Monday, August 19, 2013

Berat badan selepas bersalin

Well, masuk bulan ni maksudnya sudah lebih 10 bulan aku melahirkan Icha. So menjaga anak kecil sangat mencabar, menguji kesabaran yang tinggi dan paling penting tidak pernah dapat tidur yang cukup. Bila nda cukup tidur, oh my .. Life macam huru hara. Masa2 senggang macam time bujang memang tiada sudah - "selamat tinggal dunia bujang" - ya ayat ni memang sangat praktikal -.-' 

Kalau bagi yg housewife, kira bertuah sikit sebab x perlu fikir masalah pejabat. kalau ibu bekerja, ehem nda payahlah dikasi tau. You know who you are, moms . We' rawks! Haha

Btw, aku just mau share pasal berat badan ni. Tiba2 terflash mau post. Now time shows me 1.27am. Aku masih nda tidur sebab Icha. well.. macam biasa, nguek2 mau nenen, mau ditapuk2 dalam ayunan. Sementara tu, aku cerita sikit pasal isu sensitif wanita ni.

Masa aku pregnant sebelum bersalin, berat badan aku 66kg (wow!). Selepas bersalin, 56kg (woww.. - panjang sikit). Berat tu kekal sampai umur icha 5 bulan. Agak berisi kan? Memang pon. Kadang2 malu juga la sebab ramai member yang tiba2 terjumpa di jalan/mall  mesti tanya: eh, ko ngandung lagi? Aku mestilah cepat2 menidakkan, harus la ba tu. (sabo je la). 

Jadi aku kena fikir yang aku mesti berusaha turunkan berat badan. Bukan senang mau turunkan berat badan tau. Tuu produk kelangsingan yang mahal2 timbirang ja tu. cuba bagi artis2 big macam enot atau syanie atau dina jadi model contoh dorang, ada bran? Takdenyeee... Ni bagi ira pajira, jiana jen, umiaida, kan? 

So 1st attempt aku adalah naik tangga turun tangga bila datang/balik opis. Ada perubahan tapi sikit. Gram2 ja yang turun. Sedih. Then aku try product yang kakak aku suggest, jenama U-Trim. Harga rm80 sekotak/15 sachet. Aku cuba 2 sachet- aku nda boleh telan. Aku juAl sama member opis 13 sachet tu. 

Pas tu aku try lotion Fellina. Pakai 2-3 hari ja. Cuzzy aku Ernie bagitau ada paraben- which is macam chemical ingredient yang boleh bawa kanser (nauzubillah). Patutla bila pakai macam nda selesa ja, something feels wrong gitu. So aku stop. 
 
Aku gugel2 pasal berat badan ni terbacalah pasal bengkung moden. Bila baca testimoni orang macam best ja. Tengok harga, wow kuyak jugakla hati - agak mahal rm200++. Fikir punya fikir, aku tutup kan jak la hati demi mau turun berat, so aku beli la bengkung moden tu sekali dgn losen sireh mas. 

Aku start pakai awal bulan 5 sampai sekarang. Alhamdulillah 4kg turun. Tapi makan memang kena jaga, jangan jadi pelahap-semua mau ditelan kan. Nafsu makan selepas bersalin memang menjadi2, jadi sunnah nabi - berhenti makan sebelum kenyang - sangat praktikal untuk jadi ikutan ok? Hehe. 

Masa puasa turun 51kg, masa raya 52kg. Standardlah tu, makan raya kan haha. sekarang menten 51-52kg. Aku kena usaha lagi nampaknya.  

Sekarang ni aku ambik supplement Shaklee Vita-Lea Iron untuk extra tenaga  dan ESP untuk dietary. So far vitamin tu ok tapi ESP tu macam susah sikit mau teLan haha. Tengokla nanti hasilnya, akan aku update. In Sha Allah.  

Ok that's all. Bagi ibu2 yang dalam proses "pengkurusan" selepas bersalin, jangan putus asa ok. Dan makan tu pun, kena ingat dunia, jangan belasah ja makanan depan mata. Ingat, demi kesejahteraan suami jugak tu.Hahaha!



Sunday, August 4, 2013

Ramadhan hampir berakhir =(

Sedar nda sedar, masa cepat sangat berlalu. Banyak perkara hebat dan sedih berlaku dalam tiap saat hidup aku tapi tidak tertulis di blog orenj ni. Huh.. Masa memakan umur, umur memakan jiwa, jiwa pula harus muda. Kan? Hehe.

Bulan Ramadhan yang amat amat mulia ni, berlalu dengan kesibukan menjaga anak dan keluarga. Malam2 ramadhan yang sepatutnya diimarahkan dengan solat2 sunat yang penuh berkat, hanya mampu dilakukan kalau ada masa terluang yang sangat terbatas. Itu pun curi2 masa, sangat terhad. Sedih.

