Monday, July 27, 2015

Part 2 - Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Salam dan hye semua. Rasanya belum terlambat lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yang mana hari ini adalah Syawal ke-11. Tapi aku sudah mula bekerja, sedih tinggal anak *Cry*

*****


Ok jangan sedih2 sebab cerita pasal anak sampai bila pun nda abis. Mari baca sambungan entri yang lepas :p


Masa aku kena tolak masuk labor room tu, tangan aku kan berjuntai di penghadang katil tu, jadi nurse tu sempat lagi jerit suruh tarik tangan aku dari penghadang tu sebab takut berlanggar dengan mesin-mesin dalam bilik. Aku yang dalam keadaan kesakitan macam nda terdaya sudah mau tarik tangan tu. 


Bila sudah masuk bilik, aku pula kena suruh pindah katil bersalin. Sempat lagi aku usha bilik tu warna purple tua, cantik juga. Time kena suruh pindah katil tu, adoi aku memang nda boleh sudah mau bergerak sebab rasa kepala baby tu betul2 di bawah sudah! Hati aku menjerit: "TOLONGGGGGG" tapi setakat di hati jak la haha.


Jadi macamana ni aku bilang. Aku bingung dalam tidak waras sudah. Hasben, nurse, doktor pun ikut bingung sebab anytime aku boleh beranak tapi belum pindah katil. Betul2 aduyaii. Haha. Lepas tu, dalam kesayupan tu dengar suara nurse jerit: kalau contraction stop, ko pindah cepat2 ah. Naaaaa...sekali aku rasa contraction yang stop cuma 2 saat tu, melompat bah aku pindah katil. Punya tangkas. Hahahaha. 


Sudah pindah katil, doktor mula buat kerja dia. Muka dia pun ketat semacam sudah sebab dia nda expect kali aku dapat bersalin awal dari jangkaan dia. Tapi doktor tu memang cool la. Steady jak. Boleh lagi dia duduk sambil tunggu aku push baby *muka icon nangis*


Aku pun mula push tapi belum lagi bilang doktor. Doktor cakap: Puan push bila datang tu contraction. Aku angguk2 ja sambil tengok hasben. Hasben pun nampak risau sudah tapi tangan dia genggam tangan aku, sambil usap2 kepala suruh aku baca banyak selawat. 


Bila contraction datang, aku tarik nafas cepat2 2-3 kali lepas tu aku push (tapi tiada suara keluar sebab kalau suara keluar, tenaga kita cepat habis) dan alhamdulillah dengan satu kali push ja, baby keluar! Ya Allah syukur syukur syukur! 


Aku nampak baby kena ambik nurse, sebijik macam Icha dulu hehehe. Dengar suara baby tu cukup aku lega dan semua sakit hilang begitu ja. Lepas tu, doktor cakap mau jahit sebab ada koyak sikit. Masa kena jahit tu, bius dua kali jadi time jahit memang tiada rasa sakit. Alhamdulillah, sebab trauma kena jahit masa Icha masih terasa ok..haha. 


Time tu juga, baby sudah siap kena kasi bersih dan aku minta baby diazankan oleh ayahnya.

Subhanallah..mengalir juga la air mata depan mata aku nampak dan dengar anak lelaki aku diazankan oleh ayahnya sendiri. Lepas tu aku pegang baby terus gambar2 hehehe. 

Lepas kena jahit tu, aku berehat sekejap sebelum kena bawa keluar pakai wheelchair. Masa pindah dari katil ke wheelchair pun boleh2 juga sakit tu. Menahan jak la. Yang penting semuanya selamat. Nurse pun bawa keluar balik ke bilik berehat.. 


So macam tulah pengalaman bersalin anak kedua aku yang kami namakan Muhammad Ammar. Nama Ammar tu aku ambik sempena pemuda yang syahid di Turki.. Berharap anak aku Ammar menjadi anak yang baik, soleh dan bijak. Insha Allah.   

1 comment: