Monday, June 13, 2016

Perasaan di Bulan Ramadan Al Mubarak

Sedar nda sedar, ramadan sudah masuk minggu kedua. Haih.. cepat nya la masa berlalu. Ibadah untuk Allah tidak tahu..adakah sudah cukup terbaik untukNya atau pun hangat-hangat tahi ayam saja.

Semalam, husband ada bercakap mengenai sesuatu yang sensitif tentang rezeki. Adui tersentuh juga la hati mama ni.. nda sangka husband akan cakap benda begitu dan kesedaran tentang ketelusan rezeki tu bukan semua orang akan ambil berat. Alhamdulillah sedikit sedikit Allah berikan ruang di hati kami untuk menilai baik buruk penerimaan rezeki itu. Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi kami. Aamiin.

Bercerita pasal puasa ni, aku tekad untuk mencari lailatul qadar. Ya Allah.. rendahnya hati ini dan kerdilnya diri ini bila berperasaan begini..tak mampu aku mau menyebut lidah ayat "LAILATUL QADAR" tu sendiri. huh.

Masya Allah.

Bila aku tengok dan nampak Mizz Nina, sesungguhnya wanita itu sangat bertuah kerana diberi hidayah yang amat tinggi daripada Nya. Peluang dan ruang yang ada dimanfaat sepenuhnya dan dia sekarang menjadi trendsetter muslimah-muslimah di luar sana. Aku berfikir, adakah aku akan dapat peluang dan ruang sepertinya? Bilamana kehidupan kami sama sekali tidak sama.

Aku juga mula mendengar IKIM.FM  waktu pagi sepanjang ke pejabat. Selama ini aku cuma tahu dengar HotFM, MixFM, etc. Tapi kali ini aku bertekad keluar dari keseronokan halwa telinga. Subhanallah. Motivasi cerita pagi bulan Ramadan insha Allah terisi di minda. Kadang-kadang mata aku panas berair kerana mendengar nasihat-nasihat ulama. Sayu hati aku bila aku teringat dosa-dosa silam. Ya Allah ampuni la dosa-dosa kami dan tetapkan lah hati kami dengan beriman kepada mu Ya Allah.

Cerita ini, luahan ini adalah untuk peringatan diri aku bahawa mungkin masa sudah tiba untuk aku berubah menjadi wanita, anak, isteri, emak dan pekerja yang lebih baik, dan lebih penting, apa yang aku lakukan hanya ingin mendapat keredhaan Allah semata-mata.

Moga Allah merahmati kita semua dan semoga Allah bukakan masa yang terluang untuk aku terus berblog, bermonolog tentang life ini di bawah keredhaan Nya.

Anda boleh turun kan komen supaya kita boleh kongsi pengalaman ya. Jazzakallahu Khayr.. =)

Tuesday, February 16, 2016

Kenapa tak update blog, Kizzy?

Sesungguhnya aku geram sangat sebab nda update blog sejak setahun lepas. What?? Setahun?

Dead.

Haih la... kenapa aku nda update blog nih?  Sibuk kerja, anak-anak, life yang ups and downs. Huh.

Rugi sebab aku dah tak ada sesuatu yang maya untuk aku tunjukkan anak-anak bila dorang sudah besar nanti. Dah tak ada bukti bagaimana perjalanan aku sebagai mak untuk besarkan anak-anak aku. Tunjukkan bahawa betapa aku sayangi dorang, jaga dorang, dan kesusahan aku sebagai ibu dorang untuk besarkan dorang menuntut pengorbanan yang banyak.

Huh.

Apapun, satu hari nanti aku pasti update blog dengan gigih.

xoxo - KizzyFauzi