Tapi, aku kuatkan hati, berdoa Allah kurniakan pahala kerana menjaga keluarga. Itu ja yang aku harapkan. Aamiin.

Raya tahun ni pertama kali beraya bersama keluarga mentua. Sedihnyaaa nda dapat beraya dengan mami =( tapi apa bulih buat, kena beraya bergilir. Last year beraya di papar, so tahun ni giliran di Tuaran. Yang spesel nya, ada Baby Icha. Alhamdulillah.





Sunday, May 5, 2013

Hutang entri | 6. Aku mau kurus cepat! Fellina?

Jam menunjukkan jam 12.57am. Nda dapat tidur sebab aku minum coffee tadi. Jadi mata pun ikut icha sudah, marak-marak.

Dalam list "hutang entri" aku yang lepas, entri ni patutnya entri ke-6. Tapi malam ni aku mau jugak post entri ni sebab tiba2 aku terlalu sedar yang aku nda pandai kurus2 - nampak aktres Sepanyol cantik banget siottt!! 😭 Pinggang gitarrrr! Woweeee

Ya, produk Fellina tidak membantu langsung. I dont know where's wrong but i realized that my waist didnt reduce even an inch! Adoi. Mungkin lemak tepu kali di perut aku ni 😓

Aku memang berazam mau kurus, berat 50kg pun jadilah - means 4kgs must to kick away! Bida ba tinguk gambar sendiri sekarang ni - gumukssss!!! Huwaaa😭

Mau order tu Bengkung Moden. Mesti kasi turun berat badan ni. Mesti boleh! Kalau nda boleh jugak, kasi boleh jugak!

Monday, April 22, 2013

Hutang entri | 10 entri - draf dalam kepala

Aku ada draf 10 entri yang aku save dalam kepala. Chehhh..

1. Baby Icha 5,6 bulan.
2. Majlis Gunting Rambut Baby Icha
3. Pertama kali makan di Koki Bandung, Alamesra - bukan di Indonesia (unfortunately)
4. Mandi manda di Riverside, Jalan Keningau!
5. Kursus Smart Solat yang best giler!
6. Aku mau kurus cepat! Fellina?
7. Aku mula belajar menjahit tau..
8. Kenduri doa selamat di rumah Along
9. Family trip | Ranau Sabah
10. Saja ikut trend | TribalMania?

Kalau ada masa, aku post. Stetmen paling bencik ---> kalau tiada masa, bla bla bla..

Siyes rindu mau berblog & blogwalking! Gahhhh

Tuesday, March 12, 2013

Kicen luar negara mahal tau!

Malam ni aku rasa mau post something, entah napa padahal aku memang kasi blog ni bersawang2. Mungkin sebab kejadian tadi yang ganggu emosi aku sikiiiiiiitttt saja hahaha! Tapi pedulik la apa kes kejadian tu. Aku mau cerita pasal currency ni. Tiba2 kan? Kih kih kih

Kerana kejadian tadi, aku tiada mood sebenarnya. terus aku google blog pasal orang travel2 ni pigi luar negara. Bestnya kan kalau aku ada duit yang banyak, yang mampu bawa aku pigi travel dunia luar. Setahun sekali pun aku cukup bersyukur! Dan yang pasti aku wajib bawa baby Icha. Haha.

Cerita pasal travel blog ni, bila aku baca part beli souvenier untuk kwn2 families, aku rasa macam aku yang mau pingsan! Siap aku download lagi Converter Apps dalam henpon hokey! Oh my, nilai wang di luar negara sangat tinggi! Dan paling aku pitam harga keychain di korea 3000 won (RM 9) setiap satu dan t shirt Japan 1000 yen (RM33) sehelai! Yg ni aku state blog secara random ye, mungkin traveller lain jumpa harga lain. Know what, harga macam tu buat kita fikir 2-10 kali untuk beli souvenier kawan2 hahaha! Ba cuba bayangkan, kawan2 dan family bukan sikit, cuba kamurang kasi darab sampai 10-20 orang? Fuh fuh fuh! Semput wei. Haha! Sebenarnya bukan la ba kejam, tapi mau jimattt.. Itu baru souvenier, belum perbelanjaan lain. Kan? Lol.

So untuk entry kali ni, aku salute and berterima kasih sangat2 untuk kawan2 aku yang pi luar negara tu, beli kicen2, shirt untuk aku. Ernie, Eryantie, Zai and Fuifui. Itu bermakna bagi kamurang, money dont cost a thing hehehe.. Thank u so much!

Siyes, kena simpan duit banyak kalau u all adalah shopaholic! Kalau aku, aku mau pi tengok2 negara orang ja.. Reset minda.

Insya Allah. AMEEN!

