Tuesday, October 1, 2013

Ke Singapore tapi tinggal anak di Sabah

Nampak kejam bila aku bagitau aku dan husband pergi Singapore tapi tak bawa Icha. Tapi hati aku..sedih ba =(

Bukan sengaja mau kasi tinggal dia. Aku memang mau bawa dia tapi USS tu rupanya kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas saja yang boleh masuk. Jadi kalau aku bawa Icha, tapi sampai USS macamana dengan Icha?

Betul, anak tu lebih penting dari segalanya. Tapi bagi aku, impian seseorang tu bila menjadi realiti, orang itu akan lagi menjadi matang dan lebih kuat berusaha untuk majukan diri. Pengalaman realiti itu juga akan menjadi impian orang lain.

Let the experience be worth. Aku mahu simpan pengalaman aku untuk Icha, aku berdoa semoga satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan motivasi yang kuat untuk mencapai impiannya.

Dan,

Kami pergi berjalan-jalan tanpa Icha bukan bermaksud nda sayang nda peduli, malahan perasaan sayang dan peduli lagi besar dari segalanya di dunia ini. Ingatan ibu bapa terhadap anak tidak pernah hilang sesaat pun malah bertambah dari hari ke hari.

Tahun depan Icha pasti kami bawa berjalan sudah sebab umur dia sudah cecah setahun lebih dan lagi seronok sebab dia masa tu mungkin dia pandai berjalan berlari & bermain sudah. In Sha Allah =)

1 comment:

  1. yakan..kenapa juga ah tdk bole bawa baby?
    faham bah..bukan nda sayang, tapi kadang2 perlu juga tu time 'honeymoon' kan

    have fun cuz! waiting for your photos

    ReplyDelete