Thursday, August 30, 2012

Part II l 15 Ogos 2012 - Iftar with the girls

Hehe walaupun raya sudah berlalu seminggu lebih, tapi aku tetap nak update stori iftar dengan kawan² yang dari zaman YSKL 95/99 lagi. Ermm YSKL tu apa? Maksudnya : Yayasan Sabah Kuala Lumpur. Which is mean kami ni pernah bersekolah di Semenanjung dari tahun 1995-1999 di bawah tajaan Yayasan Sabah. 
And for that, thanks to God our friendship still remains until today. Sweet kan? ^^

Berbalik stori iftar hari tu, kami berbuka di Novotel 1Borneo. Salute si Zai sebab berjaya manage everything from A - Z. . Kami ni tumpang bawa diri + bayar saja. Hehe.

Walaupun tidak semua kawan2 datang, tapi masih happening dengan cerita masing2. =) 

Makanan memang best² belaka.. sedap² semua tapi malang nya perut pula saiz kecik..jadi nda dapatlah makan semua yang terhidang. (walaupun saya berbadan dua, tapi saya masih kontrol makan tau. Nda mau terlebih berat badan, sebab saya mesti kuruskan badan lepas bersalin! Hehehee )

Apa yang nda bestnya, iftar kali ni nda dapat spend masa lebih sikit macam tahun² lepas sebab hasben sudah tunggu di bawah hotel.. terpaksa la balik dengan hati yang berat huhu. 

Tapi nda apa, sekurangnya dapat jumpa gather² kan?

Ok, jom layan gambar! 
Zai dan hasben 

Dewi and Fatma
Mau ambik gmbr dr angle atas supaya nampak slim. Lol
Byk kali 'take' sebab mau nmpk slim hohoho
Berdoa semoga 'terjangkit' untuk si Zai =)
Ni pun sama. Heheehe
With Dewi. Dia yang selalu ajar saya bahasa Inggeris masa  zaman sekolah  dulu =)
With Fatma. Pegawai Perikanan ni =)

All of us

  *Semoga persahabatan kita sampai bila-bila. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kawan-kawan. =)

Monday, August 27, 2012

Part 1: 15 Ogos 2012 l lawat Marney

Salam dan hello0 semua! Wah baru balik dari bercuti ni, mata asyik di PC jak..tapi bukan buat kerja, check fB la, bertwitt la, blog walking la... hehehe. Pagi tadi saja yang semangat buat kerja, lepas lunch terus mengantuk. Jadi daripada tidur di surau atau bilik mesyuarat, bagus surfing internet kan? Hehehehe.

Btw, aku mau update story pada 15 Ogos 2012 (Rabu) hari tu. Ada dua story, time pagi aku dan member² opis melawat Marney yang baru bersalin di Sabah Medical Centre. Time petang berbuka puasa pula aku dan member² lama zaman YSKL 95-99 ada buat ala-ala reunion kecik di Novotel Hotel, 1Borneo.

So, untuk entri ni aku mau cerita pasal Marney dulu yang bersalin secara C-Section aka putung (loghat sabah bilang). Due dia sepatutnya 8/8/2012, tapi tarikh tu pun nda sure sebab dia lupa tarikh 1st day last period dia. Jadi main agak saja. Bila kami terima sms dia petang 14/8/2012 yang dia sudah bersalin, jadi kami kwan2 opis dia decide mau lawat dia on 15/8/2012. 

Jam 11am mcm tu kami gerak sudah dari opis. Memandangkan dia bersalin di hospital swasta, jadi masa melawat is anytime. Bila kami nampak Marney di bilik dia, aku rasa macam darah aku pulak yang turun. Apa tidak, nampak dia lemah dan pucat. Terus aku terfikir, macam ni lah aku nanti kan? Huhu. 

Masa tu rugi sangat nda sempat jumpa baby dia sebab nurse sudah bawa pigi nursery. Jadi kami layan jak la cerita pengalaman Marney bersalin. Memang naik bulu tengkuk juga lah dengar. Siap dia kasi tengok lagi video masa d labor room, suami dia kena bagi izin untuk ambik video saat2 baby dorang kena angkat dari rahim. Masa kami tengok beramai2 video tu, siap dengan mimik2 muka lagi.... like "Oh noooooooo!! , Oh my Godddd!!" Semua ayat² menunjukkan rasa kengiluan keluar.

Tapi itulah... Subhanallah..kejadian Allah SWT sangat² besar!! 

Ba jom, layan gambar =)


Kusyuk dengar pengalaman Marney =)
Ni macam dorang ketawa jak time aku yang bercerita. Hahaha
Si Su yang kecumilan tengok gambar baby
X dapat jumpa baby, tgk gambar dr DSLR pun jadi la =) Comel kan?
Masing2 dengan mimik muka. Aku siap dengan hentaman tangan di paha. Wakakaka

Mula2 nda mau tengok, lama2 mau tengok jugak. Ambik perangsang heheehe

Marney pun semangat bercerita ba! Heehe
Tengok muka aku tu. Ngilu!
Team lawatan dari RELA Sabah. 

Semoga Marney cepat sembuh dan sihat. =)

Tuesday, August 14, 2012

My baju raya dan biskut raya 2012

Lebih kurang 5 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal kan? Pejam celik pejam celik mau hampir penghujung Ramadhan sudah.. Jadinya persiapan raya kena buat la kan. Walaupun sarat mengandung ni, tetap nda mau kalah bergaya ok! Hahaha. 

Memandangkan raya tahun ni aku memboyot, jadi terpaksa la cari baju yang ngam² dengan saiz aku sekarang ni. Sebenarnya masa shopping baju raya hari tu, aku macam nda percaya jak saiz badan aku ni dah macam BELON. Serius. Aku masih keep in mind yang badan aku ni masih slim melim macam dolu².. tapi rupanya, aku memang silap. Baju kena cari saiz bigger, bukan M atau X tapi XL ok! Oh kenapa aku tidak mau terima hakikat? Wakakakaka.

Aku terlupa pulak mau snap gambar baju raya dan biskut raya yang aku buat sendiri (home made with love ok? hehehe).. so aku google jak la images di tenet.. tak sama, tapi lebih kurang la.. =)

Baju raya hari pertama nanti lebih kurang macam ni.. Kaftan warna ungu.

tengok saiz badan ni, lebih kurang saiz aku sekarang hehehehe. 

Baju raya hari kedua nanti aku pilih baju kurung pahang polka dot. Saiz? XL laa...... huhu.

Tapi baju aku warna kelabu. Sebijik macam ni.



Biskut raya pun aku ada buat. Tapi baru 4 jenis. Aku ingat nak cuti awal nanti.. mau buat biskut raya lagi hehe. Gambar biskut pun aku google je.. lupa nak snap ;p

Biskut ulat bulu kurma. Aku tambah perisa pandan. Sedap tau. Hehehe.

Biskut coklat milo. Tidak la sebijik macam ni. Shape yang aku buat bulat².
My fav ever! Biskut nespray. Memang sedap! Hahaha puji diri sendiri lagi!

Biskut semperit. Aku tambah perisa ros. Tapi aku buat macam tak sedap jek. miehehehee.

Haaaaaaa  yang ni aku tak buat ok. Kurius wei. Camna dorang buat ni??? Memang rajin kreatif tahap gaban ni. Agak2 ada di Malaysia tak?  

Thursday, August 9, 2012

Semoga Baby menjadi anak yang soleh... amin.



"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging,
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-t
ulang itu dengan daging,
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

Al-Mu’minun : ayat 14


source: Facebook.

*Tinggal 8 minggu lebih lagi. Doakan kami.

Friday, August 3, 2012

Pengalaman berpuasa semasa hamil =)

Alhamdulillah sudah dua minggu umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang amat mulia ni. Maknanya tinggal dua minggu juga lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 1433H. Kali ni lagi best sebab ada hasben dan si kecik duduk dalam belly ni hehehe.. =)

Cabaran berpuasa kali ni memang tough. Huhu. Aku admit aku tidak dapat jadi sekuat dulu sebab dalam 14 hari ni aku cuma dapat berpuasa selama 3 hari sahaja. Dan untuk 14 hari akan datang, belum tau lagi berapa hari puasa aku dapat tahan.

