraya laki bini. Chewwaahh. Jadi yang si mak buyung ni macam nda sedar diri. Berjalan ke sana ke mari, shopping dari kedai ke kedai, macam nda ingat penat. Nda pasal², dua hari ni terpaksa duduk rumah sebab nda larat mau bangun dari katil. Bawah perut terasa sakit. Pinggang jangan cakaplah. Macam kontraksi je. Risau wei.

Jadinya, tadi pigi Klinik Dr Hasnah di Tuaran, mau check if ada masalah dan mau ambik MC. Sayang cuti aku. Sebab tinggal sikit. Ikut hati malas mau pigi klinik, sebab kena bayar. Hahah kedekut! So bila jumpa doktor tu bagitau mana yang sakit, dia pun suruh baring di katil, dia nak check katanya. Bila dia tekan sana tekan sini, dia kata baby masih terapung² means bukan tanda nak bersalin awal. Thanks God. Itu sudah cukup buat aku lega. Sebab aku memang takut bersalin awal. Huhu.

Alang² sudah sampai klinik, aku minta scan la. Mau tgk perkembangan baby.. tapi aku request aku nda mau tengok apa sex baby. =) Biarlah rahsia. Heheh. Bila Dr Hasnah tu pusing² kan alat scan tu, nampaklah struktur baby.. syukur la dia dalam kondisi yang baik. Bila sampai tang muka, doktor kata comelnya baby kamu, mancung hidung dia. Terus² kunun dia tengok hidung aku. Seb baik tinggi sikit hidung aku, kalau nda mesti dia suspect bukan² ni. Hahahahaha. Apapun, aku bersyukur dan terus berdoa agar aku dan baby selamat dan lancar semuanya.

 Ohya aku belum cerita lagi pasal aku minum air glokos dua minggu lepas. Ini gambarnya : 


Nasib baik bacaan gula aku ok. So nda payahlah review balik ke klinik. Sandi juga minum air glokos tu. Taste dia sangat tidak nyaman ok. Dah tu kena habiskan dalam 5 minit. Sempat lagi aku ambik gambar kan. Hehehe.

Baju baby pun aku dah basuh semua. Sudah lipat elok² dalam bakul yang bertutup. Baju dia untuk standby ke hospital pun sudah aku sedia.. 


Comel jak kan tengok baju² baby..... Cant wait to see our baby =) 


Sekarang ni cuma tinggal 10 minggu saja lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.  

Wednesday, July 18, 2012

Trimester ketiga l hati juga dup dap dup dap

Hari ni tepat 28 minggu. Maknanya 7 bulan. Orang kata, bulan yang kena hati² , manatau bersalin awal dari due. Huh huh. Aku selalu berdoa yang baby akan keluar ikut due yang sepatutnya. Tapi yang bikin susah hati, baju² baby belum cuci lagi. Adui. Padahal mami sudah pesan, beg baju baby & aku kena standby dalam kereta mulai dari bulan ni. Manalah tahu kot² ada emergency tetiba, jadi kalau semua sudah prepare awal², tidaklah kelam kabut campur panik. Dalam minggu nilah kena cari juga kiddie wash tu, boleh cuci terus baju seluar baby semua.

Sekarang ni mau berjalan sangat la nda larat. Jalan pun pelan² sdh sekarang. Mau tunduk lagi la. Perut makin memboyot and baby pun bergerak macam dancing hip hop sudah di dalam tu. Hehe. Rasa betul2 miracle sebab ada yang bergerak² dalam tu. Dia aktif kalau time lapar, dan time tidur. Sangat aktif! Kadang² cakap dengan baby, suruh dia tidur, sebab mama mau tidur ni. Besok pagi takut lewat bangun pi keja. Kan susah. :)

Lagi satu dia aktif juga bila dengar aku baca al-Quran. Dia macam bagi respons dengan tendang2 perut, kadang2 rasa macam dia buat 'wave' dalam tu. Ngeheee. Harap² dia jadi orang yang beriman dan taat. Aminn...
  
Berbalik tentang review aku, Jumaat ni aku cuti lagi. Sebab ada appointment di KKIA di Tuaran. Kali ni aku akan disuruh minum air glokos, and after 2 hours, doktor akan ambik darah untuk check kalau ada penyakit kencing manis.. Huh. Yang ni pun paling merisaukan juga ni. Sebab aku suka minum jus oren. Takut juga kalau² air gula dalam jus tu overdose untuk ibu hamil.

