Rasanya berlainan sikit pengalaman mengandung kali kedua dengan yang pertama. Macam berat badan ada terkawal sedikit, pemakanan pun sama. Mungkin sebab masa mengandung pertama tu aku makan saja apa yang aku mau..sebab bak kata ramai orang: "makan saja apa kau mau.."
Aku rasa ayat tu nda ngam ba sebab boleh buat orang mengandung ni berat badan berlebihan jadi obes, kandungan gula bertambah dan darah turun. Masa aku mengandung icha dulu, semua aku makan apa yang sedap. Jadinya lepas bersalin, punya lah susah mau kasi turun tu berat badan. Haish.. Jadi kali ni aku ambik pendekatan: makan bersederhana dan jangan jadi pelahap - semua pun mau telan.
Alhamdulillah berat badan kali ni ada terkawal sikit. Aku berharap betul lepas bersalin aku dapat kasi turun berat sebelum masuk opis balik. :D
Entri kali ni mau share supplement atau vitamin yang aku consume untuk 2nd pregnancy ni.
Iberet ni aku makan sebab HB aku turun since mengandung Icha lagi. Aku ambik 2 biji sehari, 2 jam selepas makan malam. |
Itu saja la yang mau kongsi dengan kamurang... Lepas ni ada vitamin juga mau makan macam Ostematrix Shaklee (ganti Kalsium tu) dan Omega Guard Shaklee yang mana bagus untuk brain baby.
Dan set berpantang. Masih lagi berfikir apa set yang bagus selain Tanamera. =)