Saturday, November 8, 2014

9/10/2014 - Icha turns 2 years!

Alhamdulillah sekarang Icha sudah berumur 2 tahun! Macam nda percaya saja bila anak membesar begitu cepat sebab kesakitan melahirkan Icha masih terasa sehingga hari ini :)

Syukur juga Icha disayangi kedua2 keluarga sebelah aku dan sebelah ayahnya & kawan2 aku. Semoga Icha sentiasa disayangi sampai besar.

Doa aku tidak pernah putus semoga Icha menjadi anak yang solehah, baik ( walaupun sekarang ni nakal dia melebihi anak lelaki adoi!) dan bijak. Aku masih belum boleh bayangkan bila dia meningkat remaja nanti. It must be tough days for us as her parents. 😅

Ok la. Mari layan gambar time dia sambut birthday itu hari 😁

Di Nongkolud : 






Di Papar:








Sama2 kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita ya.. Aamiin! 

Saturday, July 19, 2014

Part 1: Pengalaman di bulan Jun 2014 yang osem - Interview ke Korea!

Fuh. Sekarang ni di bulan Julai 2014, bulan barokah yang lagi mulia.  Tapi aku mau cerita yang bulan  lepas dulu. Sebab mau share pengalaman kendiri yang banyak momen penting.

Part 1- 4/6/2014

Aku dapat panggilan temuduga untuk Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Cyberjaya.. Alhamdulillah. Daripada 500+ pegawai yang memohon, hanya 390 sahaja yang dipanggil temuduga layak, termasuk aku leteww.. Hehe. 

Pergh dia punya temuduga mencabar minda saiko jugak la.  Ini first time datang temuduga program macam ni, memang pengalaman yang best. Temuduga kena buat 3 hari berturut and turn aku hari kedua. Heran juga macamana JPA dapat handle temuduga 3 hari sahaja padahal ramainya calon. Ouh.. time kena brief sebelum temuduga, rupanya calon akan masuk bilik temuduga adalah  beramai2 bukan sorang2!

Naaa sana aku bingung sudah. Sudah lah kena standby cakap inggiris kunun, mataii.. Taulah ba ni, yg jarang2 mau spiking, spiking pun di Fb, IG, twitter yg macam taik2 tu hahahaha .. Terer part campur2 bahasa ja pun bahahaha.. Ini kalilah kena spiking directly debilang..

Aku minta urusetia aku mau awal masuk interview sebab flight aku jam 4.30pm hari tu jugak. So dalam jam 2.45pm aku kena panggil sudah masuk bilik interview bersama dua orang lagi. Nasib baik tiga2 kami perempuan, jadi nda la malu sangat, nda payah la control ayu ..wakakaka

Bila masuk bilik interview, mak aihh nevesss la pulak. Nampak dua penemuduga tu cool rilek ja ..yang pegawai wanita tu masya Allah cantik ah. Lawa tudung nya. Mau juga tanya mana dia beli,boleh juga aku jual di IG aku hahaha . sempat lagi ah berpikir bisnis. Matai.

Permulaan interview tu disuruhnya kami memperkenalkan diri in inggeris debilang. Naaa tiga2 kami memang neves hahaha. Bagagar ba suara..macam ada folseto. Wakakak. Adoi sandi tau. Terus aku tekad mau masuk kelas inggeris lepas ni lol

Lepas tu baru pegawai lelaki tu bilang: ok boleh cakap melayu sudah. Hahaha tiga2 ba kami tarik nafas lega. Kentara ba jarang2 spiking kah3. Lepas tu baru la dia tanya macam2 soalan berkaitan program tu dan part best time dia tanya pasal aktiviti hujung minggu. Kelucuan betul aku sama kawan sebelah aku tu, sihat betul ba badannya tapi dia mengaku yang hujung2 minggu dia berbasikal (?). Aku: terus buat muka straight face. Hahahahaha.

Lepas tu part paling best dorang tanya apa bakat yang kami ada sebab kalau terpilih ke Korea, ada malam kebudayaan nanti. Jadi yang dua orang tu mengaku penyanyi koir Jabatan. Naaaa abis kena suruh menyanyi ah. Adoi adoi.. Sandi ba. Bagagar lagi suara. Hahaa. Terus aku berpikir aku mau cakap apa, last2 aku bagitau aku biasa berzumba. Terus disuruhnya aku menari apa2 saja tarian yang tau. Apa lagi menari sumazau la aku di tengah2 bilik interview tu! Siap bagitau lagi cara2 menari berpasangan macamana. Hahahahahaha

Lepas tu soalan2 standard dorang macam : kenapa berminat mau join program ni, dapat kebenaran ka dari famili/husband kalau terpilih, kenapa kamu rasa kamu layak dipilih ikut program ni.. Naa jawapan harus angkat bakul sendiri debilang..adoi. Tapi nda la aku jawab angkat bakul kain, aku cakap ja yang pegawai sokongan dari Sabah ni jarang2 dapat peluang macam ni, jadi kira aku bertuah la kalau terpilih dan bila balik sabah boleh share pengalaman dengan member2 opis..konfiden jawab tu hehe

Dalam 30 minit jugak kami dalam tu. Tapi kira sekejap ja tu sebab masa briefing pegawai JPA ada bagitau yang ada calon sampai 1 jam setengah kena interview. Wah mesti impress tu kan. Konfom dapat ..fuh.