Sebelum mula bulan puasa hari tu, aku ada tanya family, kawan², google tengok² tanya² info pasal berpuasa dalam Ramadhan ni. Rata² bagi sokongan tapi kalau tidak tahan, boleh tidak berpuasa sebab ibu hamil diberi kelonggaran. Tapi aku memang salute dengan biras aku, a.k.a wife kepada abang hasben aku. Dia sedang sarat hamil 9 bulan ++ tapi direct berpuasa. Masya Allah... aku tanya dia - kakak tahan juga? Boleh katanya. Cuba amalkan Spirulina Elken, dia bagi cadangan lagi. Aku jadi semangat mau ikut kekuatan dia. Tapi itulah, lain orang, lain pengalaman. Baby aku ni kuat menendang, agaknya lapar dan gastrik aku pun naik. Huhu.. Terpaksa aku ambik solution, puasa selang sehari atau dua hari.

Aku berharap dengan usaha aku ni, baby aku dapat faham bahawa mamanya berniat untuk mengajar dia berpuasa juga. (Langkah awal pembelajaran ni ). Sama juga dengan solat, membaca al-Quran dan baca buku² ilmiah. Aku berdoa anak aku jadi anak yang cerdas, soleh dan menghormati orang tua. Insya Allah.

Oh ya ramai ba tanya apa gender baby aku ni? Actually aku pun nda tau. Tapi naluri aku kata: it's a baby boy =)

And know what, sampai sekarang kami belum ada nama lagi untuk dia. But i love these name:

For boy - Umar Muhammad
For girl - Auni Nafisah

Tapi hasben kata, nama² tu belum confirm lagi. Lepas bersalin nanti baru kasi nama. Adoi. Y___Y
Sabo jelahhh.....

Tuesday, July 31, 2012

Hari ni genap minggu ke 30 =)

Dua hari aku cuti, semalam cuti rehat dan hari ni aku ambik cuti sakit. Serius, sekarang badan memang nda larat. Mau bergerak pun kena slow-slow2. Even mau naik tangga pun, kena pegang tangan hasben untuk minta tenaga mau menapak. Kesian si mak buyung. 

Sabtu Ahad lepas, berabis kami ni laki bini bershopping dua hari berturut². Macam orang kaya kan. Segala jenis dibeli untuk persiapan raya. Al maklumlah pertama kali tahun beraya laki bini. Chewwaahh. Jadi yang si mak buyung ni macam nda sedar diri. Berjalan ke sana ke mari, shopping dari kedai ke kedai, macam nda ingat penat. Nda pasal², dua hari ni terpaksa duduk rumah sebab nda larat mau bangun dari katil. Bawah perut terasa sakit. Pinggang jangan cakaplah. Macam kontraksi je. Risau wei.

Jadinya, tadi pigi Klinik Dr Hasnah di Tuaran, mau check if ada masalah dan mau ambik MC. Sayang cuti aku. Sebab tinggal sikit. Ikut hati malas mau pigi klinik, sebab kena bayar. Hahah kedekut! So bila jumpa doktor tu bagitau mana yang sakit, dia pun suruh baring di katil, dia nak check katanya. Bila dia tekan sana tekan sini, dia kata baby masih terapung² means bukan tanda nak bersalin awal. Thanks God. Itu sudah cukup buat aku lega. Sebab aku memang takut bersalin awal. Huhu.

Alang² sudah sampai klinik, aku minta scan la. Mau tgk perkembangan baby.. tapi aku request aku nda mau tengok apa sex baby. =) Biarlah rahsia. Heheh. Bila Dr Hasnah tu pusing² kan alat scan tu, nampaklah struktur baby.. syukur la dia dalam kondisi yang baik. Bila sampai tang muka, doktor kata comelnya baby kamu, mancung hidung dia. Terus² kunun dia tengok hidung aku. Seb baik tinggi sikit hidung aku, kalau nda mesti dia suspect bukan² ni. Hahahahaha. Apapun, aku bersyukur dan terus berdoa agar aku dan baby selamat dan lancar semuanya.

 Ohya aku belum cerita lagi pasal aku minum air glokos dua minggu lepas. Ini gambarnya : 


Nasib baik bacaan gula aku ok. So nda payahlah review balik ke klinik. Sandi juga minum air glokos tu. Taste dia sangat tidak nyaman ok. Dah tu kena habiskan dalam 5 minit. Sempat lagi aku ambik gambar kan. Hehehe.

