Sunday, January 29, 2012

Thursday, January 26, 2012

perihal hasben aku I

tengah-tengah aku layan cenel 701 AXN tadi, tiba² hasben p tukar mode "CD/DVD" then kasi masuk cd RAMBO. aku terkulat² sekejap. blur.

"napa by p tukar tu? saya mau tgk tv baaa.." aku mula muncung muncing.

"syg tgk la tu cd Jumanji di pc. by mau tgk ni sekejap. kalau bukan Rambo, cerita Steven Seagal." selamba ja dia menjawab. aku yang like "jumanji? bila masa aku mau tgk jumanji ni??"

"huhu..baru jak org mau tgk CSI Miami. putung stim o by ni." aku kasi up lagi muncung.

nda juga dia peduli. diam-diam ja dia sambil mula layan cerita Rambo dia.

tiba-tiba dia bangun, masuk bilik, ambik tilam single & bantal. aku tengok jak aksi² dia heret tu tilam pi depan tivi. chewaaahhhh bukan kemain lagi, layan abis cerita laki aku ni. kata hati aku ja la.

terus aku macam bagi 'warning': "haaaaaaaa...sudah ambik tu, pandai la kasi simpan balik di bilik ah..." siap aku buat muka lagi.

selamba jak dia jawab : "alaaaa....ada juga ba tukang simpan."

sabar ja la!! mau marah pun nda jadi marah. nasib baik syurga di tapak kaki suami!!

kekekekekkekekeke





Friday, January 20, 2012

aku "a little dreamer"

isk...sepanjang 3 minggu pertama tahun baru ni, sebenarnya banyak betul plan aku tahun ni, yang aku mau buat dan beli. seperti yang aku mention di entri aku awal tahun tu ari, aku nda tau apa yg aku mau list. tapi start di entri ni, sikit² aku list la. *minta puji kan.* haha.

1. mau beli kamera digital kecil - macam best ja. selesa sikit kalau mau bawa pigi mana-mana. i mean, kalau tiada outing, nda kan la mau pigi 1B pun kena bawa Sara kan. hehe. so pilihan aku adalah Canon Ixus 230Hs. Superb!

2. mau kasi fix si Kelisa - kesian kereta aku tu. cover rim pun sudah ilang di depan, selalu sangat langgar lubang. yalah kan, orang kecil, jadi time drive nda nampak sangat jalan - berlubang ka, ada najis kerbau ka etc. 
tu hari masa accident time puasa 2008 pun, masih belum pulih sepenuhnya. hood depan, bumper belakang, semua kena fix up. macam² bunyi sudah kedengaran. tapi semuanya aku serahkan kepada hasben. dia kan terer dalam hal2 cenggitu. i follow je.. haha

3. mau deco rumahku syurgaku - siyes, aku failed dalam bab-bab kasi hias rumah ni. bagi aku, cukup dia kemas - bersih, ok la tu. tapi rasanya mesti deco juga supaya sedap mata memandang. seb baik hasben ok jak. yang penting katanya: "ada makanan di rumah." =.='

4.  mau belajar masakan / dessert yang sedap² - hew³.. aku nda la failed dalam bab ni. cewaahhhh, kunun. cuma aku mau kasi asah sikit perangai malas aku ni. hoho. hasben jenis kuat makan, tidak memilih pulak tu - tolak haram, kayu, batu ja dia nda makan. jadinya aku kena merajinkan diri pigi dapur la. haha.  

5. mau masuk bengkel fotografi - jujurnya, aku nda penah attend mana² kelas atau bengkel ataupun seminar/taklimat berkenaan fotografi ni. i am a self-leaner. aku selalu buka website photography, mesti buka youtube macamana mau edit pic guna PS, suka tengok gambar² photographer amatur/pro - so that's the way i used to learn everything i knew today. =)

6. mau masuk kelas menjahit - wachaaaaaa! ini la aku rasa paling mahal punya plan. teda-teda terlintas di pikiran sebelum ni, sehinggalah aku singgah di booth Pusat Kraftangan Epal KK minggu lepas.. offer dia agak mahal tapi bila banding harga asal, memang berbaloi jugak. rasanya aku ikut kelas menjahit tu, insya ALLAH. sebab paling penting, hasben yang bayar. wahahahaha

7. last (mengkali la last kunu), mau pigi Mekah buat Umrah - kami dalam usaha simpan duit sekarang ni.. tapi rasanya impian ni nda lah kali mampu buat dalam tahun ni. mungkin 4-5 tahun lagi. saja ja highlight sini. bukan minta puji ah... bagi motivasi.. hehehe. insya Allah. 

ok, itu sajalah buat masa ni. kalau ada penambahan, lain entri lagi yaa.. :* 

Tuesday, January 17, 2012

hidup tetap akan ada masalah

sejak akhir-akhir ni, hati aku sedikit gementar dan kurang tenteram. of course ada yang mengganggu fikiran aku. aku percaya, apa saja yang Allah SWT berikan cabaranNya, pasti ada tujuan kan. aku cuba untuk lebih tenang dan menerima dengan fikiran yang "ok ba tu dan act cool." ya, that's always me kan. =)  walaupun  hakikatnya, aku mahu lari.

lari? hahaha.

But NO! Aku nda mau lari dari masalah. i must face it. ya face it. sebab sejauh mana aku berlari pun, sampai tiada tanah untuk terus berlari -  sebenarnya masalah tu lagi bertimbun dan terus menimbun. doii hate it ok. so face it dan percaya apa saja Allah SWT kurniakan - baik atau tidak - pasti ada tujuan. 

ada juga beberapa kawan² sekeliling aku ditimpa masalah. masalah peribadi, masalah hati, masalah kerja, masalah uang, masalah keluarga, masalah makanan (mau mention ni : tidak pandai makan itu ini - jadi rasa life tidak besh - boleh?) masalah kereta (mau mention ni jugak - tiada paking la, enjin overhauled la, bunyi sana sini la.. urgh masalah dan terus masalah la.

aku akan jadi pendengar setia dan kalau aku dapat bagi pandangan sejujurnya, aku bagi. kalau nda, aku diam. aku nda kan bagi pandangan sehipokritnya. aku renung jauh *kalau la aku di tempat dorang, macamana.* in time, aku berdoa masalah dorang  cepat selesai dan dapat terus nikmati saat hidup singkat ni dengan lebih enjoy dan happy².

masalah pergi, tapi akan datang balik dengan cara yang lain. maka hati & kepala kembali runsing dan pusing. dan aku pun kembali berfikir "ok dan cool" dan kawan² yang kembali bermasalah² pulak - aku tetap akan support.

Kesimpulannya,  hidup tetap akan ada masalah. 

Tapi mesti ingat, Allah SWT sentiasa menguji hati orang² yang sabar kan?  

Jadi bersabar la ya. =)

Tuesday, January 10, 2012

10 Jan 2012 l It's your day


Miss you so much.

Happy Birthday Daddy. 58th.


To all families,  friends, acquaintances and anyone who knows him please give Al-Fatihah alms to him. Amin..

Monday, January 9, 2012

contest untuk bloggers l tapi sudah limpas... huhuh

"Saya tau ramai suka dengan contest contest ni. Tapi saya lagi tau yang tak semua orang suka contest yang perlu suruh orang like like ni. Jadi saya buat syarat baru. Tak perlu email gambar kepada saya. Cuma perlu tulis satu entri dan emailkan kepada saya link nya. Sebab kalau saya ada contest macam tu pon saya malas nak masuk. Malu kang takde orang nak like macam mana? haha."


Huhu kecewa wei bila bukak entri ni dan baca sampai ke bawah - tarikh tutup sudah limpas!

Macamana aku boleh terlepas pandang ni? Tiada rezeki la ba kan. =(

Tapi apapun, aku tetap mau karang jugak tentang satu entri di blog dia. And actually semua post dia memang best² sebab gambar² dia memang gila awesome. Could i pick all?

NO.

Ok.  Jujurnya, aku suka 1 gambar ni. Jadi dengan gigihnya aku cari entrinya di setiap page blog. Tapi nda tau ni, aku nda jumpa² entri nya. Selepas setengah jam mencari (ok nda cukup usaha mencari),aku tetap nda jumpa hehehehehe.

Memandangkan masa nda begitu mengizinkan (bos sudah balik² tanya kerja yang disuruh - hahaha) jadi aku teruskan saja la komentar aku pasal gambar tu. Pendek jak.

***
***
***
***
***

"Perasaan mereka sangat jujur. Tuhan menjadi saksi ketelusan hati mereka."

 Entri ni di sini. Gambar nombor 58. 

Saturday, January 7, 2012

Besok aku mau ambik gambar l pembukaan 2012

Setahun lalu, pembukaan 2011 aku ambik gambar Casper dan dotter Huda. dan untuk pembukaan tahun baru ni, aku mau ambik gambar Iqa - anak buah Amrin. (itu pun selepas memujuk dan memujuk Amrin kasi kebenaran ambik gambar dia.. hehehe) 

Macam biasa, sebelum aku ambik gambar orang - untuk suka2 - atau untuk yang dibayar - aku mesti buat research kecil kecilan dulu - untuk motivasi dan bagi aku idea sikit2. maklumla, aku ni bukan pro - mau cakap amatur pun aku nda sanggup. bikin malu. drop my water face ok. 

Jadi dengan research tu, aku bulih imagine la sikit2 time ambik gambar. selalu nya macam tu lah. sebab bagi aku, masa ambik gambar - setiap moment adalah sangat penting.

Pandangan aku, kalau kita dapat ambik sesuatu gambar tu, dan orang lain dapat menilai gambar tu - bukan sebab angle ngam - bukan kerana banyak light/stand sana sini - bukan  sebab panjangnya lens - ataupun bukan sebab aperture @ iso kaw2 -  tapi sebab dapat feel the moments of gambar tu walaupun dia tidak berada di tempat kejadian.