Keputusan interview pun sudah keluar 4/7/14 hari tu. Aku dah agak memang nda dapat hehe. TIDAK BERJAYA. Nda apa, macam pegawai JPA tu cakap, kalau tidak dapat nda apa, sebab kamu ini dalam golongan  bertuah sebab terpilih ikut interview..bukan senang. Dan ya dari 390 calon interview hanya 15 orang sahaja yang akan dipilih ke Korea. Harapan memang tipis la sebab of course pegawai gred 27 ke atas konfom terer spiking dan bercakap..kan. 

Apapun, pengalaman tu yang berharga. Alhamdulillah.=)





Thursday, July 3, 2014

Rindu mau berblogging

Masuk tahun ni mau dekat 3 tahun sudah aku kahwin and dekat 2 tahun sudah aku ada anak. Banyak nyaaa perbezaan zaman bujang dan zaman bukan lagi bujang. Huishh. 

Dulu masa bujang aku tengok saja kehidupan luar orang yang sudah berkahwin, and bila dorang claimed dorang tiada masa macam waktu bujang- aku rasa it is ridiculous. Tapi sekarang... ehem.. terkena batang hidung aku sendiri! Bahahahaha

Siyes, aku tiada masa mau pigi tinguk wayang, tiada masa tengok Naruto manga online (sedih), tiada masa mau kemas rumah! Alahai.. 

Dan aku rindu mau berblogging! 

*Tiba2 dengar Anna Frozen nyanyi lagu : "okay byee..."

😪

Thursday, March 20, 2014

DIAM

Dan aku hilang
Dalam fikiran sendiri.

🌹


Saturday, January 11, 2014

Selamat Hari Jadi Daddy

10/1/2014 genap umur 60 tahun daddy tercinta dunya dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhanku, pencipta semesta alam. Ku mohon Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosa bapaku dan berikanlah dia rahmat mu lindunginya daripada seksa api neraka. 
Kau bukakanlah juga hati keturunan bapaku agar kami sentiasa di landasan hidayahMu dan memelihara iman kami agar bapaku tidak diseksa kerana dosa-dosa yang telah dilakukan oleh kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, tiada tempat kami berdoa, bersujud, berserah hanya kepadaMu Ya Allah...

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh.

TARAJI FAUZI SHANI
1/10/1954-4/8/1997



Wednesday, January 8, 2014

Salam Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan selamat petang.

Wah macam mahu berpidato kan. Maklumlah since Oktober 2013 aku nda post apa2 story pun dalam blog ni. Jadi ayat pun macam agak skima. Siyes, aku rindu gilaaaaa mau bercerita di sini. Adoi.

Ya diakui sejak jadi ibu ni, masya Allah masa untuk diri sendiri mungkin cuma 20%. Yang selebihnya keluarga dan kerja. Contoh paling dekat ni lah blog aku ni..bersawang-sawang di awangan. Sangat diakui.

Kalau dulu masa bujang, tu diaaaa....laptop pc depan mata memanjang. 24 jam sehari. Ceh. Kan? Sekarang? Alahai mau buka laptop di rumah pun takut, bukan apa, si kecik tu kalau nampak laptop habis dipijak2 nya keyboard laptop. Mau update blog dari henpon pun boleh sebenarnya, tapi kalau si kecik tu nampak henpon, pantang ba memang mau ditengoknya Upin Upin, Kids Songs. Paling dia suka lagu "Jingle Bells". Boleh? Hahaha sabo  jelaa.

Rasanya banyak cerita 2013 mau di share tapi itulah..malasnya mau menyusun cerita dan cari gambar!  Naa.. gambar tulah paling menten, kalau setakat puluh nda apa..ni beribu. Mana ada masa mau buat, seminit boleh la. Dua minit seterusnya - si kecik merengek2 sudah di kaki. Tu belum masuk bapanya lagi. Wakakakaka 


Ok la... In Sha Allah untuk 2014 ni aku berusaha untuk update blog. Mesti boleh. One of my IG fren ada post pic said - "update blog consistently!!" and siap lekat di depan pc nya. Yaaaa aku pun mesti tu!


Semoga tahun baru ini memberi rahmat kepada kita semua. Aamiin.


Jom share apa azam 2014 =)

Saturday, October 12, 2013

Icha jarum setahun ..

Temujanji icha berjarum di KKIA kemarin 12/10/13. dalam seminggu tu balik2 aku cakap dengan icha jangan nangis bila kena jarum..kesian ba tengok baby kena jarum :(..  And takut kalau icha demam. Huh.
So bila turn icha kena check kemarin, macam dia tau2 ja mau kena jarum, belum lagi kena jarum tapi mula nangis sudah dia. Aku pun pasang lah lagu ABC di henpon, nda juga kena layan. Pastu nurse suruh pegang kepala dan tangan dia supaya senang mau jarum di kaki, lagipun mau tahan supaya Icha nda meronta time jarum.