Dan lagi, aku sebenarnya kena suruh datang ke KD Bolong untuk ambik borang permohonan ujian najis. Erk.. mesti ramai bingung kan apa tu ujian najis. Ceritanya macam ni. Memandangkan darah aku semakin turun, jadi nurse tu suruh aku 'ambik sedikit najis' aku untuk dihantar ke KKIA Tuaran. Dorang mau check kalau² perut aku ada cacing, yang mungkin menyebabkan darah aku turun. Of course aku rasa awkward.. Tapi mau buat macam mana..ikut sajalah peraturannya. Demi baby kan.

Jujurnya, aku kadang2 stress & bingung dalam fasa-fasa kehamilan ni.. macam² aku yang rasa, fikir, lagi² sudah masuk trimester ketiga ni. Aku selalu berdoa Allah selalu bersama kami dan melindungi kami. Berdoa yang semuanya akan selamat. Insya Allah.

*12 weeks to go.







Wednesday, June 27, 2012

Bad Tuesday =(

Semalam aku cuti rehat. Ada temujanji dengan Klinik Desa sebenarnya. Tapi malas mau pi opis lagi, so aku ambik cuti rehat.. mau tidur hehe.

Aku berharap sangat bacaan darah aku naik. Sebab dua minggu lepas, bacaan aku 9.6. Tapi bila kena check nurse, bacaan aku 9.00 saja! Adoi. Muka nurse tu pun macam nda puas hati jak. Aku lagi nda puas hati ok. Apa nda, ubat tambah darah aku makan tanpa skip, 2 biji sehari. Makanan tambahan? Hmm..teda. Nescafe nda sentuh, tapi teh panas ada. Patut la, kata nurse tu dengan muka yang berkerut. Huhu.

Satu perangai nurse² kerajaan ni kan, suka sangat kasi takut ibu² mengandung ni tau.  Kalau dia bagi warning, nda tapis² lagi. Hari tu masa aku mula² daftar klinik, adalah dorang bagi brief pasal risiko² ibu hamil ni. Salah satu pasal tinggi darah. Nurse tu cakap, kalau tinggi darah yang melampau, boleh terkena sawan. Baby pun boleh risiko keguguran. Aku x kisah pun sebenarnya semua risiko² ibu hamil tu, sebab memang dugaan nya macam tu kan. Cuma cara penyampaian dorang tu kan... iskk isskk isskkk... macam derita telinga ni mendengar. Siap dengan aksi tangan dan mimik muka dorang lagik. Kalau kamurang nda percaya, ba nanti time kamurang mengandung, ada la chance jumpa nurse² kerajaan tu. Hehehehe.

Jadi balik kepada cerita pasal aku nda cukup darah, nurse tu warning la kat aku yang jangan sampai bacaan tu 8 atau 7. Kalau tidak..... kalau tidak, napa nurse? Tanya aku penuh gusar. Kalau tidak, nanti kena cucuk jarum di punggung, 10 kali suntikan selama 10 hari berturut..kau nda takut? Kata nurse tu lagik dengan senyuman manisnya..

Bahaaaaaaaa.. time tu aku macam mau menangis pun ada, mau tergulik² pun ada, mau makan ubat tambah darah satu kaligus jam tu jugak pun ada. Huhu tapi nanti overdose la pulakkk..masuk hospital lagi. Tidakkk.. i hate hospital tau! Y_______Y

Dua minggu lagi aku kena review sekali lagi. Aku mau makan hati ayam la kalau macam ni. Daripada kena cucuk bontot, bagus aku makan hati ayam. Huhuhuhu *nangis tidak berlagu²*






Friday, June 22, 2012

Kekejangan kaki dan hidung berdarah

Kali ni aku mau share pasal implikasi kesihatan sejak mengandung ni. Minggu ni kandungan aku dah masuk 6 bulan. Perut pun dah ke depan (tapi masih tidak tau apa gender baby.. hari tu scan dia malu mau bagi tengok hehehe), berat pun dah semakin bertambah (56.5 kg ok), jalan pun dah macam tak larat - orang opis kata aku jalan macam Penguin - sabo je la, and sakit pinggang jangan cakap la. Kalau boleh, mau buka pinggang ni simpan sebelah boleh? Haha.

