Friday, April 27, 2012

aku muncul balik di blog dgn senyuman yg lebar

salam semua. rasanya (bukan rasanya lagi, memang pon) punya lama aku nda update kan blog aku. kalau di alam realiti, bersawang2 sudah, siap tu labah2 buat sawang perangkap lalat. seb baik ini cuma alam maya. boleh log masuk, log keluar pastu ignore terus pun nda apa haha.

jadi kunun cerita aku hari ini setelah sekian lama memerap moment² hidup aku yang boleh la tahan gembira juga - walaupun ada juga masanya berdepan dengan kesedihan *tapi belum la sampai merasa "sudah la jatuh, ditimpa tangga la pulakk"  - aku mau share tentang pencapaian education aku ni.

masa aku lulus Peperiksaan KPSL N27 (gugel la ah apa benda ni) tahun lepas, aku teda share pun di blog ni. walaupun mau lulus 3 paper kerajaan tu punyalah sandi, aku buat² kool ja sebab rasanya ada orang lain lagi hebat - boleh lulus 3 paper one go. perghh dorang makan kismis nda berenti kali hehehe.

tapi ini kali, aku mau share bahawa aku sudah TM dengan jayanya!! yeayyhhhh!! alhamdulillah. syukur atas kebenaran Allah SWT menjayakan aku selepas 7 tahun aku habis duit, tenaga, masa dan berkorban perasaan untuk habiskan pelajaran aku di UiTM.

pun nda lupa juga atas kebaikan lecturer Sir Norhafizie yang tidak penat mengajar Accounting pelajar dungu mcm aku ni.. siyes aku tabik spring sama sir ni sebab dia memang bagus mengajar subjek killer ni. aku pasti nda lupa jasa² dia mengajar dgn penuh kesabaran dan walaupun dia bagi B saja (ok la ba tu), paling penting LULUS! hehehe.

so now aku sebenarnya tengah menunggu keputusan kerajaan panggil aku interview untuk gred N27.. huh lama juga menunggu ni. hari² aku cek SPA8i manatau ada panggilan ka..tapi belum ada rezeki lagi. sambil² tunggu tu, aku cek² juga tarikh konvokesyen aku (chewwwaahhh) ..jangka bulan 11. aku pun nda sure aku dapat datang ka tidak sebab masa tu aku mungkin dalam fasa berpantang. just wait & wait mode la nampaknya.

aku harap (sendiri berharap) lepas post ni, aku lebih rajin kasi update.. teringin juga mau update gambar kahwin aku bulan 12 hari tu. basi sudah kan? hahahah.

TM (COMPLETE) 

*senyum lebar la nampaknya sepanjang hari =D

6 comments:

  1. Congrats babe.. harap2 aku pun menyusul.. ;) hehe Doakan aku kuat smgt kasi siap tesis yg x pandai2 siap ni hahaha

    ReplyDelete
  2. daia, ko mesti semangat tu ! caiyok2!! ^^

    ReplyDelete