Nda simple kan. tapi aku nda stress. Because i love simple photograph. :D

Tapi tapi tapi ... paling aku stress bila dapat gambar / shoot mulut orang yang tengah ketawa besar - tersusun gigi 32 biji. Itu bikin hot namanya. Lagi2 hot kalau sendiri rasa gambar2 tulah moment yang paling manang. Doii. Sebab kesian ba si talent tu. Panat dia stand posing sana sini - itu juga pose yang mau di ambik? Ok what kalau 2-3 keping. Tapi kalau 1 gulung filem itu jak pose nya - naaaaaa bikin panas la baitu! Kali aku yang nda pandai menggambar ni? Kena muhasabah lah jawabnya. kekekekekekekek

So kalau aku ambik gambar - aku mesti imagine dulu tu moment - how will it looks alike when out to picture? Mesti nice ni kan, mesti cute ni, oh kiyut nya macam tu, eh sweet tu tau etc..

Kesimpulannya, aku mesti senyum bila shoot subjek. Sebab itu gambar pun akan "senyum" jugak. hehehehe.  

Jom layan beberapa gambar yang aku ambik tahun 2011. Nda la berapa cantik tapi bulih la ba tu asal ada, daripada teda langsung? hehehehehe.

Post E-day Outdoor l Zai & Kucai l 13/2/2011





 Post Wed Outdoor l Nurul & Rizal l 19/2/2011







Wedding l Shikin & Hazri l 16/9/2011





 Tamat. 

Sori pixel gambar kasi kicik supaya senang upload hehe.

  * Aku suka photographer ni. Dia memang pemotivasi aku.* Hehehe.

sila cek :  www.hafizudinhamdan.com

Thursday, January 5, 2012

Manja & Baby Adel yang cumilll!!

ok, tajuk di atas sudah basi 5 hari. tapi excited belum habis lagi ok. hehehe. tanggal 31 Disember 2011, Manja adik aku selamat melahirkan baby boy 3.2kg! alhamdulillah, syukur tidak putus2 untuk Tuhan Semesta Alam yang memberikan nikmatNya yang tidak terkata ini. syukur ya rabb!

opsss lupa ba mau cerita.. pada 23/12/2011 seminggu sebelum Manja bersalin, aku & Eryantie lawat dia di Hospital Likas. masa tu dia admit untuk pertama kali sebab bleeding 2 times tapi belum ada contractions yang kritikal. jadi hari besoknya dia keluar hospital sebab tiada bleeding lagi selepas 48 hours after admittance. 
( hehehe macam keluar masuk hotel jak kan hehehehee)

Nama baby manja Mohd Fariz bin Mohd Fauzi. Panggil Adel. cumil kan... macam i. hahahaha. tapi siyes baby Adel mmg cumil...gumuk2 chubby2 macam bapa dia. hehehehe

Ok jom tengok gambar la.  nda tau apa mau cerita lagi. ohya mau di highlight sini yang warna environment Hospital Likas semuanya pink!! dari warna dinding sampai la ke baju bakal ibu / sesudah ibu - all pink!

jadi konfom2 la si Eryantie kesukaan. siap ambik gambar lagi ok!  nda percaya, skroollll je ke bawah ~~~

hehehehe jommm layan!!

peace yo peace - 1st time masuk wad kan. hehe

itu peace ah :D

Eryantie pun mau bergambal jugak hue3
See.. dia punya board pun pinky pinky jugak kan.
ini dia bukti Eryantie gembira berada di hospital yang pink. hahaha


***************************

time to see Adel!! go!!



alalalalala cumillllllll!!!!
eeee gergitan ba!

Ada si Chippy di sebelah Adel..

Tiba-tiba ada lagi another baby yang cumil di sebelah Adel....
helpless kan? hahahhahaaa
Adel yang cumil !!

Semoga Adel menjadi seseorang yang bijak, beragama dan taat pada mummy & daddynya serta Tuhan. Cepat-cepat besar ya ^^ 

xoxo

Tuesday, January 3, 2012

azam 2012 yang paling aku ingat adalah...

macam tahun lepas,  aku tiada azam langsung. betul-betul tiada azam. macam paranoid.  tapi tidak la nampak pathetic. cuma 'lost'.

......

ok, let it pass. since aku pun sudah berlaki, (chewwaahhhh ayat tu baa! kah100) jadi, azam tetap kena ada lah. uii macam-macam baa azam yang aku fikir sepanjang bulan lepas, tapi nyesal pulak nda kasi list - jadi semuanya aku lupa. ada kah. bulih2 plak macam tu.

nanti la aku kasi list, kalau aku ingat.

......



oh ya, paling aku ingat:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





MAU ADA BABY.

wahhhhhhhhhhhhhaaaaaaaa - cumil kan? kekekekeke doa2 la yee....



insya Allah. semoga rezeki  ada. apapun, ketentuan Tuhan jugak kita pegang kan? :)


SELAMAT TAHUN BARU 2012! ^^