Sunday, November 23, 2014

Gathering bff zaman YSKL9599

Salam & very the evening u all. Hari ni long day untuk aku.. Sebab ada dua jadual kena fulfill. Tapi cerita pasal gathering ja la sebab yg 2nd activity tu pasal keja. Lupakan pasal kerja sebab ai jumpa dgn bff zaman ai sekolah lagi! Lamanya ba nda jumpa dorang ni, ada yg bertahun ada yang berbulan. Sibuk ba semua dengan hal masing2. Jadi bila ada kesempatan macam hari ini, alhamdulillah we made it! 

First time juga pigi Metro Town di Jalan Lintas ni. Jadi minta hasben yang tolong hantarkan. Hikhikhik. Best juga di sini, banyak kedai yang best & kedai makan yang ala2 urban pun banyak. Siok ni kalau lepak2 kasi tenang tu pikiran kali kan. Miahaha.

Dorang decided makan di Kandi5. Harga makanan standard. RM4 above. Ok la tu. Interior pun cantik. Nampak piring2 design English tu terus teringat si cuzzy Ernie :)

Kami borak2 life masing2.. Tiga orang ba mengandung. Hahah. Pijut due bulan 12, aku bulan 4 & zai bulan 6 next year. Harap2 semua selamat. Aamiin.

Yang dua lagi... Jeng jeng jeng.... Insha Allah jodoh pasti ada. Aamiin! 

Cerita paling best dengar yang dua bujangan ni mau mentravelkan diri lagi next year. Best kan jadi orang bujang hehehe. Nda apa tengok pics dorang pun macam kaki sendiri sudah jejak pigi  tu tempat. Insha Allah next year kalau ada rezeki aku juga naik eroplen. Hehee.

Actually korum kami ni nda cukup ba ni.. Yg lain ada hal yang tidak dapat dielakkan. Harap2 umur panjang ada juga tu rezeki gathering balik :)

Ngam2 kakak senior YS dulu terjumpa juga sini si Kak Aedeshi! Anak dia campin spiking ah! Malu ai terus hahaha

Ba mari ba layan gambar osem! Minta tolong adik waitress ambik gambar kami & pastu kami lagi ganti2 ambik pics. :D








Cuz Ernie, this is for you itu pic last hehe :*





Sunday, November 16, 2014

HB turun lagi :(

Stress sebab HB turun lagi ke 9.1. Mungkin sebab aku nda jaga pemakanan, minum berkafein.. Tapi macamana jugak.. Apa yang nda boleh makan, itu la yang aku selera mau telan. :(

Seriously aku kena kurang kan atau pun stop consuming kafein. Apa saja like tea, nesface, even susu pun sebenarnya membuang kebaikan iron yang aku ambik. Duh. Bilang tu nurse, kalau terdesak ko just minum air putih & jus oren saja. 


Aku rasa macam mau timpiling dia masa tu jugak.


Tapi, sekarang ni.. Aku pulak rasa macam mau timpiling diri sendiri sebab penting kan diri. Ya, aku rasa aku memang wajib berhenti ambik kafein. Kalau tidak, HB aku terus turun. Penat ba terpaksa dua minggu sekali kena review KKIA sebab HB nda naik. Lagi sandi, part yang ambik darah & menunggu turn dua jam tu di kerusi keras! Adoiiiii

So lepas ni aku mesti tahan hati ambik kafein! Let's do this Kizzy! 


Huh..


Wednesday, November 12, 2014

2nd Pregnancy =)

Syukur Alhamdulillah. Rezeki mengandung lagi untuk anak kedua. Tidak expect sebab kami memang merancang tapi Allah sudah bagi rezeki ini, jadi kami terima dengan hati yang gembira.
 
Seronok juga sebab akhirnya Icha ada adik juga akhirnya. Kadang-kadang bila tengok Icha main-main sorang2, kesian tengok sebab alone2 kan. Dalam fikiran, terpikir siok juga kalau Icha ada kawan main. Naaa sekarang doa termakbul juga walaupun accident sebenarnya ..hahaha
 
Minggu ni masuk minggu ke 19. Minggu depan 20 minggu - 5 bulan sudah. Pengalaman kali ni lain sikit dari yang pertama. Kali ni alergik di bahagian tangan, lengan, kaki, mulut. Lepas tu selera makan pun macam nda berapa best. Yang fast food memang aku nda berapa mau telan. Sekali sekala boleh la. Tapi kalau bilang hari-hari macam dulu time Icha, nda la kali sudah. Lepas tu berat badan pun naik sekilo-sekilo ja. Kalau dulu naik 2 kilo oo.. Ketara kuat makan. Haha
 
Lepas tu, aku rasa banyak diam.. Macam penat kalau banyak bercakap. Kikikik. Sakit kepala kalau dengar suara orang yang nyaring. Henpon pun sekarang malas mau tengok. Adui.
 
Tapi alhamdulillah kesihatan setakat ini ok. Muntah2 pun tiada, cuma pening, letih dan sakit pinggang. Normal thingy.
 
Ohya.. My BFF Zai is expecting too! Adui syukur ya amat kepada Allah sebab dorang memang tunggu lama. & aku juga antara org terawal tau masa kandungan dia baru cecah 4 minggu. Masa tu aku memang excited gila and aku tunggu dia publish bagitahu kawan2 lain..
 
My others BFFs which expecting too are Pijut, Daia, member ofis Mars & Su, adik saya Kiko, ipar Manja Fuifui.. oh my.. semua rezeki Allah yang tidak ternilai. Thank you Allah.
 
Please doa yang terbaik untuk kami. *kisses*

Saturday, November 8, 2014

9/10/2014 - Icha turns 2 years!

Alhamdulillah sekarang Icha sudah berumur 2 tahun! Macam nda percaya saja bila anak membesar begitu cepat sebab kesakitan melahirkan Icha masih terasa sehingga hari ini :)

Syukur juga Icha disayangi kedua2 keluarga sebelah aku dan sebelah ayahnya & kawan2 aku. Semoga Icha sentiasa disayangi sampai besar.

Doa aku tidak pernah putus semoga Icha menjadi anak yang solehah, baik ( walaupun sekarang ni nakal dia melebihi anak lelaki adoi!) dan bijak. Aku masih belum boleh bayangkan bila dia meningkat remaja nanti. It must be tough days for us as her parents. 😅

Ok la. Mari layan gambar time dia sambut birthday itu hari 😁

Di Nongkolud : 






Di Papar:








Sama2 kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita ya.. Aamiin!