Dalam seminggu ni, aku dah kena kekejangan betis kaki dua kali. Allah, punya sakit. Jam 3.30 pagi plak tu.  Aku gerak hasben sambil terjerit sikit. Mula² tu hasben pun panik. Dia lagi nda tau mau buat apa. Dia mau urut, aku kata tambah sakit. Dia suruh luruskan kaki, aku kata tak boleh.  Dia suruh jalan², aku lagi rasa macam mau marah. Huhu. 

Last², aku duduk tepi katil, aku angkat sikit paha aku, tapak kaki nda jejak lantai - baru beransur ok. Tupun dalam beberapa minit aku buat macam tu. Bila aku pusing belakang, aku tengok hasben aku sudah landing, berdengkur tidur. Tension la tu. Pening + panik kali tengok aku kesakitan. Agaknya dia nampak aku sudah ok, terus dia landing sedap ja. Hahaha.

Semalam aku kejang kaki lagi. Kali ni bila aku gerak hasben sikit ja dari tidur (sebab jam dekat 2.00 pagi kalau  tidak silap), dia terus bangun tanya mana yang sakit.  Aku mau ketawa pun ada tengok gelagat dia yang panik semacam jak, tapi memandangkan kaki aku lagi sakit, aku bagitau jak minta dia ambilkan minyak urut gamat atas meja tu. Kali ni kaki aku relief cepat sikit.. mungkin sebab aku dah tau macamana mau handle. Hehe.

So start minggu lepas, aku tidur dah pakai stokin, takut masuk angin. Agaknya kekejangan tu pun salah satu sebab masuk angin. Ada jugak aku gugel cari info, ibu hamil memang ada potensi kekejangan kaki. Jadi aku terima la qada nya.

Pasal hidung berdarah pulak, aku noticed since last week, aku rasa hidung aku macam tersumbat semacam jak, campur dengan bau hanyir yang tak berapa kuat la. Jadi bila aku kuis² dalam hidung aku ni (aku guna perkataan "kuis" instead of "kurik" - sopan sikit la kan hahaha ) , "isi" hidung aku tu bercampur dengan darah. Kadang² bila aku letak jari di wall  dalam hidung aku tu, ada sedikit berair campur darah. Aku tak panik, tak. Cuma bingung. Samalah tu kan. lol

Jadi aku gugel lagi. Yep, it's one of symptoms of simple nose bleed for pregnant mummy. huhhh....Panjang keluhan aku. Hmm tak apalah. Mau buat macamana, inilah rupanya cabaran menjadi bakal ibu. Sebab tu Islam melarang dan mengkeji kita kalau derhaka kepada ibu dan bapa. Pengorbanan sangat² besar untuk melahirkan dan membesarkan kita! 

Minggu depan aku review di klinik lagi. Harap² bacaan darah aku naik. 

Friday, June 15, 2012

1st dose Tetanus, sakit bah!!

11/6/2012 Isnin lepas tu, aku review klinik. Aku ambik cuti sebab aku datang lambat pi klinik. Kalau sudah datang klinik jam 8 pagi ke atas, konfom kena layan after 2 hours macam tu. Biasa la, klinik kerajaan kan. Slow and steady. Hahaha. Bukan apa, klinik kerajaan kan free, jadi mesti la jadi pilihan pertama ibu2 mengandung, lagi² yang tidak bekerja..

Aku smpai klinik jam 10.20 pagi macam tu. Memang ramai orang. Aku dah set mind konfom aku kena panggil dekat jam 12 pm macam tu. Memang betul jangkaan aku. Hehe. Jadi aku nda la rasa mau terjun dari klinik tu ka, atau buat kungfu panda ka - konon2 mau tunjuk protes sebab lambat kena layan.. aku sabar ja sampai kena panggil.