Tuesday, February 19, 2013

Sakit kepala

Apa pasal suara penceramah ni macam suara ex-boyis aku?

Hahahahaha

Padahal aku bosan duduk dalam dewan ni, tengok sekeliling semua peserta yang ber-kot mahal tersengguk2 tertidur, mimpi indah kena aircond kerajaan.

Monday, February 18, 2013

First entry 2013. 10 items.

1. Tiba2 jadi begitu sibuk
2. Life berubah sedikit demi sedikit
3. Masih bekerja
4. Hutang pun masih bertimbun
5. Tidak pandai kurus2
6. Tapi masih tetap perlu bersyukur
7. Baby Icha masuk 4 bulan 1/2 sudah
8. Belum belajar menjahit
9. Mau melancong tapi nda sukup uang (KIV)
10. Tgh aktif gila twitter & Instagram. Jom follow @kizzyfauzi

Monday, December 31, 2012

Hari ini hari terakhir 2012.

Cepatnya masa berlalu! Nda terasa pun semuanya macam sepantas kilat, macam baru semalam aku kahwin *wiwittt!*, macam baru semalam aku bersalin *iyaa baaa*, macam baru semalam...macam2 lah! Huh...

Apa lagi mau dicakap. Semua pun sama saja macam tahun2 lepas. Yang penting, hati dan akal kita. Adakah semakin matang atau semakin susut? Sebab tu wujudnya AZAM.

Jadi apa azam 2013?

Aku cuma mau jadi individu yang lebih baik, luang masa dalam ibadah- sebab aku rasa aku lalai dalam beberapa2 tahun lepas! Dan aku harap juga kerjaya dan prestasi aku semakin bagus dan bagus lagi!

Ohya, Februari 2013 aku akan mula ikut kelas menjahit. Pheewwiitttt untuk diri sendiri. haha!

Kepada semua pembaca blog aku yang sweet2, wish u all the bestest for year ahead dan semoga semakin berjaya dan berjaya lagi. Dan jangan lupa Tuhan yang satu :)

Note: Praying Ghazza will be free from Damn Israel.

Saturday, December 29, 2012

Mandi manda di theme park dan makan di Windbell!

Isnin lepas sehari sebelum Krismas, satu family berjalan macam family day. Kami pergi Waterpark Theme di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Pertama kali ni datang ke sini. Best sebab macam di Poring Ranau, cuma kecik sikit dan tempat terhad.

Memandangkan ada bawa anak kecik,so teda lah harapan aku mau mandi. Lagipun peraturan sini macam agak ridiculous. Apa nda nya, yang wanita tidak boleh mandi pakai tudung, yang lelaki tidak boleh pakai baju. Isk. Dan nampaknya rata2 perempuan bertudung buka tudung masa mandi kolam. Huhu. Lepas mandi, pakai tudung balik. Janggal kan. Mungkin pengurusan sini kena ubah la peraturan ni. Sebab nda sesuai terutama untuk orang muslim.

Tapi apapun peraturan nya, yang penting all member family really had fun!! Mandi tu sampai nda ingat jam! Dekat dua jam dalam air! Yang budak2 siok la dorang rasa, kan budak suka main air. Happy ja tengok dorang katawa2 dalam air. Hehe.

Bila sudah habis mandi tu, semua pakat dinner di Windbell. Bayar pun pakat2. Baa kalau sorang ja mambayar, bengkrap tuu hehe.. Windbell Seafood ni terletak di Tg. Aru, satu orang cas RM 35 nett. Makan sampai puas, tapau nda bulih (alaaaa....) hehe.

Macam tulah kesahnya family day aku. Jom layan gambar!















Wednesday, December 19, 2012

Cerita teksi di KL dan apapun, aku sudah graduate!!

Alhamdulillah..akhirnya cita-cita aku untuk habiskan pengajian di UiTM tercapai juga. Bila aku kenang balik waktu study dulu dari aku mula umur 23 tahun, perghh memang bercabang- cabang cabaran yang sudah aku harungi. Bayangkan 7 tahun, 7 tahun aku kena habiskan Diploma ja! Adoyayy!! Iskk..isk..isk... Sambil aku geleng kepala ni..
Tapi tapi bukan aku sengaja tau mau ambik masa begitu lama untuk habiskan diploma ni, disebabkan faktor kewangan, masa, mana kerja lagi.. Banyak benda la jadi alasannya.
Dan apapun alasannya, aku tetap juga dapat habiskan pengajian aku ni, itu yang paling penting kan? Dan aku mau bersorak jugak...

