Thursday, August 30, 2012

Part II l 15 Ogos 2012 - Iftar with the girls

Hehe walaupun raya sudah berlalu seminggu lebih, tapi aku tetap nak update stori iftar dengan kawan² yang dari zaman YSKL 95/99 lagi. Ermm YSKL tu apa? Maksudnya : Yayasan Sabah Kuala Lumpur. Which is mean kami ni pernah bersekolah di Semenanjung dari tahun 1995-1999 di bawah tajaan Yayasan Sabah. 
And for that, thanks to God our friendship still remains until today. Sweet kan? ^^

Berbalik stori iftar hari tu, kami berbuka di Novotel 1Borneo. Salute si Zai sebab berjaya manage everything from A - Z. . Kami ni tumpang bawa diri + bayar saja. Hehe.

Walaupun tidak semua kawan2 datang, tapi masih happening dengan cerita masing2. =) 

Makanan memang best² belaka.. sedap² semua tapi malang nya perut pula saiz kecik..jadi nda dapatlah makan semua yang terhidang. (walaupun saya berbadan dua, tapi saya masih kontrol makan tau. Nda mau terlebih berat badan, sebab saya mesti kuruskan badan lepas bersalin! Hehehee )

Apa yang nda bestnya, iftar kali ni nda dapat spend masa lebih sikit macam tahun² lepas sebab hasben sudah tunggu di bawah hotel.. terpaksa la balik dengan hati yang berat huhu. 

Tapi nda apa, sekurangnya dapat jumpa gather² kan?

Ok, jom layan gambar! 
Zai dan hasben 

Dewi and Fatma
Mau ambik gmbr dr angle atas supaya nampak slim. Lol
Byk kali 'take' sebab mau nmpk slim hohoho
Berdoa semoga 'terjangkit' untuk si Zai =)
Ni pun sama. Heheehe
With Dewi. Dia yang selalu ajar saya bahasa Inggeris masa  zaman sekolah  dulu =)
With Fatma. Pegawai Perikanan ni =)

All of us

  *Semoga persahabatan kita sampai bila-bila. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kawan-kawan. =)

Monday, August 27, 2012

Part 1: 15 Ogos 2012 l lawat Marney

Salam dan hello0 semua! Wah baru balik dari bercuti ni, mata asyik di PC jak..tapi bukan buat kerja, check fB la, bertwitt la, blog walking la... hehehe. Pagi tadi saja yang semangat buat kerja, lepas lunch terus mengantuk. Jadi daripada tidur di surau atau bilik mesyuarat, bagus surfing internet kan? Hehehehe.

Btw, aku mau update story pada 15 Ogos 2012 (Rabu) hari tu. Ada dua story, time pagi aku dan member² opis melawat Marney yang baru bersalin di Sabah Medical Centre. Time petang berbuka puasa pula aku dan member² lama zaman YSKL 95-99 ada buat ala-ala reunion kecik di Novotel Hotel, 1Borneo.

So, untuk entri ni aku mau cerita pasal Marney dulu yang bersalin secara C-Section aka putung (loghat sabah bilang). Due dia sepatutnya 8/8/2012, tapi tarikh tu pun nda sure sebab dia lupa tarikh 1st day last period dia. Jadi main agak saja. Bila kami terima sms dia petang 14/8/2012 yang dia sudah bersalin, jadi kami kwan2 opis dia decide mau lawat dia on 15/8/2012. 

Jam 11am mcm tu kami gerak sudah dari opis. Memandangkan dia bersalin di hospital swasta, jadi masa melawat is anytime. Bila kami nampak Marney di bilik dia, aku rasa macam darah aku pulak yang turun. Apa tidak, nampak dia lemah dan pucat. Terus aku terfikir, macam ni lah aku nanti kan? Huhu. 

Masa tu rugi sangat nda sempat jumpa baby dia sebab nurse sudah bawa pigi nursery. Jadi kami layan jak la cerita pengalaman Marney bersalin. Memang naik bulu tengkuk juga lah dengar. Siap dia kasi tengok lagi video masa d labor room, suami dia kena bagi izin untuk ambik video saat2 baby dorang kena angkat dari rahim. Masa kami tengok beramai2 video tu, siap dengan mimik2 muka lagi.... like "Oh noooooooo!! , Oh my Godddd!!" Semua ayat² menunjukkan rasa kengiluan keluar.

Tapi itulah... Subhanallah..kejadian Allah SWT sangat² besar!! 

Ba jom, layan gambar =)


Kusyuk dengar pengalaman Marney =)
Ni macam dorang ketawa jak time aku yang bercerita. Hahaha
Si Su yang kecumilan tengok gambar baby
X dapat jumpa baby, tgk gambar dr DSLR pun jadi la =) Comel kan?
Masing2 dengan mimik muka. Aku siap dengan hentaman tangan di paha. Wakakaka

Mula2 nda mau tengok, lama2 mau tengok jugak. Ambik perangsang heheehe

Marney pun semangat bercerita ba! Heehe
Tengok muka aku tu. Ngilu!
Team lawatan dari RELA Sabah. 