Sebenarnya 2 benda ja aku risau tahap gaban kalau nurse check aku. Pertama, kalau² baby aku ada something wrong. Kedua, tekanan darah aku. Jadi bila nurse check belly aku (dia guna ultra sound yang paling simple) , boleh dengar degupan jantung baby, aku relief. Then masa untuk check tekanan darah. Ermm ok.. bacaan 9.6. (aku dah buat muka straight face). Nurse tu tanya: Kamu ada skip makan Obimin ka? Aku jawab, Tiada. Tapi darah kamu makin turun. Dia kata lagi. Aku diam ja. Sebab salah aku minum nescafe dua hari berturut. *Gebukkk*
Nurse tu "ugut" aku dah. Dia kata: Dua minggu dari sekarang, kamu try la kasi naik darah. 26/6 nanti datang sini balik check darah ok? . Aku diam ja la. Berfikir apa cara mau kasi naik darah. Sebab aku x makan hati ayam. *Nangis dalam hati*

Tiba² nurse panggil aku bawa pi bilik sebelah. Mau jarum dos pertama Tetanus katanya. Aku mula berpeluh ni. Because I REALLY HATE MEDICAL NEEDLE!!! Aku tanya, sakit ka nurse? Dia tanya balik, kenapa kamu takut? Dia senyum sumbing, aku senyum sumbang. Naaaa ngamm! Aku diam ja bila dia explain yg tempat kena jarum tu akan kebas dalam 2-3 hari. Bila dia suntik ja, aku tengok luar jendela. Nda mau tengok!! Bila touch ja di kulit, ya Allah punya la sakitt! Huhu menangis ja nda....

Bila selesai, cepat2 aku cari hasben aku di luar klinik. Seb baik dia sudah tunggu di luar klinik. Sampai kereta, baru keluar air mata yang aku tahan² dari klinik tadi. Lagi sakit bila teringat nurse tu cakap time aku kelam kabut keluar dari bilik suntikan tadi: Bulan depan jarum lagi dos kedua ya?

Senyuman nurse tu memang penuh makna ok! Huhu ....


Thursday, May 31, 2012

Alahaii comelnya baju² baby! =)

Dalam minggu ni jak, dua kali aku shopping baju baby di 1Borneo. Sebab sekarang ni ada Baby Fair di sana. Dah macam Sogo aku tgk 1Borneo tu. Sana sini tampal sale yang gila². Seb baik aku sudah lama pencen "bershopping" untuk diri sendiri. (eh betul ke? wakakaka)

Cerita pasal baju baby yang aku beli tu, semua murah² belaka, dengan jenama yang bagus.. aku rasa lah hehe. Paling mahal pun RM19.00. Paling murah RM7.00! Untung kan? Hehe. Bila sampai rumah tadi, aku kira balik dah berapa banyak baju yang sudah dibeli, semua ada 11 helai. Ermmm cukup ka tu? Aku rasa macam nda cukup tapi hasben cakap: Cukup la tu... Aku: Erk....ok .... (Tak mau banyak cakap, sebab dia yang keluar duit. Hahaha)

Hasben ada tegur jugak kenapa beli semua baju baby tu untuk baby boy, dia kata lagi karang dapat rezeki baby girl susah lagi nak beli lain. Aku selamba ja cakap: ala..boleh ba kalau baby girl jugak pakai baju baby boy. Nda apa² jugak, ok tu.. - *Padahal dalam hati, susah hati jugak kekekek

Lepas ni, aku cadang mau beli barang² keperluan asas yang lain. Tapi kena tunggu gaji yang akan datang la pulak. Karang nda berasap dapur kami gara² membeli barang baby sekaligus hehehe.

Nampak macam sikit ja kan ? 

Comellllllllllll betul seluar ni. Ada poket kiri kanan lagi tu.
Cuba imagine kalau baby dapat kasi masuk tangan dia dalam poket tu. hehehhee

Ketara sangat ke aku konfiden dapat baby boy? tak kan? Hehehe


Besok aku review doctor KKIA di Tuaran untuk scan baby.. so maybe tomorrow we will know what gender my baby is! Surpriseeeeeee ^^

Monday, May 28, 2012

a yellow note again


My mind says:-


You can be a stalker, if you want to, if you have to, if you need to.


But please, no more any thoughts. 


I'm not your hater, it's just .. i still can't adapt it yet. 


After all, you're not sorry.


# Jikan wa, osoraku, watashi o iyashite kureru#

Friday, May 25, 2012

Semuanya untuk baby!

