Kalau bagi yg housewife, kira bertuah sikit sebab x perlu fikir masalah pejabat. kalau ibu bekerja, ehem nda payahlah dikasi tau. You know who you are, moms . We' rawks! Haha
Btw, aku just mau share pasal berat badan ni. Tiba2 terflash mau post. Now time shows me 1.27am. Aku masih nda tidur sebab Icha. well.. macam biasa, nguek2 mau nenen, mau ditapuk2 dalam ayunan. Sementara tu, aku cerita sikit pasal isu sensitif wanita ni.
Masa aku pregnant sebelum bersalin, berat badan aku 66kg (wow!). Selepas bersalin, 56kg (woww.. - panjang sikit). Berat tu kekal sampai umur icha 5 bulan. Agak berisi kan? Memang pon. Kadang2 malu juga la sebab ramai member yang tiba2 terjumpa di jalan/mall mesti tanya: eh, ko ngandung lagi? Aku mestilah cepat2 menidakkan, harus la ba tu. (sabo je la).
Jadi aku kena fikir yang aku mesti berusaha turunkan berat badan. Bukan senang mau turunkan berat badan tau. Tuu produk kelangsingan yang mahal2 timbirang ja tu. cuba bagi artis2 big macam enot atau syanie atau dina jadi model contoh dorang, ada bran? Takdenyeee... Ni bagi ira pajira, jiana jen, umiaida, kan?
So 1st attempt aku adalah naik tangga turun tangga bila datang/balik opis. Ada perubahan tapi sikit. Gram2 ja yang turun. Sedih. Then aku try product yang kakak aku suggest, jenama U-Trim. Harga rm80 sekotak/15 sachet. Aku cuba 2 sachet- aku nda boleh telan. Aku juAl sama member opis 13 sachet tu.
Pas tu aku try lotion Fellina. Pakai 2-3 hari ja. Cuzzy aku Ernie bagitau ada paraben- which is macam chemical ingredient yang boleh bawa kanser (nauzubillah). Patutla bila pakai macam nda selesa ja, something feels wrong gitu. So aku stop.
Aku gugel2 pasal berat badan ni terbacalah pasal bengkung moden. Bila baca testimoni orang macam best ja. Tengok harga, wow kuyak jugakla hati - agak mahal rm200++. Fikir punya fikir, aku tutup kan jak la hati demi mau turun berat, so aku beli la bengkung moden tu sekali dgn losen sireh mas.
Aku start pakai awal bulan 5 sampai sekarang. Alhamdulillah 4kg turun. Tapi makan memang kena jaga, jangan jadi pelahap-semua mau ditelan kan. Nafsu makan selepas bersalin memang menjadi2, jadi sunnah nabi - berhenti makan sebelum kenyang - sangat praktikal untuk jadi ikutan ok? Hehe.
Masa puasa turun 51kg, masa raya 52kg. Standardlah tu, makan raya kan haha. sekarang menten 51-52kg. Aku kena usaha lagi nampaknya.
Sekarang ni aku ambik supplement Shaklee Vita-Lea Iron untuk extra tenaga dan ESP untuk dietary. So far vitamin tu ok tapi ESP tu macam susah sikit mau teLan haha. Tengokla nanti hasilnya, akan aku update. In Sha Allah.
Ok that's all. Bagi ibu2 yang dalam proses "pengkurusan" selepas bersalin, jangan putus asa ok. Dan makan tu pun, kena ingat dunia, jangan belasah ja makanan depan mata. Ingat, demi kesejahteraan suami jugak tu.Hahaha!