Saturday, January 11, 2014

Selamat Hari Jadi Daddy

10/1/2014 genap umur 60 tahun daddy tercinta dunya dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhanku, pencipta semesta alam. Ku mohon Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosa bapaku dan berikanlah dia rahmat mu lindunginya daripada seksa api neraka. 
Kau bukakanlah juga hati keturunan bapaku agar kami sentiasa di landasan hidayahMu dan memelihara iman kami agar bapaku tidak diseksa kerana dosa-dosa yang telah dilakukan oleh kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, tiada tempat kami berdoa, bersujud, berserah hanya kepadaMu Ya Allah...

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh.

TARAJI FAUZI SHANI
1/10/1954-4/8/1997



Wednesday, January 8, 2014

Salam Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan selamat petang.

Wah macam mahu berpidato kan. Maklumlah since Oktober 2013 aku nda post apa2 story pun dalam blog ni. Jadi ayat pun macam agak skima. Siyes, aku rindu gilaaaaa mau bercerita di sini. Adoi.

Ya diakui sejak jadi ibu ni, masya Allah masa untuk diri sendiri mungkin cuma 20%. Yang selebihnya keluarga dan kerja. Contoh paling dekat ni lah blog aku ni..bersawang-sawang di awangan. Sangat diakui.

Kalau dulu masa bujang, tu diaaaa....laptop pc depan mata memanjang. 24 jam sehari. Ceh. Kan? Sekarang? Alahai mau buka laptop di rumah pun takut, bukan apa, si kecik tu kalau nampak laptop habis dipijak2 nya keyboard laptop. Mau update blog dari henpon pun boleh sebenarnya, tapi kalau si kecik tu nampak henpon, pantang ba memang mau ditengoknya Upin Upin, Kids Songs. Paling dia suka lagu "Jingle Bells". Boleh? Hahaha sabo  jelaa.

Rasanya banyak cerita 2013 mau di share tapi itulah..malasnya mau menyusun cerita dan cari gambar!  Naa.. gambar tulah paling menten, kalau setakat puluh nda apa..ni beribu. Mana ada masa mau buat, seminit boleh la. Dua minit seterusnya - si kecik merengek2 sudah di kaki. Tu belum masuk bapanya lagi. Wakakakaka 


Ok la... In Sha Allah untuk 2014 ni aku berusaha untuk update blog. Mesti boleh. One of my IG fren ada post pic said - "update blog consistently!!" and siap lekat di depan pc nya. Yaaaa aku pun mesti tu!


Semoga tahun baru ini memberi rahmat kepada kita semua. Aamiin.


Jom share apa azam 2014 =)