Saturday, October 12, 2013

Icha jarum setahun ..

Temujanji icha berjarum di KKIA kemarin 12/10/13. dalam seminggu tu balik2 aku cakap dengan icha jangan nangis bila kena jarum..kesian ba tengok baby kena jarum :(..  And takut kalau icha demam. Huh.
So bila turn icha kena check kemarin, macam dia tau2 ja mau kena jarum, belum lagi kena jarum tapi mula nangis sudah dia. Aku pun pasang lah lagu ABC di henpon, nda juga kena layan. Pastu nurse suruh pegang kepala dan tangan dia supaya senang mau jarum di kaki, lagipun mau tahan supaya Icha nda meronta time jarum.

Bila time kena jarum tu, nda la aku tengok jarum tu masuk pi kulit paha dia. Anduu menangis ba sampai tiada suara dia.. Huhu aku selawat jak banyak2 sambil kasi tenang dia. Lepas keluar dari bilik jarum tu, dia diam sudah tp air mata keluar jugak. Kesian kan.

Sampai kereta kasi nenen icha, baru dia terlelap. Kesian penat. Masa Ayah dia berenti singgah beli makanan, Icha bangun tapi aktif terus ah. Sana sini dalam kereta tu dia explore. 

Bingung aku sekejap. Hahaha.

Aku doa ja dia nda demam. Aamiin.






Wednesday, October 9, 2013

Happy birthday my baby Icha!

Hari ini 9/10/2013. Setahun berlalu sejak aku lahirkan Icha. Sekejap ja kan? Rasa macam kemarin kemarin dulu aku keluar masuk hospital masa sakit2 contraction hehe.. Alhamdulillah hari ni Icha sudah genap setahun bersama kami. Dan aku berdoa aku masih bernyawa untuk lihat dia membesar sampai dia beranak pulak hahaha.. Aamiin! 

Susah mau describe perasaan sekarang. Apa yang aku rasa dan fikir sekarang cuma berharap Icha membesar dengan baik dan sihat dan bijak. Juga bagus dalam pelajaran dunia dan akhirat. 

Terfikir juga mau kasi dia adik. Hahahaha.

Tettttt.

Ehemm. 

Ucapan mama:

Icha, semoga Icha menjadi anak yang baik dan solehah. Icha harta mama dan ayah bila kami sudah tiada. Moga Icha pintar dan aktif di waktu persekolahan nanti. Moga Icha tidak terpesong di waktu zaman remaja nanti. Moga Icha menjadi insan berguna bila dewasa nanti.
Aamiin ya rabbal'alamin.
 
Selamat hari jadi sayang. We love you Auni Nafisah Amrin.

*hope one day you will read this entry and don't cry like a baby tau.. :) *


Friday, October 4, 2013

Singapore, Singapore, Singaporeeeee!

Haa tajuk entri ni menggambarkan hati aku sekarang ni. Ya ampun kepala aku sekarang ni serabut pasal nak pergi Singaporeee ja. Haruskah perkataan "e" tu dipanjang2kan? Hahaha. Tapi serius hari-hari aku memikirkan pasal trip pertama dalam sejarah ni. Sampai termimpi-mimpi mau naik train mana satu kalau mau pegi Bugis Street! Isk melampau betul.

Sekarang ni aku masih google blog orang2 yang sudah pergi USS. Satu blog tu aku minat sangat mau baca. Yang ni: feeldejavu.blogspot.com. Idea dia pasal bawa baju hujan kalau di USS sangat bernas aku rasa. Aku pun nda tefikir mau bawa baju hujan. After dia cerita in details pengalaman dia di USS, orang yang nda mau pergi mesti mau pergi. Macam begitu sekali kan. Haha.

Cerita dia dalam blog simple tapi kelakar. Trus tetibe aku pun terfikir macam ni - "nak jugak! aku nak jugak tulis entri cenggini!" Hek eleh. Dengki tul. Haha.

See.. aku yang lama sudah nda update blog tiba2 jadi rajin mau menaip pos entri. Melampau sekali lagi kan. Haha lagi.



Saja upload pic map railway MRT Singapore. Membuktikan saya nekad menghafal, tinggal bawa dollar je. Gereekk


Tuesday, October 1, 2013

Ke Singapore tapi tinggal anak di Sabah

Nampak kejam bila aku bagitau aku dan husband pergi Singapore tapi tak bawa Icha. Tapi hati aku..sedih ba =(

Bukan sengaja mau kasi tinggal dia. Aku memang mau bawa dia tapi USS tu rupanya kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas saja yang boleh masuk. Jadi kalau aku bawa Icha, tapi sampai USS macamana dengan Icha?

Betul, anak tu lebih penting dari segalanya. Tapi bagi aku, impian seseorang tu bila menjadi realiti, orang itu akan lagi menjadi matang dan lebih kuat berusaha untuk majukan diri. Pengalaman realiti itu juga akan menjadi impian orang lain.

Let the experience be worth. Aku mahu simpan pengalaman aku untuk Icha, aku berdoa semoga satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan motivasi yang kuat untuk mencapai impiannya.

Dan,

Kami pergi berjalan-jalan tanpa Icha bukan bermaksud nda sayang nda peduli, malahan perasaan sayang dan peduli lagi besar dari segalanya di dunia ini. Ingatan ibu bapa terhadap anak tidak pernah hilang sesaat pun malah bertambah dari hari ke hari.

Tahun depan Icha pasti kami bawa berjalan sudah sebab umur dia sudah cecah setahun lebih dan lagi seronok sebab dia masa tu mungkin dia pandai berjalan berlari & bermain sudah. In Sha Allah =)