Fuh..Fuh.. Fuh... chewahh macam penat semacam jak kan. Hehehe. Sebenarnya bukan penat apa, tapi penat cari² info maternity di laman web untuk ibu mengandung. Bukan cari info knowledge, tapi pasal baju mengandung la, breastfeeding dress la, kelengkapan baby la..dan macam2 lagi laa. Pendek kata, sekarang ni dalam kepala fokus semua untuk baby! Sampai opis, on pc, bukak tenet, trus surf web² & blog yang jual maternity & breastfeeding stuff secara online. Adoii pening akak - kalau boleh semua pun mau ok. Tamak! Hahaha. Uang ja yang penting dalam bank lol - ni seb baik bos belum kedapatan lagi aku asyik bukak tenet cari barang online.. kalau enda, abis la KPI aku hujung tahun ni hihihi

www.mumdreams.com.my - comel je web ni kan. Pink² lagi.. :D

http://www.suri.my/store - gerammmmm tengok baju² tu =.='

Semalam aku ada beli jugak mag Pa&Ma.. harga mag di Sabah memang mahal.. RM11.80 ok. Huhu. Kalau di west, baru RM7.50.. gila banyak beza. Apa boleh buat, mau cari info bacaan, kena la beli jugak kan. Lagipun banyak juga ilmu kekeluargaan dalam mag ni. Kalau si suami yang lack of knowledge of marriage, esp pasal mau tolong² isteri buat keja rumah, haaaaa ni mag memang sesuwei sgt la kak.. bagi si abang tu baca, kalau dia nda baca depan² kita pun kot² dia malu dgn egonya, hint² lah suruh baca lepas dia tgk bola pun boleh. Mana tau, time² kita sudah masuk tidur, dia diam² pi baca..kan? Hahahaha. Jangan pula si isteri jadi stalker tengah malam plak... kalau kedapatan, kan malu si abang tu. Kekekekekk

Pa&Ma bulan Jun 2012 - comel kan baby tu. Nama dia Maher Mufti . Sedap nama kan.=)

Ohya..baru semalam aku post pasal pembelian Quran Digital kan.. Syukur alhamdulillah, bungkusan baru jak sampai tadi. Cepat nya proses! Memang komited la company ni. Jom usha apa ada dalam bungkusan tu. Nanti lepas aku guna, nanti aku post entri komen tentang Quran Digital tu ok! ^^

Sampai sudah bungkusan. Alhamdulillah!

Macam ni rupanya kotak nya. Cantik. Hijau kan? =)

Isi di dalam.. Set al Quran Digital, tepi kiri tu pen digital 

Free buku Doa Umrah&Haji, dan buku Doa Seharian

boleh klik sini untuk servay @ beli online Quran Digital ni =) 

Thursday, May 24, 2012

Persediaan 'kekuatan dalaman' baby =)

Sebagai bakal mummy, banyak betul perancangan untuk mempersiapkan 'dalaman' baby yang bakal lahir. Sekarang ni kandungan aku sudah masuk 5 bulan (20 minggu), dan bila baca info² pregnancy - masa sekarang lah yang sesuai untuk dengarkan baby dalam kandungan bacaan-bacaan ilmiah, lagu muzik untuk merangsang pendengaran dan pergerakan dalaman baby. Dan untuk future, semoga dia menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Amin..

Aku sebenarnya lama sudah merancang mau beli iPad supaya dapat kasi dengar baby muzik atau pun bacaan ayat² al-Quran dan baca buku kanak² secara online (comel ja kan hehehe).. tapi baru² ni Daia bagitau pasal al-Quran digital which is yg memang lama sudah aku terfikir mau cari tapi nda kesampaian. So couple days ago, dia bagi aku web yang boleh beli al-Quran digital tu. Harganya RM300 satu set.

Jadi bincang dgn hasben (mula² tu dia nda percaya pembelian online ni) tapi sudah puas pujuk siap bg tengok dia sendiri web tu, so hasben pun setuju juga mau beli Quran digital tu. Insya Allah dalam masa 5 hari bekerja, sampailah kot pi opis aku ni. Insya Allah.

iPad plak nda tau bila la mau beli. Fikir2 sayang duit ( hahahha kedekut!). bukan kedekut, jimat... hehehe. Kan banyak benda lagi mau beli untuk persediaan kelahiran..hehehe.

Sekarang ni aku baru mula dengar bacaan al-Quran online di sini . Hopefully dengan bacaan yang baby ni dengar, dia akan serasi dengan muqaddam dan al-Quran dari kecil sampai besar. Manatahu dia boleh jadi ahli tahfiz, nda pun jadi macam Ustaz Don. kan? heheeheh. Aminnn....

Sunday, May 13, 2012

Celebrate birthday di kampung!

