Minggu lepas, dua hari berturut aku teruja pergi Parenting Expo di 1Borneo. Terpaksa la hasben ikut dari belakang walaupun aku tahu dia bukannya suka sangat tempat2 yang crowded ni. Pening katanya. Tapi oleh kerana bini nya ni tekad juga mau pigi, semata mau tengok Dynas ja, sanggup mak buyung hokey!
Booth² lain tidak menarik perhatian langsung. Sebab niat mau jumpa Dynas ja. Hahaha. Bida' kan. Sampai booth Dynas - DNA: Dynas Nursing Attire - ramai pengunjung. Mula² tu tercari2 juga mana Dynas, bila tanya pembantu booth tu, katanya Dynas tengah pam susu. Wahh teruja i tau! Aku pun ikut semangat tanam dalam diri aku mesti boleh fully BF baby nanti =) Insya Allah.
Bila Dynas keluar dari nursing room, hasben yang buat isyarat mulut dari jauh, sebab masa tu aku tengah leka tengok barang² untuk BF.. nampak Dynas terus layan customers. Memang friendly gila la. Bila dia nampak aku, dia terus tegur, say hai sambil pegang perut aku. Besar katanya sambil gelak. Dia pun bawa bercerita sekejap sebelum dia jumpa customers lain.
Comel je Dynas ni. Tinggi lagi tu . Hehehe.
So what I've bought from DNA booth? Cloth diapers, cool box, gendong/sling ring baby.. baju nursing jak nda beli, sebab teda bajet hehehe.
Ohya, minggu lepas aku ada order CD dari Hanania Closet. Comel2 ni. Printed. Murah pun murah. Sebenarnya mau test² ja ni..kalau ok, mungkin aku beli lagi untuk tambah collection. Di booth Dynas, aku beli 3 set jenama Lovely World. Agak mahal, tapi rasanya berbaloi kalau boleh pakai bertahun² - yg penting pandai jaga. Actually kena ada 12 set untuk penggunaan 24 jam. So setakat ni cuma ada 8 set saja, 5 set dr Hanania, 3 set dari Lovely World. Jadi kena beli 4-5 set lagi.
Cool box pun ada sudah, siap dengan dua ice bag dalam tu. Plus 5 botol untuk storage bf milk. Oh god, macam nda percaya ja aku boleh prepare semua ni.. Aku berharap sangat impian aku untuk fully BF my baby and guna CD instead of pampers tercapai. Amin amin amin! Insya Allah.
Pintu masuk expo. Best!! |
See..ramai parent kan! |
With gorgeous Dynas! Punyalah nampak buntal i kat situ! Hahahaa |
Insert. From QQ Baby - Hanania's Closet |
3 set from Lovely World. |
Collection CD. Pas ni mau tambah lagi. |
Gedong / sling ring baby. Tapi lupa mcamana mau pasang =( |
Cool box! Memang cool ! |
Barulah aku pun ikut teruja ah!
ReplyDeletehehe thanks for coming last night! aku pun teruja ba tgk tu baju2 baby semua hehee
ReplyDelete