Friday, August 3, 2012

Pengalaman berpuasa semasa hamil =)

Alhamdulillah sudah dua minggu umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang amat mulia ni. Maknanya tinggal dua minggu juga lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 1433H. Kali ni lagi best sebab ada hasben dan si kecik duduk dalam belly ni hehehe.. =)

Cabaran berpuasa kali ni memang tough. Huhu. Aku admit aku tidak dapat jadi sekuat dulu sebab dalam 14 hari ni aku cuma dapat berpuasa selama 3 hari sahaja. Dan untuk 14 hari akan datang, belum tau lagi berapa hari puasa aku dapat tahan.

Sebelum mula bulan puasa hari tu, aku ada tanya family, kawan², google tengok² tanya² info pasal berpuasa dalam Ramadhan ni. Rata² bagi sokongan tapi kalau tidak tahan, boleh tidak berpuasa sebab ibu hamil diberi kelonggaran. Tapi aku memang salute dengan biras aku, a.k.a wife kepada abang hasben aku. Dia sedang sarat hamil 9 bulan ++ tapi direct berpuasa. Masya Allah... aku tanya dia - kakak tahan juga? Boleh katanya. Cuba amalkan Spirulina Elken, dia bagi cadangan lagi. Aku jadi semangat mau ikut kekuatan dia. Tapi itulah, lain orang, lain pengalaman. Baby aku ni kuat menendang, agaknya lapar dan gastrik aku pun naik. Huhu.. Terpaksa aku ambik solution, puasa selang sehari atau dua hari.

Aku berharap dengan usaha aku ni, baby aku dapat faham bahawa mamanya berniat untuk mengajar dia berpuasa juga. (Langkah awal pembelajaran ni ). Sama juga dengan solat, membaca al-Quran dan baca buku² ilmiah. Aku berdoa anak aku jadi anak yang cerdas, soleh dan menghormati orang tua. Insya Allah.

Oh ya ramai ba tanya apa gender baby aku ni? Actually aku pun nda tau. Tapi naluri aku kata: it's a baby boy =)

And know what, sampai sekarang kami belum ada nama lagi untuk dia. But i love these name:

For boy - Umar Muhammad
For girl - Auni Nafisah

Tapi hasben kata, nama² tu belum confirm lagi. Lepas bersalin nanti baru kasi nama. Adoi. Y___Y
Sabo jelahhh.....

3 comments:

  1. mummy...xapa...baby akan paham tuh..

    ReplyDelete
  2. ramping-ramping mu mcm aku bah..babyboy a kali tuu

    ReplyDelete
  3. izan, ya insya Allah dia fhm =)

    Aima, hehehe mengkali la tu tau ;p

    ReplyDelete