2 minggu lepas, waktu pagi aku test UPT and it was positive - two lines! Bersyukur kepada Allah tidak putus² untukNya atas rezekiNya. Then tiba sebelah petang, tiba² ada bleeding. Kami mula risau dan terus ke klinik.. Bila scan, it showed that my pregnancy is up to 6 weeks 1 day already but unfortunately the fetus's echo unable to see. Doktor tu cakap: mungkin kehamilan kamu tidak sihat, which is mean - risiko untuk keguguran. Masa tu, aku memang down dan rasa macam tidak berdaya. Mau melangkah keluar dari klinik pun rasa macam lemas. Aku cuba tabah dan berfikiran positif tapi malamnya aku nangis semahunya sambil hasben memujuk untuk bersabar.
4 hari kemudian - iaitu Isnin lepas, kami p klinik lagi di KF - sebab aku masih bleeding. Memang risau gila sampai nda tau apa mau buat. Badan aku lemah dan kebetulan terjangkit lagi batuk selsema dari hasben, memang lemah gila la. Rasa macam mau tidur limpang jak.
Masa scan, doktor Elen bagi tau rahim aku ada kantung air dan dia nampak denyutan jantung baby! OMG time tu aku rasa mau melompat dari katil dan menjerit: Is it real?? Dia scan lagi dan dia tanya: Dont u see it? Siyes, aku nda nampak pun tapi aku nampak pergerakan yang kecil.. dan masa tu aku berdoa Allah panjangkan usia baby kami..
Dalam seminggu, aku masih bleeding dan batuk aku makin teruk. Dan aku rasa setiap kali aku batuk kuat, darah akan keluar sikit² mungkin hentakan di perut. Then hari Jumaat lepas, aku pi jumpa Doktor Elen lagi (thanks to Khaty drove me there), bagitau dia yang aku masih bleeding dan dia pun nampak worried. Bila scan, kami masih nampak baby dan kali ni aku sendiri nampak baby punya heart beating.. aku macam mau menangis masa tu sebab mesin tu memang bagi harapan tinggi dan beri aku kepercayaan bahawa baby kami masih bernafas..
Doktor Elen suggest aku kena berehat dan dia cakap: "walaupun baby kamu ok tapi bleeding kamu buat saya risau. What i think about is abortion which is mean a risk to miscarriage. Minggu depan kamu datang balik dan saya bagi MC seminggu."
Masa tu aku jadi bingung, pi opis pun macam tiada semangat. Nasib baik bos dan kawan² opis memahami dan minta aku banyak berehat.
Jadi hari ni, tengahari tadi, aku pi jumpa Doktor Elen lagi dan bila scan.... mesin tu menunjukkan rahim aku kosong! Allah.. apakah musibah ini? aku cuba tahan airmata aku dan cuba dengar apa doktor tu cakap. Dia sendiri bingung dan cakap: Betulkah apa kita nampak ni? Sebab last friday we can see the baby's heart beating kan?
I just can't answer it. Really.
Doktor cakap mungkin aku agak stress (ya, 2 weeks more i will sit my final exam ) dan dia suruh aku banyak bersabar, teruskan makan supplement yag dia bagi dan banyak berehat.. Bila aku tengok sick leave aku: wrote that "COMPLETE MISCARRIAGE" .. Ya Allah.. kami tahu kami sedang diuji Mu..
Start hari ni untuk seminggu, aku dapat cuti sakit dan aku cadang mau balik kampung. Bila aku baca tentang keguguran di some web tadi, ibu yang keguguran perlu menjaga pantang larang yang lagi kompleks daripada ibu bersalin.. i really dont know what to do so i guess i should meet my mum right away..
Kalau dalam seminggu ni aku masih bleeding, aku mungkin akan ke Hospital Likas dan cuti untuk seminggu lagi. Semoga Allah sentiasa melindungi.
Sesungguhnya Allah menguji iman dengan memberi nikmat atau musibah:
Firman Allah: (ALLAH) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah Al Mulk: Ayat 2)
Kepada semua keluarga dan sahabat handai yang mendoakan dan memberikan ucapan tahniah di facebook atau di mesej sebelum ini, terima kasih banyak².
Dan mohon doa selamat dan bacaan al Fatihah untuk baby kami yang pergi.
Last picture scan that seen the baby echo. |
kak kizzy... be strong. =(
ReplyDeletecuz..baru tau ni cerita..sorry =( be strong k..amalkan mkn kurma tau
ReplyDeleteKizzy, I am so sorry! Ujian Allah beb, be strong. Nanti aku jumpa ko ah.
ReplyDeletetakziah kiz !hug
ReplyDeleteTakziah, kak... sedih baca.=(
ReplyDeleteSemoga kakak kuat... insyaAllah lepas ni Allah bagi rezeki baby double sama kakak.
be strong..there must be a reason behind that...
ReplyDeletebut this blog u can refer as a knowledge..
http://www.hamidarshat.com/
takziah sis. jan sedih2 k, Allah maha mengetahui.
ReplyDeletebersabarlah..take care
ReplyDeleteadeq~ thanks to you :) please read my latest entry ya.
ReplyDeletecuz~ pls check ur FB inbox ya. thanks cuz!
Er~ isk... x apa yg mau disorikan. u're best ok =) thanks babe.
aima~ thanks.. nti ko baca latest entri aku ya..
ReplyDeleteSal ~ thanks dik.. pls read my latest entry. =)
Kak Faezah~ thanks dropping by. =) & thanks for the info..
Rynn~ thanks rynn.. Allah juga sememangnya amat adil :)
ReplyDeleteNasihah~ thanks :)
kizzy....jgn sedih2, insyAllah ada lg rezeki tu Allah bagi....
ReplyDeleteJaja, thanks ja.. :)
ReplyDelete