Sedar nda sedar, masa cepat sangat berlalu. Banyak perkara hebat dan sedih berlaku dalam tiap saat hidup aku tapi tidak tertulis di blog orenj ni. Huh.. Masa memakan umur, umur memakan jiwa, jiwa pula harus muda. Kan? Hehe.
Bulan Ramadhan yang amat amat mulia ni, berlalu dengan kesibukan menjaga anak dan keluarga. Malam2 ramadhan yang sepatutnya diimarahkan dengan solat2 sunat yang penuh berkat, hanya mampu dilakukan kalau ada masa terluang yang sangat terbatas. Itu pun curi2 masa, sangat terhad. Sedih.
Tapi, aku kuatkan hati, berdoa Allah kurniakan pahala kerana menjaga keluarga. Itu ja yang aku harapkan. Aamiin.
Raya tahun ni pertama kali beraya bersama keluarga mentua. Sedihnyaaa nda dapat beraya dengan mami =( tapi apa bulih buat, kena beraya bergilir. Last year beraya di papar, so tahun ni giliran di Tuaran. Yang spesel nya, ada Baby Icha. Alhamdulillah.
raya dmana?:)selamat ari raye!
ReplyDelete