Semalam aku cuti rehat. Ada temujanji dengan Klinik Desa sebenarnya. Tapi malas mau pi opis lagi, so aku ambik cuti rehat.. mau tidur hehe.
Aku berharap sangat bacaan darah aku naik. Sebab dua minggu lepas, bacaan aku 9.6. Tapi bila kena check nurse, bacaan aku 9.00 saja! Adoi. Muka nurse tu pun macam nda puas hati jak. Aku lagi nda puas hati ok. Apa nda, ubat tambah darah aku makan tanpa skip, 2 biji sehari. Makanan tambahan? Hmm..teda. Nescafe nda sentuh, tapi teh panas ada. Patut la, kata nurse tu dengan muka yang berkerut. Huhu.
Satu perangai nurse² kerajaan ni kan, suka sangat kasi takut ibu² mengandung ni tau. Kalau dia bagi warning, nda tapis² lagi. Hari tu masa aku mula² daftar klinik, adalah dorang bagi brief pasal risiko² ibu hamil ni. Salah satu pasal tinggi darah. Nurse tu cakap, kalau tinggi darah yang melampau, boleh terkena sawan. Baby pun boleh risiko keguguran. Aku x kisah pun sebenarnya semua risiko² ibu hamil tu, sebab memang dugaan nya macam tu kan. Cuma cara penyampaian dorang tu kan... iskk isskk isskkk... macam derita telinga ni mendengar. Siap dengan aksi tangan dan mimik muka dorang lagik. Kalau kamurang nda percaya, ba nanti time kamurang mengandung, ada la chance jumpa nurse² kerajaan tu. Hehehehe.
Jadi balik kepada cerita pasal aku nda cukup darah, nurse tu warning la kat aku yang jangan sampai bacaan tu 8 atau 7. Kalau tidak..... kalau tidak, napa nurse? Tanya aku penuh gusar. Kalau tidak, nanti kena cucuk jarum di punggung, 10 kali suntikan selama 10 hari berturut..kau nda takut? Kata nurse tu lagik dengan senyuman manisnya..
Bahaaaaaaaa.. time tu aku macam mau menangis pun ada, mau tergulik² pun ada, mau makan ubat tambah darah satu kaligus jam tu jugak pun ada. Huhu tapi nanti overdose la pulakkk..masuk hospital lagi. Tidakkk.. i hate hospital tau! Y_______Y
Dua minggu lagi aku kena review sekali lagi. Aku mau makan hati ayam la kalau macam ni. Daripada kena cucuk bontot, bagus aku makan hati ayam. Huhuhuhu *nangis tidak berlagu²*
Wednesday, June 27, 2012
Friday, June 22, 2012
Kekejangan kaki dan hidung berdarah
Kali ni aku mau share pasal implikasi kesihatan sejak mengandung ni. Minggu ni kandungan aku dah masuk 6 bulan. Perut pun dah ke depan (tapi masih tidak tau apa gender baby.. hari tu scan dia malu mau bagi tengok hehehe), berat pun dah semakin bertambah (56.5 kg ok), jalan pun dah macam tak larat - orang opis kata aku jalan macam Penguin - sabo je la, and sakit pinggang jangan cakap la. Kalau boleh, mau buka pinggang ni simpan sebelah boleh? Haha.
Dalam seminggu ni, aku dah kena kekejangan betis kaki dua kali. Allah, punya sakit. Jam 3.30 pagi plak tu. Aku gerak hasben sambil terjerit sikit. Mula² tu hasben pun panik. Dia lagi nda tau mau buat apa. Dia mau urut, aku kata tambah sakit. Dia suruh luruskan kaki, aku kata tak boleh. Dia suruh jalan², aku lagi rasa macam mau marah. Huhu.
Last², aku duduk tepi katil, aku angkat sikit paha aku, tapak kaki nda jejak lantai - baru beransur ok. Tupun dalam beberapa minit aku buat macam tu. Bila aku pusing belakang, aku tengok hasben aku sudah landing, berdengkur tidur. Tension la tu. Pening + panik kali tengok aku kesakitan. Agaknya dia nampak aku sudah ok, terus dia landing sedap ja. Hahaha.
Semalam aku kejang kaki lagi. Kali ni bila aku gerak hasben sikit ja dari tidur (sebab jam dekat 2.00 pagi kalau tidak silap), dia terus bangun tanya mana yang sakit. Aku mau ketawa pun ada tengok gelagat dia yang panik semacam jak, tapi memandangkan kaki aku lagi sakit, aku bagitau jak minta dia ambilkan minyak urut gamat atas meja tu. Kali ni kaki aku relief cepat sikit.. mungkin sebab aku dah tau macamana mau handle. Hehe.