Baju baby pun aku dah basuh semua. Sudah lipat elok² dalam bakul yang bertutup. Baju dia untuk standby ke hospital pun sudah aku sedia.. 


Comel jak kan tengok baju² baby..... Cant wait to see our baby =) 


Sekarang ni cuma tinggal 10 minggu saja lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.  

Wednesday, July 18, 2012

Trimester ketiga l hati juga dup dap dup dap

Hari ni tepat 28 minggu. Maknanya 7 bulan. Orang kata, bulan yang kena hati² , manatau bersalin awal dari due. Huh huh. Aku selalu berdoa yang baby akan keluar ikut due yang sepatutnya. Tapi yang bikin susah hati, baju² baby belum cuci lagi. Adui. Padahal mami sudah pesan, beg baju baby & aku kena standby dalam kereta mulai dari bulan ni. Manalah tahu kot² ada emergency tetiba, jadi kalau semua sudah prepare awal², tidaklah kelam kabut campur panik. Dalam minggu nilah kena cari juga kiddie wash tu, boleh cuci terus baju seluar baby semua.

Sekarang ni mau berjalan sangat la nda larat. Jalan pun pelan² sdh sekarang. Mau tunduk lagi la. Perut makin memboyot and baby pun bergerak macam dancing hip hop sudah di dalam tu. Hehe. Rasa betul2 miracle sebab ada yang bergerak² dalam tu. Dia aktif kalau time lapar, dan time tidur. Sangat aktif! Kadang² cakap dengan baby, suruh dia tidur, sebab mama mau tidur ni. Besok pagi takut lewat bangun pi keja. Kan susah. :)

Lagi satu dia aktif juga bila dengar aku baca al-Quran. Dia macam bagi respons dengan tendang2 perut, kadang2 rasa macam dia buat 'wave' dalam tu. Ngeheee. Harap² dia jadi orang yang beriman dan taat. Aminn...
  
Berbalik tentang review aku, Jumaat ni aku cuti lagi. Sebab ada appointment di KKIA di Tuaran. Kali ni aku akan disuruh minum air glokos, and after 2 hours, doktor akan ambik darah untuk check kalau ada penyakit kencing manis.. Huh. Yang ni pun paling merisaukan juga ni. Sebab aku suka minum jus oren. Takut juga kalau² air gula dalam jus tu overdose untuk ibu hamil.

Dan lagi, aku sebenarnya kena suruh datang ke KD Bolong untuk ambik borang permohonan ujian najis. Erk.. mesti ramai bingung kan apa tu ujian najis. Ceritanya macam ni. Memandangkan darah aku semakin turun, jadi nurse tu suruh aku 'ambik sedikit najis' aku untuk dihantar ke KKIA Tuaran. Dorang mau check kalau² perut aku ada cacing, yang mungkin menyebabkan darah aku turun. Of course aku rasa awkward.. Tapi mau buat macam mana..ikut sajalah peraturannya. Demi baby kan.

Jujurnya, aku kadang2 stress & bingung dalam fasa-fasa kehamilan ni.. macam² aku yang rasa, fikir, lagi² sudah masuk trimester ketiga ni. Aku selalu berdoa Allah selalu bersama kami dan melindungi kami. Berdoa yang semuanya akan selamat. Insya Allah.

*12 weeks to go.







Wednesday, June 27, 2012

Bad Tuesday =(

Semalam aku cuti rehat. Ada temujanji dengan Klinik Desa sebenarnya. Tapi malas mau pi opis lagi, so aku ambik cuti rehat.. mau tidur hehe.

Aku berharap sangat bacaan darah aku naik. Sebab dua minggu lepas, bacaan aku 9.6. Tapi bila kena check nurse, bacaan aku 9.00 saja! Adoi. Muka nurse tu pun macam nda puas hati jak. Aku lagi nda puas hati ok. Apa nda, ubat tambah darah aku makan tanpa skip, 2 biji sehari. Makanan tambahan? Hmm..teda. Nescafe nda sentuh, tapi teh panas ada. Patut la, kata nurse tu dengan muka yang berkerut. Huhu.

