Wednesday, October 24, 2012

Pengalaman bersalin - Part 1

Seperti yang saya janjikan, hari ni saya nak update pengalaman bersalin saya pada 9 Oktober 2012 lepas. Walaupun sudah limpas 15 hari, tapi rasanya macam baru semalam aku bersalin.. dugaan Allah yang maha2 hebat.

9 Oktober 2012. Jam 1.30 pagi.

Contraction mula sakit dengan kerap. Datang sekejap2. Aku ingat aku boleh tahan lagi sampai subuh tapi rupanya tidak. Aku gerak hasben, bawa dia pi hospital. Sampai hospital jam 2 am. Masa tu ada 4-5 patient lagi di bilik penilaian. Siap dengan muka yang sugul. Mungkin tunggu masa bersalin. Aku mula berdebar2 juga ni. Fuh fuh fuh. Tarik nafas panjang2, selawat nda habis2. Aku tunggu dekat setengah jam baru turn aku kena panggil. Doktor perempuan cina yang check. Tangan aku cucuk jarum lagi, sakit..huhu. Dan buat VE lagi. Bila kena check, bukaan baru 4 cm, tapi boleh masuk labor room sdh. Tapi penuh. So aku kena tunggu. Masa tu jam sudah 3.45am. 

Tunggu punya tunggu, tapi labor room masih penuh. Aduiii..penyeksaan. Mana lagi aku teringat hasben aku yang setia menunggu di luar. Bila hasben aku cakap mau cari something utk dimakan di 7E, aku minta dia belikan bun. Lapar juga menunggu ni. Dekat jam 6am, hasben aku hantar bun dan air mineral. Memang nda cukup, kelaparan tahap gaban jugalah. Tapi perasaan menunggu lagi gaban. Mana lagi sakit contraction, menahan jak la. 
After dekat 2 hours menunggu giliran, tepat 6.30am doktor cina tu panggil aku mau kasi pecah air ketuban. Bila VE balik, sudah 5cm. Sakit juga masa dia kasi pecah tu, itupun dua kali dia kurik di bawah tu baru pecah. Sabarrrr ja la. 

Jam 6.45am.

Aku kena usung masuk Dewan Bersalin. Doii nama bilik pun ngeri. Sempat aku text hasben yang aku masuk bilik bersalin sudah dan aku nda boleh keluar sudah dari situ. Bilik bersalin aku nombor 19. Ramainyaaaaaa pelatih, pelajar, doktor, staf nurse dalam dewan bersalin tu. Memang sibuk gila la. Setiap bilik ada patient. Menunggu bersalin, macam aku la tu. 

Bila aku sudah baring dalam bilik tu, dorang mula pasang alat pendengaran jantung baby.  Kata nurse, benda tu akan stay di perut aku sampai aku bersalin. Jadi aku bergerak pun nda dapat. Contraction makin menjadi tapi aku boleh tahan lagi. 

Jam 10.15am. 

Sorang staf nurse pasang something macam air & cucuk di tiub tangan aku tu. Ada dua kantung. Aku tanya, apa tu. Dia kata, yang 1 tu air, yang 1 lagi, air untuk kasi cepat ko beranak. So dalam fikiran aku, mesti aku kena induce ni.  Dia cakap lagi, contraction mungkin akan tambah sakit. 
Oh God. Dalam 15 minit, aku dapat rasa sudah contraction yang menggila. Aku ingat pesan Eryantie, jangan lawan contraction. Ya aku buat tapi nda lama. Sakitnya Allah saja yang tahu. 

Aku pusing sana, pusing sini. Aku jerit sekejap2, ikut rentak contraction tu. Nama Allah nda terkira sudah keluar dari mulut aku. Nurse yang jaga aku sepanjang aku di sana memang bagus.. Aku ingat lagi nama dia Dessy. Dia bagi perangsang, tarik nafas, lepas..ulang 2-3 kali. Contraction tu nda kan hilang sampai aku bersalin, katanya. Ya Allah.. masa tu aku rasa macam mau pengsan, pitam, mati pun ada. Masa tulah aku rasa Tuhan hukum aku atas dosa2 aku terhadap mami aku dan hasben aku. Aku terbayang2 muka dorang ni, moga2 segala dosa aku diampunkan dan aku berjanji aku nda mau cari dosa sama dorang lagi.. 

Jam 12pm.

Contraction makin menggila. Along sempat text lagi, disuruhnya aku teran sikit2. Time2 sakit tu juga aku reply, untuk apa. Dia reply, supaya baby tu cepat keluar. Jadi aku teranlah sikit2. Tapi makin lama, macam kepala baby tu sendiri turun ke bawah mau keluar.  Masa tulah  contraction lagi menggila. Sampai aku tertarik baju 1 orang pelatih tu. Sabar ja la. Nurse Dessy setia dengan aku. Aku cakap, nda boleh ka ubat induce tu kasi stop, sakit betul sudah ni. Tiba2 1 orang staf nurse mencelah, nda boleh. Aku cakap lagi, sakit betul sudah ni nurse, blm blh beranak lagi ka. Bila dorang cek, belum lagi. Aku rasa masa tu, aku memang macam tiada daya sudah... Mana lapar lagi. Sampai  1 doktor India tu cakap, kamu tiada bawa air sembahyang kamu ka? maksudnya air selusuh. Aku geleng jak.  Aku tiada tenaga sudah mau cakap apa2. Contraction makin menjadi2.

Jam 1.10pm.

Tiba2 1 kumpulan staf nurse dan pelatih dalam 5-6 orang masuk dan buka kain di bawah aku tu, letak kain hijau, then sorang staf nurse suruh aku pegang besi, dua kaki aku tahan di besi, kepala naik sikit. Lampu samar2, then dia suruh aku dongak ke atas. Uik boleh plak nampak kejadian proses bersalin ni! Dia tanya, puan nampak di atas tu? Aku cakap, nampak. Dia kata puan boleh tengok macamana baby puan keluar. Aku nda sanggup tengok pun. Aku cuma berharap semua berakhir cepat, selamat dan sempurna..


Part 2 akan menyusul .... =)

3 comments:

  1. Amazing experience.. cant wait for the next page. Napa xble lawan tu contraction? ada effect ka?

    ReplyDelete
  2. Si Eryantie tu mengasi nasihat macam dia pernah kan masuk labor room. Hahaha aku ni share apa jak orang suruh kasi sampai sama ko ah beb. Easier said than done, klu ko lawan pun aku xdpt ckp apa sbb aku sendiri belum rasa kan.

    ReplyDelete
  3. hurm.. sakit memangs sakit esp.. induce, cuma induce ni mempercepatkan bersalin jadinya, tidaklah berhari-hari kalau tidak lama juga mahu di tunggu, untuk first baby lah,

    ReplyDelete