So start minggu lepas, aku tidur dah pakai stokin, takut masuk angin. Agaknya kekejangan tu pun salah satu sebab masuk angin. Ada jugak aku gugel cari info, ibu hamil memang ada potensi kekejangan kaki. Jadi aku terima la qada nya.
Pasal hidung berdarah pulak, aku noticed since last week, aku rasa hidung aku macam tersumbat semacam jak, campur dengan bau hanyir yang tak berapa kuat la. Jadi bila aku kuis² dalam hidung aku ni (aku guna perkataan "kuis" instead of "kurik" - sopan sikit la kan hahaha ) , "isi" hidung aku tu bercampur dengan darah. Kadang² bila aku letak jari di wall dalam hidung aku tu, ada sedikit berair campur darah. Aku tak panik, tak. Cuma bingung. Samalah tu kan. lol
Jadi aku gugel lagi. Yep, it's one of symptoms of simple nose bleed for pregnant mummy. huhhh....Panjang keluhan aku. Hmm tak apalah. Mau buat macamana, inilah rupanya cabaran menjadi bakal ibu. Sebab tu Islam melarang dan mengkeji kita kalau derhaka kepada ibu dan bapa. Pengorbanan sangat² besar untuk melahirkan dan membesarkan kita!
Minggu depan aku review di klinik lagi. Harap² bacaan darah aku naik.
Friday, June 15, 2012
1st dose Tetanus, sakit bah!!
11/6/2012 Isnin lepas tu, aku review klinik. Aku ambik cuti sebab aku datang lambat pi klinik. Kalau sudah datang klinik jam 8 pagi ke atas, konfom kena layan after 2 hours macam tu. Biasa la, klinik kerajaan kan. Slow and steady. Hahaha. Bukan apa, klinik kerajaan kan free, jadi mesti la jadi pilihan pertama ibu2 mengandung, lagi² yang tidak bekerja..
Aku smpai klinik jam 10.20 pagi macam tu. Memang ramai orang. Aku dah set mind konfom aku kena panggil dekat jam 12 pm macam tu. Memang betul jangkaan aku. Hehe. Jadi aku nda la rasa mau terjun dari klinik tu ka, atau buat kungfu panda ka - konon2 mau tunjuk protes sebab lambat kena layan.. aku sabar ja sampai kena panggil.
Sebenarnya 2 benda ja aku risau tahap gaban kalau nurse check aku. Pertama, kalau² baby aku ada something wrong. Kedua, tekanan darah aku. Jadi bila nurse check belly aku (dia guna ultra sound yang paling simple) , boleh dengar degupan jantung baby, aku relief. Then masa untuk check tekanan darah. Ermm ok.. bacaan 9.6. (aku dah buat muka straight face). Nurse tu tanya: Kamu ada skip makan Obimin ka? Aku jawab, Tiada. Tapi darah kamu makin turun. Dia kata lagi. Aku diam ja. Sebab salah aku minum nescafe dua hari berturut. *Gebukkk*
Nurse tu "ugut" aku dah. Dia kata: Dua minggu dari sekarang, kamu try la kasi naik darah. 26/6 nanti datang sini balik check darah ok? . Aku diam ja la. Berfikir apa cara mau kasi naik darah. Sebab aku x makan hati ayam. *Nangis dalam hati*
Tiba² nurse panggil aku bawa pi bilik sebelah. Mau jarum dos pertama Tetanus katanya. Aku mula berpeluh ni. Because I REALLY HATE MEDICAL NEEDLE!!! Aku tanya, sakit ka nurse? Dia tanya balik, kenapa kamu takut? Dia senyum sumbing, aku senyum sumbang. Naaaa ngamm! Aku diam ja bila dia explain yg tempat kena jarum tu akan kebas dalam 2-3 hari. Bila dia suntik ja, aku tengok luar jendela. Nda mau tengok!! Bila touch ja di kulit, ya Allah punya la sakitt! Huhu menangis ja nda....
Bila selesai, cepat2 aku cari hasben aku di luar klinik. Seb baik dia sudah tunggu di luar klinik. Sampai kereta, baru keluar air mata yang aku tahan² dari klinik tadi. Lagi sakit bila teringat nurse tu cakap time aku kelam kabut keluar dari bilik suntikan tadi: Bulan depan jarum lagi dos kedua ya?
Senyuman nurse tu memang penuh makna ok! Huhu ....
Subscribe to:
Posts (Atom)