Satu perangai nurse² kerajaan ni kan, suka sangat kasi takut ibu² mengandung ni tau.  Kalau dia bagi warning, nda tapis² lagi. Hari tu masa aku mula² daftar klinik, adalah dorang bagi brief pasal risiko² ibu hamil ni. Salah satu pasal tinggi darah. Nurse tu cakap, kalau tinggi darah yang melampau, boleh terkena sawan. Baby pun boleh risiko keguguran. Aku x kisah pun sebenarnya semua risiko² ibu hamil tu, sebab memang dugaan nya macam tu kan. Cuma cara penyampaian dorang tu kan... iskk isskk isskkk... macam derita telinga ni mendengar. Siap dengan aksi tangan dan mimik muka dorang lagik. Kalau kamurang nda percaya, ba nanti time kamurang mengandung, ada la chance jumpa nurse² kerajaan tu. Hehehehe.

Jadi balik kepada cerita pasal aku nda cukup darah, nurse tu warning la kat aku yang jangan sampai bacaan tu 8 atau 7. Kalau tidak..... kalau tidak, napa nurse? Tanya aku penuh gusar. Kalau tidak, nanti kena cucuk jarum di punggung, 10 kali suntikan selama 10 hari berturut..kau nda takut? Kata nurse tu lagik dengan senyuman manisnya..

Bahaaaaaaaa.. time tu aku macam mau menangis pun ada, mau tergulik² pun ada, mau makan ubat tambah darah satu kaligus jam tu jugak pun ada. Huhu tapi nanti overdose la pulakkk..masuk hospital lagi. Tidakkk.. i hate hospital tau! Y_______Y

Dua minggu lagi aku kena review sekali lagi. Aku mau makan hati ayam la kalau macam ni. Daripada kena cucuk bontot, bagus aku makan hati ayam. Huhuhuhu *nangis tidak berlagu²*






Friday, June 22, 2012

Kekejangan kaki dan hidung berdarah

Kali ni aku mau share pasal implikasi kesihatan sejak mengandung ni. Minggu ni kandungan aku dah masuk 6 bulan. Perut pun dah ke depan (tapi masih tidak tau apa gender baby.. hari tu scan dia malu mau bagi tengok hehehe), berat pun dah semakin bertambah (56.5 kg ok), jalan pun dah macam tak larat - orang opis kata aku jalan macam Penguin - sabo je la, and sakit pinggang jangan cakap la. Kalau boleh, mau buka pinggang ni simpan sebelah boleh? Haha.

Dalam seminggu ni, aku dah kena kekejangan betis kaki dua kali. Allah, punya sakit. Jam 3.30 pagi plak tu.  Aku gerak hasben sambil terjerit sikit. Mula² tu hasben pun panik. Dia lagi nda tau mau buat apa. Dia mau urut, aku kata tambah sakit. Dia suruh luruskan kaki, aku kata tak boleh.  Dia suruh jalan², aku lagi rasa macam mau marah. Huhu. 

Last², aku duduk tepi katil, aku angkat sikit paha aku, tapak kaki nda jejak lantai - baru beransur ok. Tupun dalam beberapa minit aku buat macam tu. Bila aku pusing belakang, aku tengok hasben aku sudah landing, berdengkur tidur. Tension la tu. Pening + panik kali tengok aku kesakitan. Agaknya dia nampak aku sudah ok, terus dia landing sedap ja. Hahaha.

Semalam aku kejang kaki lagi. Kali ni bila aku gerak hasben sikit ja dari tidur (sebab jam dekat 2.00 pagi kalau  tidak silap), dia terus bangun tanya mana yang sakit.  Aku mau ketawa pun ada tengok gelagat dia yang panik semacam jak, tapi memandangkan kaki aku lagi sakit, aku bagitau jak minta dia ambilkan minyak urut gamat atas meja tu. Kali ni kaki aku relief cepat sikit.. mungkin sebab aku dah tau macamana mau handle. Hehe.

So start minggu lepas, aku tidur dah pakai stokin, takut masuk angin. Agaknya kekejangan tu pun salah satu sebab masuk angin. Ada jugak aku gugel cari info, ibu hamil memang ada potensi kekejangan kaki. Jadi aku terima la qada nya.