Semoga Marney cepat sembuh dan sihat. =)

Tuesday, August 14, 2012

My baju raya dan biskut raya 2012

Lebih kurang 5 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal kan? Pejam celik pejam celik mau hampir penghujung Ramadhan sudah.. Jadinya persiapan raya kena buat la kan. Walaupun sarat mengandung ni, tetap nda mau kalah bergaya ok! Hahaha. 

Memandangkan raya tahun ni aku memboyot, jadi terpaksa la cari baju yang ngam² dengan saiz aku sekarang ni. Sebenarnya masa shopping baju raya hari tu, aku macam nda percaya jak saiz badan aku ni dah macam BELON. Serius. Aku masih keep in mind yang badan aku ni masih slim melim macam dolu².. tapi rupanya, aku memang silap. Baju kena cari saiz bigger, bukan M atau X tapi XL ok! Oh kenapa aku tidak mau terima hakikat? Wakakakaka.

Aku terlupa pulak mau snap gambar baju raya dan biskut raya yang aku buat sendiri (home made with love ok? hehehe).. so aku google jak la images di tenet.. tak sama, tapi lebih kurang la.. =)

Baju raya hari pertama nanti lebih kurang macam ni.. Kaftan warna ungu.

tengok saiz badan ni, lebih kurang saiz aku sekarang hehehehe. 

Baju raya hari kedua nanti aku pilih baju kurung pahang polka dot. Saiz? XL laa...... huhu.

Tapi baju aku warna kelabu. Sebijik macam ni.



Biskut raya pun aku ada buat. Tapi baru 4 jenis. Aku ingat nak cuti awal nanti.. mau buat biskut raya lagi hehe. Gambar biskut pun aku google je.. lupa nak snap ;p

Biskut ulat bulu kurma. Aku tambah perisa pandan. Sedap tau. Hehehe.

Biskut coklat milo. Tidak la sebijik macam ni. Shape yang aku buat bulat².
My fav ever! Biskut nespray. Memang sedap! Hahaha puji diri sendiri lagi!

Biskut semperit. Aku tambah perisa ros. Tapi aku buat macam tak sedap jek. miehehehee.

Haaaaaaa  yang ni aku tak buat ok. Kurius wei. Camna dorang buat ni??? Memang rajin kreatif tahap gaban ni. Agak2 ada di Malaysia tak?  

Thursday, August 9, 2012

Semoga Baby menjadi anak yang soleh... amin.



"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging,
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-t
ulang itu dengan daging,
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

Al-Mu’minun : ayat 14


source: Facebook.

*Tinggal 8 minggu lebih lagi. Doakan kami.

Friday, August 3, 2012

Pengalaman berpuasa semasa hamil =)

Alhamdulillah sudah dua minggu umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang amat mulia ni. Maknanya tinggal dua minggu juga lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 1433H. Kali ni lagi best sebab ada hasben dan si kecik duduk dalam belly ni hehehe.. =)

Cabaran berpuasa kali ni memang tough. Huhu. Aku admit aku tidak dapat jadi sekuat dulu sebab dalam 14 hari ni aku cuma dapat berpuasa selama 3 hari sahaja. Dan untuk 14 hari akan datang, belum tau lagi berapa hari puasa aku dapat tahan.

Sebelum mula bulan puasa hari tu, aku ada tanya family, kawan², google tengok² tanya² info pasal berpuasa dalam Ramadhan ni. Rata² bagi sokongan tapi kalau tidak tahan, boleh tidak berpuasa sebab ibu hamil diberi kelonggaran. Tapi aku memang salute dengan biras aku, a.k.a wife kepada abang hasben aku. Dia sedang sarat hamil 9 bulan ++ tapi direct berpuasa. Masya Allah... aku tanya dia - kakak tahan juga? Boleh katanya. Cuba amalkan Spirulina Elken, dia bagi cadangan lagi. Aku jadi semangat mau ikut kekuatan dia. Tapi itulah, lain orang, lain pengalaman. Baby aku ni kuat menendang, agaknya lapar dan gastrik aku pun naik. Huhu.. Terpaksa aku ambik solution, puasa selang sehari atau dua hari.

Aku berharap dengan usaha aku ni, baby aku dapat faham bahawa mamanya berniat untuk mengajar dia berpuasa juga. (Langkah awal pembelajaran ni ). Sama juga dengan solat, membaca al-Quran dan baca buku² ilmiah. Aku berdoa anak aku jadi anak yang cerdas, soleh dan menghormati orang tua. Insya Allah.

Oh ya ramai ba tanya apa gender baby aku ni? Actually aku pun nda tau. Tapi naluri aku kata: it's a baby boy =)

And know what, sampai sekarang kami belum ada nama lagi untuk dia. But i love these name:

For boy - Umar Muhammad
For girl - Auni Nafisah

Tapi hasben kata, nama² tu belum confirm lagi. Lepas bersalin nanti baru kasi nama. Adoi. Y___Y
Sabo jelahhh.....