Part 1- 4/6/2014
Aku dapat panggilan temuduga untuk Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Cyberjaya.. Alhamdulillah. Daripada 500+ pegawai yang memohon, hanya 390 sahaja yang dipanggil temuduga layak, termasuk aku leteww.. Hehe.
Pergh dia punya temuduga mencabar minda saiko jugak la. Ini first time datang temuduga program macam ni, memang pengalaman yang best. Temuduga kena buat 3 hari berturut and turn aku hari kedua. Heran juga macamana JPA dapat handle temuduga 3 hari sahaja padahal ramainya calon. Ouh.. time kena brief sebelum temuduga, rupanya calon akan masuk bilik temuduga adalah beramai2 bukan sorang2!
Naaa sana aku bingung sudah. Sudah lah kena standby cakap inggiris kunun, mataii.. Taulah ba ni, yg jarang2 mau spiking, spiking pun di Fb, IG, twitter yg macam taik2 tu hahahaha .. Terer part campur2 bahasa ja pun bahahaha.. Ini kalilah kena spiking directly debilang..
Aku minta urusetia aku mau awal masuk interview sebab flight aku jam 4.30pm hari tu jugak. So dalam jam 2.45pm aku kena panggil sudah masuk bilik interview bersama dua orang lagi. Nasib baik tiga2 kami perempuan, jadi nda la malu sangat, nda payah la control ayu ..wakakaka
Bila masuk bilik interview, mak aihh nevesss la pulak. Nampak dua penemuduga tu cool rilek ja ..yang pegawai wanita tu masya Allah cantik ah. Lawa tudung nya. Mau juga tanya mana dia beli,boleh juga aku jual di IG aku hahaha . sempat lagi ah berpikir bisnis. Matai.
Permulaan interview tu disuruhnya kami memperkenalkan diri in inggeris debilang. Naaa tiga2 kami memang neves hahaha. Bagagar ba suara..macam ada folseto. Wakakak. Adoi sandi tau. Terus aku tekad mau masuk kelas inggeris lepas ni lol
Lepas tu baru pegawai lelaki tu bilang: ok boleh cakap melayu sudah. Hahaha tiga2 ba kami tarik nafas lega. Kentara ba jarang2 spiking kah3. Lepas tu baru la dia tanya macam2 soalan berkaitan program tu dan part best time dia tanya pasal aktiviti hujung minggu. Kelucuan betul aku sama kawan sebelah aku tu, sihat betul ba badannya tapi dia mengaku yang hujung2 minggu dia berbasikal (?). Aku: terus buat muka straight face. Hahahahaha.
Lepas tu part paling best dorang tanya apa bakat yang kami ada sebab kalau terpilih ke Korea, ada malam kebudayaan nanti. Jadi yang dua orang tu mengaku penyanyi koir Jabatan. Naaaa abis kena suruh menyanyi ah. Adoi adoi.. Sandi ba. Bagagar lagi suara. Hahaa. Terus aku berpikir aku mau cakap apa, last2 aku bagitau aku biasa berzumba. Terus disuruhnya aku menari apa2 saja tarian yang tau. Apa lagi menari sumazau la aku di tengah2 bilik interview tu! Siap bagitau lagi cara2 menari berpasangan macamana. Hahahahahaha
Lepas tu soalan2 standard dorang macam : kenapa berminat mau join program ni, dapat kebenaran ka dari famili/husband kalau terpilih, kenapa kamu rasa kamu layak dipilih ikut program ni.. Naa jawapan harus angkat bakul sendiri debilang..adoi. Tapi nda la aku jawab angkat bakul kain, aku cakap ja yang pegawai sokongan dari Sabah ni jarang2 dapat peluang macam ni, jadi kira aku bertuah la kalau terpilih dan bila balik sabah boleh share pengalaman dengan member2 opis..konfiden jawab tu hehe
Dalam 30 minit jugak kami dalam tu. Tapi kira sekejap ja tu sebab masa briefing pegawai JPA ada bagitau yang ada calon sampai 1 jam setengah kena interview. Wah mesti impress tu kan. Konfom dapat ..fuh.
Keputusan interview pun sudah keluar 4/7/14 hari tu. Aku dah agak memang nda dapat hehe. TIDAK BERJAYA. Nda apa, macam pegawai JPA tu cakap, kalau tidak dapat nda apa, sebab kamu ini dalam golongan bertuah sebab terpilih ikut interview..bukan senang. Dan ya dari 390 calon interview hanya 15 orang sahaja yang akan dipilih ke Korea. Harapan memang tipis la sebab of course pegawai gred 27 ke atas konfom terer spiking dan bercakap..kan.
Apapun, pengalaman tu yang berharga. Alhamdulillah.=)
No comments:
Post a Comment