HIP HIP HORREYYY!! Sorak lagi dua kali! Hahaha

Aku konvo hari tu 5/12/12. Seb baik sudah abis pantang, kalau nda kempunan la aku mau naik atas stage ambik sijil. Dan honeymoon jugak! Hahaha. Aku dan husband pergi UITM naik teksi. Memandangkan sesi aku awal pagi, so kami gerak jam 6am macam tu. Yang bikin panasnya teksi-teksi yang kami tahan semua nda tau jalan pigi UiTM. Kami yg like 'HELLO!! TAKKAN JLN KE UITM PUN X TAU. TEKSI TUUU!'. Sabar jak la.

Bingung sekejap dgn peel taxi drivers yang semua nda tau, luckily sorang abang teksi yang parking depan Hotel Royal tegur kami dan katanya boleh bawa kami tapi dengan syarat dia pasang meter. Bincang 30 saat dgn husband, kami terpaksa 'ok-kan' sebab memang tiada pilihan sudah, masa makin berjalan dan kami perlu gerak juga. Fuh sabar lagi.

So kami pun naik la teksi dia. Eksklusif punya ok. Dan dia mulakan meternya RM6. Jalan punya jalan, bila sudah masuk kawasan Shah Alam, dia cakap: kalau adik tahu jalan short-cut ke UiTM, bagitau ye, sebab abang pun baru hantar sekali je orang ke Shah Alam ni.

Ya ampun! Kami dalam teksi tu macam mau pingsan sudah. Bulih2 abang teksi tu pun konfius? Argghh malas la mau repeat perkataan 'like hello' banyak kali, aku pun buka la app maps di aiped. Dan dalam 1 saat aku jadi tour guide abang teksi tu, boleh? Adoyay. Pusing punya pusing, jumpa akhirnya UiTM dan terus ke dewan canselor. Fuh bayar tambang RM86 ok! Erm tak kisah la nyah, yang penting sampai dengan selamat.

Sampai tu, ada sejam lagi sebelum majlis mula. Aiyaaa..jubah konvo nda iron pun, punyalah kerudut, org lain siap bawa hanger lagi..wauu!! Alaa nda kisah la ba, janji naik pentas. Sampai masa beratur mau masuk dewan, kena ambik nombor giliran dulu, masuk dalam barisan, berdiri2 dengan graduan lain, senyum sana, senyum sini, nda sembang pun- nda kenal kan. Fuh independent gilak. Apa blh buat, student PJJ kan. Nasib baik muka aku ni cute jugak la, ala2 umur 21-22 macam tu..jadi graduan full time ingat aku ni dari cawangan lain, kot. Hahaha.

Lepas dekat sejam berdiri2 dalam barisan, terus masuk dewan dan duduk di kerusi, tiba2 bergetar sikit hati ni. Yalah nda sangka kan, akhirnya merasa juga aku konvo ni walaupun agak tua sudah untuk segulung diploma. Miehehehe.

Start jam 9am kami duduk, jam 11.15am baru giliran fakulti kami.. Uiyooo itu masa ah, berdegup degup masa mau naik pentas. Macam2 difikir, takut jatuh la, takut tersadung la, salah cakap la.. Fuh macam2! Bila nama kena umum, aku pun lenggang lenggok berjalan pi ambik sijil. Wahhh berbunga2 hati ini.. Rasa macam semua vip atas pentas tu lambai2 senyum dan say congrat sama aku. Tengkiu tengkiu!! Hahaha.

Majlis habis jam 12lebih macam tu. keluar ja dari dewan terus cari husband, kesian dia tunggu lama di luar. Aku harap juga ada jambangan bunga tapi hampehhh... Katanya, aku teda request pun. Erkkkkk perlukah By??!! I'm ur wife tau!! Tapi teda la aku cakap macam tu, di hati sejaaa...
Macam tu lah kalau husband yang un-romantic tapi baik hati (ni kena mention nanti kena marah wakaka)

Lepas tu, kami pi booth yang ambik gambar graduan tu. banyak nya pilihan, then kami ambik booth yang pertama kami jumpa sebab nda larat mau berjalan sudah. Penat, panas dan sesak dengan ribuan orang! Fuh fuh fuh! Mau tunggu giliran kena shoot pun dekat sejam jugak, tapi nda apalah, sekali seumur hidup kan. Layan ja la. Hehe.

Selesai semua, mau balik dah la ni. Hah mau keluar dari UiTM lagi satu hal. Daaaannn.... Nasib baik dia jumpa kawan lama satu sekolah dia dulu di Tuaran, keja polis di Johor dan kahwin pun orang Johor. Haha ada juga rezeki kami kena kasi tumpang sampai Bukit Bintang. Ye, kami stay di Bukit Bintang ok. Hotel 1@2 bintang je. Lol.

Ok itu jalah entri kali ni. Banyak aku cakap kan. Ni pun banyak skip ni tapi takut orang malas plak skrol sampai bawah mau baca haha! Jom enjoy gambar!