Bila time kena jarum tu, nda la aku tengok jarum tu masuk pi kulit paha dia. Anduu menangis ba sampai tiada suara dia.. Huhu aku selawat jak banyak2 sambil kasi tenang dia. Lepas keluar dari bilik jarum tu, dia diam sudah tp air mata keluar jugak. Kesian kan.

Sampai kereta kasi nenen icha, baru dia terlelap. Kesian penat. Masa Ayah dia berenti singgah beli makanan, Icha bangun tapi aktif terus ah. Sana sini dalam kereta tu dia explore. 

Bingung aku sekejap. Hahaha.

Aku doa ja dia nda demam. Aamiin.






Wednesday, October 9, 2013

Happy birthday my baby Icha!

Hari ini 9/10/2013. Setahun berlalu sejak aku lahirkan Icha. Sekejap ja kan? Rasa macam kemarin kemarin dulu aku keluar masuk hospital masa sakit2 contraction hehe.. Alhamdulillah hari ni Icha sudah genap setahun bersama kami. Dan aku berdoa aku masih bernyawa untuk lihat dia membesar sampai dia beranak pulak hahaha.. Aamiin! 

Susah mau describe perasaan sekarang. Apa yang aku rasa dan fikir sekarang cuma berharap Icha membesar dengan baik dan sihat dan bijak. Juga bagus dalam pelajaran dunia dan akhirat. 

Terfikir juga mau kasi dia adik. Hahahaha.

Tettttt.

Ehemm. 

Ucapan mama:

Icha, semoga Icha menjadi anak yang baik dan solehah. Icha harta mama dan ayah bila kami sudah tiada. Moga Icha pintar dan aktif di waktu persekolahan nanti. Moga Icha tidak terpesong di waktu zaman remaja nanti. Moga Icha menjadi insan berguna bila dewasa nanti.
Aamiin ya rabbal'alamin.
 
Selamat hari jadi sayang. We love you Auni Nafisah Amrin.

*hope one day you will read this entry and don't cry like a baby tau.. :) *


Friday, October 4, 2013

Singapore, Singapore, Singaporeeeee!

Haa tajuk entri ni menggambarkan hati aku sekarang ni. Ya ampun kepala aku sekarang ni serabut pasal nak pergi Singaporeee ja. Haruskah perkataan "e" tu dipanjang2kan? Hahaha. Tapi serius hari-hari aku memikirkan pasal trip pertama dalam sejarah ni. Sampai termimpi-mimpi mau naik train mana satu kalau mau pegi Bugis Street! Isk melampau betul.

Sekarang ni aku masih google blog orang2 yang sudah pergi USS. Satu blog tu aku minat sangat mau baca. Yang ni: feeldejavu.blogspot.com. Idea dia pasal bawa baju hujan kalau di USS sangat bernas aku rasa. Aku pun nda tefikir mau bawa baju hujan. After dia cerita in details pengalaman dia di USS, orang yang nda mau pergi mesti mau pergi. Macam begitu sekali kan. Haha.

Cerita dia dalam blog simple tapi kelakar. Trus tetibe aku pun terfikir macam ni - "nak jugak! aku nak jugak tulis entri cenggini!" Hek eleh. Dengki tul. Haha.

See.. aku yang lama sudah nda update blog tiba2 jadi rajin mau menaip pos entri. Melampau sekali lagi kan. Haha lagi.



Saja upload pic map railway MRT Singapore. Membuktikan saya nekad menghafal, tinggal bawa dollar je. Gereekk


Tuesday, October 1, 2013

Ke Singapore tapi tinggal anak di Sabah

Nampak kejam bila aku bagitau aku dan husband pergi Singapore tapi tak bawa Icha. Tapi hati aku..sedih ba =(

Bukan sengaja mau kasi tinggal dia. Aku memang mau bawa dia tapi USS tu rupanya kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas saja yang boleh masuk. Jadi kalau aku bawa Icha, tapi sampai USS macamana dengan Icha?

Betul, anak tu lebih penting dari segalanya. Tapi bagi aku, impian seseorang tu bila menjadi realiti, orang itu akan lagi menjadi matang dan lebih kuat berusaha untuk majukan diri. Pengalaman realiti itu juga akan menjadi impian orang lain.

Let the experience be worth. Aku mahu simpan pengalaman aku untuk Icha, aku berdoa semoga satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan motivasi yang kuat untuk mencapai impiannya.

Dan,

Kami pergi berjalan-jalan tanpa Icha bukan bermaksud nda sayang nda peduli, malahan perasaan sayang dan peduli lagi besar dari segalanya di dunia ini. Ingatan ibu bapa terhadap anak tidak pernah hilang sesaat pun malah bertambah dari hari ke hari.

Tahun depan Icha pasti kami bawa berjalan sudah sebab umur dia sudah cecah setahun lebih dan lagi seronok sebab dia masa tu mungkin dia pandai berjalan berlari & bermain sudah. In Sha Allah =)