Petang semalam aku & family tengok satu cerita Indon ni. Dari siaran Pelangi kalau nda silap. Aku ni jarang-jarang jugak mau layan cerita Indon ni, sebab sometimes cerita dorang lebih kurang jak. Kalau adik beradik, mesti tertukar masa kecik la, kalau bermusuh, mesti bapa mama dorang pernah ada skandal la, ataupun family ni kaya dan sorang lagi miskin. Cliché kan. Hehe. Apa2 jak la. Tapi aku rasa satu cerita ni boleh buat aku duduk sampai 2 jam depan tv. Tajuk movie tu BUKAN COWOK IDOLA. Jalan cerita ok, hero heroin pun boleh tahan. Tapi sebenarnya yang buat aku lagi layan sebab intipati cerita tu.
Cerita ni kelakar. Berkenaan tentang seorang perempuan ni yang sangat memilih boyfriend. Mesti kacak, bersih, wangi dan tidak selekeh. Bonus kaya. ;p
Lelaki yang suka dia pulak tu tidak tergolong dalam ciri-ciri di atas. Tapi last2, dorang ada jodoh jugak. Magic!
Apa yang buat aku teringat adalah aku rasa aku pun macam perempuan tu jugak. I mean 3-3 tahun lepas. Sejak aku putus tunang. Teeeettt. Itu cerita potong. Ignore please.
Ya, serius. Dulu aku pun macam tu jugak. Titik imaginasi aku dan lelaki idaman adalah:
- Aku suka lelaki educated (ok, ada mana2 perempuan yang tak suka?).
- Aku suka lelaki yang ada kelebihan level dalam kerjayanya (ok, ada mana2 perempuan yang tak nak ke?).
- Aku tak suka lelaki pakai selipar bila jumpa aku( ok, ada mana2 perempuan yang cool bila pakai high heels tapi bf pakai selipar jipun bila jalan2 di pavillion?).
- Aku suka lelaki yang bijak matching baju & seluar (ok, siapa yang nak berjalan dengan lelaki yang selekeh..excuse me..).
- dan paling penting lelaki tu bijak bercakap dari segi knowledge dia, expertise dia, kerjaya dia.. oh everything!
Tapi sekarang? Tidak. Sejak aku jumpa dia. Serius dia adalah seorang lelaki yang sangat2 jauh dari titik imaginasi aku untuk berkawan rapat apatah lagi bercinta sejauh ini!
Dia totally 100% merubah pemikiran aku selama ini dan oh, itu mampu membuat orang-orang sekeliling aku bercakap belakang tentang pilihan aku. Kebanyakan dorang tidak percaya aku terima dia, bercinta dengan dia, malah berjodoh dengan dia. Paling dasat pernah aku dengar: “Itu bukan taste Kizzy. Mungkin Kizzy desperate.” Boleh?
Aku cuma tahan telinga, tahan hati dan bercakap dengan diri aku: “Eleh jeles la tu. Sebab dorang nda dapat dia!.” Pemangkin hati sementara. Tapi lama kelamaan, macam biasa laa, penat bercakap, dorang diam lah.
I could say this – I am lucky to have him in my life. Naturally, dia caring gila (serius gila wey), penyabar, menghormati wanita, ringan tulang, mampu buat kerja2 kampung (oh maskulin nya! Haha!), dan sangat menepati masa! Dan, dia juga rajin angkat bakul shopping aku –penting ni! Kah3
Aku tak kata dia tiada kelemahan, of course ada. Tapi itu sebenarnya pelengkap kesempurnaan aku. Dan kelemahan aku melengkap kesempurnaan dia. Katanya.
Sweet kan? ^^
Dan, setelah menempuh pelbagai halangan dan menghadapi dugaan bertalu-talu yang menyeksa jiwa raga, insya Allah kami akan bernikah dalam masa 2 hari lagi! Hanya Allah SWT yang mendengar rayuan hati kami semoga segalanya dipermudahkan dan dilindungi-Nya. Amin…
*************
So motivasi dari cerita hidup aku ni, tidak semestinya lelaki yang educated, kaya, kacak, berketrampilan, berduit, berkerjaya tinggi mampu membuat hidup wanita & keluarga itu bahagia.. mungkin dia kaya duit, wang dan harta tapi belum tentu dia kaya budi pekerti, punya perasaan & fikiran yang telus dan ada sikap tolak ansur yang mana PALING PENTING dalam hal rumah tangga.
Kesempatan ini, saya menjemput semua kenalan keluarga dan sahabat handai hadir memeriahkan majlis perkahwinan kami..semoga doa kalian mendapat keberkatan Tuhan hendaknya. Terima kasih semua!
Penutup entri: dia memang bukan cowok idola tapi cowok ideal untuk aku. Insya Allah. =)
p/s : Kad kahwin aku design sendiri. hahahahaha saja ambik kredit. lolll