Sampai hospital aku terus pergi unit bersalin. Bagitau aku ada rasa sakit kontraksi. Nurse cakap kita cek CTG dulu meanwhile husband kena pergi lobi untuk daftar nama aku untuk bersalin. So aku pun baring lah di katil dan nurse mula pasang alat CTG tu atas perut. Ok aku mula neves. Dia kata tunggu 15 minit untuk tengok contraction.. Nda lama kemudian husband sampai bagitau yg sudah register & fail aku akan dihantar. Sambil2 tunggu keputusan CTG tu aku sembang2 dengan husband & aku belum mau bagitau family atau orang opis aku di hospital sudah. Manala tau kena suruh balik kan.
After 20 minit begitu, nurse datang cek perut & bagitau yang teda contraction. Haihh punyala kecewa.. Berharap sangat bersalin hari ini. T_T Jadi nya nurse suruh turun bawah jumpa doktor & doktor akan bagi advice debilang...
Lepas tunggu 30 minit, doktor sampai & macam biasa interview dulu, cek tekanan darah & scan baby. Dia cakap baby sihat & air ketuban pun cukup. Pastu dia kata dia mahu cek jalan. Aiyaaa.. Ini part la paling nda best huhu. Bila dia cek bawah tu, adui... sakit sikit & dengar bunyi 'pulp'.. Harap2 dia buka jalan, manatau 2-3 hari boleh beranak sudah hehe
Doktor cakap kontraksi yang aku rasa tu mungkin "main2" ja.. (Boleh pulak bgitu ah T__T) .. Bukaan ada 1cm itupun mungkin dari bersalin anak pertama. Lebih kurang 2cm sudah.. Tapi dia cakap tidak semestinya aku akan beranak ikut due 10/4/15 ni. Adoi. Pastu aku cakap boleh kah aku serah diri time due nanti? Dia ketawa saja. T_T
Doktor sajes suruh balik dulu & tunggu yg betul2 sakit kontraksi baru datang hospital. Dia cakap masih ok kalau overdue seminggu.. Dia cakap sakit kalau simpan ubat ataupun induce. Bagus juga doktor ni dalam hati aku. So aku decide datang balik jumaat ni .. Aku mau juga bersalin minggu ni sebab husband kena outstation minggu depan :( Sedih juga tu kalau aku bersalin dia tiada di sebelah & azankan baby huhu.
Aku berharap sangat Allah dengar rintihan hati aku & memudahkan semua urusan.jadi sekarang aku pun jadi insomnia sudah ni, nda dapat tidur sebab menunggu sakit yang tidak kunjung tiba.....