Tuesday, June 8, 2010

kembali ke Julai, 2001

bila aku dengar lagu Adira - Ku Ada Kamu buat aku berfikir sejenak. terimbas waktu dulu. mengingatkan aku tentang seseorang yang tidak pernah tinggalkan aku keseorangan, sampai saat ini.

dia selalu buat aku rasa yakin dengan setiap keputusan aku buat.
dia selalu tenangkan aku bila aku keliru.
dia selalu buat aku ketawa bila aku mula marah.
dia selalu dorong aku untuk menjadi diri sendiri.
dia selalu di sisi bila aku rasa aku tiada siapa-siapa untuk meluah.
dia selalu ada. untuk aku.

tapi aku tahu, dia sudah sangat penat. menjadi bayang-bayang aku.

dan aku juga tahu, sudah sampai masa dia tinggalkan aku. untuk hidup dia sendiri.

soalan yang selama ni berlegar dlm fikiran : bolehkah aku hidup tanpa dia?

2 comments: