Tuesday, August 14, 2012

My baju raya dan biskut raya 2012

Lebih kurang 5 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal kan? Pejam celik pejam celik mau hampir penghujung Ramadhan sudah.. Jadinya persiapan raya kena buat la kan. Walaupun sarat mengandung ni, tetap nda mau kalah bergaya ok! Hahaha. 

Memandangkan raya tahun ni aku memboyot, jadi terpaksa la cari baju yang ngam² dengan saiz aku sekarang ni. Sebenarnya masa shopping baju raya hari tu, aku macam nda percaya jak saiz badan aku ni dah macam BELON. Serius. Aku masih keep in mind yang badan aku ni masih slim melim macam dolu².. tapi rupanya, aku memang silap. Baju kena cari saiz bigger, bukan M atau X tapi XL ok! Oh kenapa aku tidak mau terima hakikat? Wakakakaka.

Aku terlupa pulak mau snap gambar baju raya dan biskut raya yang aku buat sendiri (home made with love ok? hehehe).. so aku google jak la images di tenet.. tak sama, tapi lebih kurang la.. =)

Baju raya hari pertama nanti lebih kurang macam ni.. Kaftan warna ungu.

tengok saiz badan ni, lebih kurang saiz aku sekarang hehehehe. 

Baju raya hari kedua nanti aku pilih baju kurung pahang polka dot. Saiz? XL laa...... huhu.

Tapi baju aku warna kelabu. Sebijik macam ni.



Biskut raya pun aku ada buat. Tapi baru 4 jenis. Aku ingat nak cuti awal nanti.. mau buat biskut raya lagi hehe. Gambar biskut pun aku google je.. lupa nak snap ;p

Biskut ulat bulu kurma. Aku tambah perisa pandan. Sedap tau. Hehehe.

Biskut coklat milo. Tidak la sebijik macam ni. Shape yang aku buat bulat².
My fav ever! Biskut nespray. Memang sedap! Hahaha puji diri sendiri lagi!

Biskut semperit. Aku tambah perisa ros. Tapi aku buat macam tak sedap jek. miehehehee.

Haaaaaaa  yang ni aku tak buat ok. Kurius wei. Camna dorang buat ni??? Memang rajin kreatif tahap gaban ni. Agak2 ada di Malaysia tak?  

4 comments:

  1. Rajinnya.. saya baru buat 1 kuih haha.. yg lain mama sy buat sama kuih tunjuk

    ReplyDelete
  2. Wahh mula2 berfikir ni mau buat kuih ka nda..nampak ni gambar2 terus terinspirasi mau buat

    btw biarla gemuk tp muka menten cun!

    ReplyDelete
  3. Kuih raya ni tahun semua kuih tunjuk. Oven kena pinjam trus xda semangat mau buat macam last year. Huhu sedih.

    Beb, nnt kami serbu lagi rumah 'kita' di Papar tu ah. Jadi sila make sure kuih ko buat masih ada.

    ReplyDelete
  4. Daia,hehe xapa .. Yg pntg ada kuih raya ;)

    Cuz , ko mesti rajin ba ;)

    Er, ba bila mau dtg ni ? Hehe

    ReplyDelete