Semalam, 12 Mei 2012, kami adik beradik semua pakat balik kampung sebab mau sambut harijadi aku dan mami. Opss nda lupa juga abang ipar aku (suami Along) dan bakal tunang Kiko - pun join sambut sekali. Sebab birthday dorang dalam bulan 5 jugak =)

Menu macam biasa - aktiviti membakar udang, ikan, daging kambing dan ayam. Aktiviti ni memang fevret la untuk family kami. Nda tau napa, tapi aktiviti berbeque memang macam jadi acara rasmi sudah esp kalau ada hari-hari besar macam Hari Raya, Chinese New Year, cerai tahun etc. Nda kisah perayaan apa, semua kami sapu. Hahaha.

So kami adik beradik pakat la masing² beli apa lauk. Untuk sambutan birthday ni, aku & hasben beli udang dan ikan merah. Yang lain² beli kambing, ayam..  ok jugak kan macam tu, rukut2 ba supaya nda la terasa sangat membeli banyak lauk. hehehe. Ohya, kek birthday kena sponser by bakalan tunang Kiko. Chewahhhh ;p

Otw balik kampung, singgah Wawasan Plaza lagi mau beli hadiah untuk mami. Adoi aku ni pasal bagi hadiah sama orang memang ada masalah besar. Boleh berjam² round mall semata mau cari hadiah sesuai. Untuk mami tahun ni, aku cadang mau bagi jam. Ok sudah ada niat beli jam, tapi part paling pening - nda tau jenis jam apa dia mau, jenis macamana yang dia sesuai pakai.

Aku rasa, mau sejam lebih aku dalam kedai jam tu, pusing² cari jam apa yang bagus. Last2 call Along, minta pandangan. Seb baik dorang Along memang singgah Wawasan Plaza, jadi dia terus pi kedai jam tu. Dalam 15 minit, ada sudah pilihan untuk mami - terus jak aku bayar. Hahaha. Kan senang macam tu. Bak kata hasben aku: Along memang penyelamat. Sebab sebelum Along pigi tempat aku, rupanya dia dari Wisma Merdeka - tolong si Manja lagi pilih perfume untuk mami.... kekekekek.

Sampai kampung, terus buat preparation bakar² arang. Tapi itu part kerja menantu² mami la.. kami yg perempuan² ni kasi sedia piring, cawan, air etc la.. macam biasa hehe. So dalam tengah² bakar lauk tu, mula la acara potong kek dan bagi hadiah. Potong kek beramai² kami 4 orang.. hehe. Pastu acara paling best - bagi hadiah. Tapi untuk dua lelaki tu teda la ah. hehehehe.

Mula² hadiah untuk mami daripada anak² dia. Bahagia si mami dapat banyak hadiah. Hehehe. Aku pulak dapat satu saja sebab adik beradik aku share beli - tapi tapi tapi hadiah birthday aku tu memang BEST GILA TAHAP GABAN sebab aku dapat perfume yang aku memang aku dambakan!!  Sampai menangis sebak aku time aku bukak hadiah tu.... speechless ok. *lame! lol

Ok.. penat aku mengarang ni. Hahaha. Ba jom layan gambar!

Mami suka Yam Cake. Jadi kek ni warna purple. Nampak ada 4 nama kan. hehe.
We share same birthday :) 
The gifts & the cake  =)
Senyum2 tu bakalan si Pikok 
Bincang sapa tiup lilin dulu wahahaha

Siok ni tgk lilin tu ;p
Jgn tinguk tummy saya!! hahha
Berebut sapa yg mau tiup dulu  la tu hahaha
Ini shot kedua ni. Mami ba duluan tiup hehe
Four of us =) *eh ada si Arab sana siring plak ba 
Acara hadiah - wakil Along si Yaya 
Mami pakai terus tu cincin diamond ..huiyooo
Syg dulu baru bagi hadiah 
Ikhlas dpd Kizzy & hasben.. =)
Perfume BodyShop dr Manja & family
Wahhh ni hadiah paling mahal ni.. dari Kiko & bakalan. Beg tangan CarloRino
Turn saya dpt present!
See my eyes.. hahhaa masih merah tu baru abis nangis - dapat perfume D&G - Rose The One!!

Ni bakal bertunang hujung bulan ni =)
Sudut otai...
Suasana berbeque.. 


Ok.. mau rehat dulu. Bisuk ada review doktor di klinik desa =)