Pasal hidung berdarah pulak, aku noticed since last week, aku rasa hidung aku macam tersumbat semacam jak, campur dengan bau hanyir yang tak berapa kuat la. Jadi bila aku kuis² dalam hidung aku ni (aku guna perkataan "kuis" instead of "kurik" - sopan sikit la kan hahaha ) , "isi" hidung aku tu bercampur dengan darah. Kadang² bila aku letak jari di wall  dalam hidung aku tu, ada sedikit berair campur darah. Aku tak panik, tak. Cuma bingung. Samalah tu kan. lol

Jadi aku gugel lagi. Yep, it's one of symptoms of simple nose bleed for pregnant mummy. huhhh....Panjang keluhan aku. Hmm tak apalah. Mau buat macamana, inilah rupanya cabaran menjadi bakal ibu. Sebab tu Islam melarang dan mengkeji kita kalau derhaka kepada ibu dan bapa. Pengorbanan sangat² besar untuk melahirkan dan membesarkan kita! 

Minggu depan aku review di klinik lagi. Harap² bacaan darah aku naik. 

Friday, June 15, 2012

1st dose Tetanus, sakit bah!!

11/6/2012 Isnin lepas tu, aku review klinik. Aku ambik cuti sebab aku datang lambat pi klinik. Kalau sudah datang klinik jam 8 pagi ke atas, konfom kena layan after 2 hours macam tu. Biasa la, klinik kerajaan kan. Slow and steady. Hahaha. Bukan apa, klinik kerajaan kan free, jadi mesti la jadi pilihan pertama ibu2 mengandung, lagi² yang tidak bekerja..

Aku smpai klinik jam 10.20 pagi macam tu. Memang ramai orang. Aku dah set mind konfom aku kena panggil dekat jam 12 pm macam tu. Memang betul jangkaan aku. Hehe. Jadi aku nda la rasa mau terjun dari klinik tu ka, atau buat kungfu panda ka - konon2 mau tunjuk protes sebab lambat kena layan.. aku sabar ja sampai kena panggil.

Sebenarnya 2 benda ja aku risau tahap gaban kalau nurse check aku. Pertama, kalau² baby aku ada something wrong. Kedua, tekanan darah aku. Jadi bila nurse check belly aku (dia guna ultra sound yang paling simple) , boleh dengar degupan jantung baby, aku relief. Then masa untuk check tekanan darah. Ermm ok.. bacaan 9.6. (aku dah buat muka straight face). Nurse tu tanya: Kamu ada skip makan Obimin ka? Aku jawab, Tiada. Tapi darah kamu makin turun. Dia kata lagi. Aku diam ja. Sebab salah aku minum nescafe dua hari berturut. *Gebukkk*
Nurse tu "ugut" aku dah. Dia kata: Dua minggu dari sekarang, kamu try la kasi naik darah. 26/6 nanti datang sini balik check darah ok? . Aku diam ja la. Berfikir apa cara mau kasi naik darah. Sebab aku x makan hati ayam. *Nangis dalam hati*

Tiba² nurse panggil aku bawa pi bilik sebelah. Mau jarum dos pertama Tetanus katanya. Aku mula berpeluh ni. Because I REALLY HATE MEDICAL NEEDLE!!! Aku tanya, sakit ka nurse? Dia tanya balik, kenapa kamu takut? Dia senyum sumbing, aku senyum sumbang. Naaaa ngamm! Aku diam ja bila dia explain yg tempat kena jarum tu akan kebas dalam 2-3 hari. Bila dia suntik ja, aku tengok luar jendela. Nda mau tengok!! Bila touch ja di kulit, ya Allah punya la sakitt! Huhu menangis ja nda....

Bila selesai, cepat2 aku cari hasben aku di luar klinik. Seb baik dia sudah tunggu di luar klinik. Sampai kereta, baru keluar air mata yang aku tahan² dari klinik tadi. Lagi sakit bila teringat nurse tu cakap time aku kelam kabut keluar dari bilik suntikan tadi: Bulan depan jarum lagi dos kedua ya?

Senyuman nurse tu memang penuh makna ok! Huhu ....