Thursday, September 27, 2012

Pening kepala - serba salah - sedih

Awal September ni, JPA keluarkan tawaran untuk PT² yang telah berkhidmat lebih 10 tahun untuk memangku jawatan N22 iaitu CC - Chief Clerk. So maknanya aku pun boleh dipertimbangkan untuk pemangkuan ni. 

Benda ni aku dah tunggu since dua tahun lepas lagi. 

Benda ni jugak yang buat aku pening kepala sebab tidak tahu mahu submit borang atau tidak.

Benda ni jugak buat aku serba salah sebab confirm penempatan CC mesti Januari 2013. Masa tu, kalau ada rezeki - kan aku dah ada baby kecik..

Benda ni jugak buat aku sedih sebab hasben aku tak kasi aku submit borang tu.

Patutnya benda ni buat aku gembira sebab boleh melangkah ke depan lagi selepas lebih 10 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan ni dan yang aku tunggu² sekian lama. Tapi kebaikan benda ni jadi terbalik pulak. 

Yang buat benda ni complicated dan buat orang jadi bingung sebab penempatan CC TIADA DI KOTA KINABALU MAHUPUN DI SEKITARNYA! Yang ada pun, Sandakan, Tawau, Pitas dan Lahad Datu! 

Jauh weiiiiiii!!

Tu pun ada 4 kekosongan jak. Penempatan di Sarawak dan Semenanjung berlambak. Tapi takkan aku nak kerja sana? No way.

Adeii. So camna? Tarikh tutup 15 Oktober ni. Nak hantar ke tak nak? Huh =(

"Ditelan mati emak, diluah mati bapa". - Sangat.


offer letter from JPA

Wednesday, September 26, 2012

Penjagaan luar & dalam badan sewaktu mengandung

Rasanya belum ada entry aku cerita pasal produk atau barang keperluan yang aku guna/makan sepanjang mengandung ni. Waktu mengandung memang memenatkan dan stress, jadi kalau mana² ibu yang nda tahan atau sentiasa rimas, boleh buat dia malas mau berhias atau jaga penampilan. Tu yang nampak pucat ja, lesu dan tidak bermaya. Chewaahhh.... tapi betul kan aku cakap ni? Sapa2 yang pernah mengandung atau sedang mengandung, mesti sangat memahami keadaan tu. Hehehe.

Aku pun sebenarnya malas mau terlampau berhias atau bermekap ka sebab kerimasan tu memang perit. Dengan selera makan berubah,  berat badan bertambah, kulit pulak jadi kusam, sakit belakang/pinggang, kaki bengkak, stretchmarks keluar, so emosi pun ikut berangin². Tapi apa²pun, semua nya dari diri sendiri. Macam aku, kalau mau keluar rumah mesti touch-up. Walau nda heavy tapi sikit pun jadilah. Because i hate to see myself nampak dull depan cermin apa lagi depan hasben.

Yeah, my hasben suka i bercantik² hokey? Lol.

Cuma sekarang ni aku nda pakai lipstik sudah sebab bibir tambah merekah, lagi² di opis kena ekon. Paling² pun aku sapu dengan lipbalm atau VCO. Nampak pucat sikit tapi eyeliner harus pakai jugak tau. So nda la nampak lame sangat muka aku ni. Miahaha.

Untuk penjagaan dalaman badan, selain dari minum air masak banyak (sila lupakan kafein atau teh ok, sebab kandungannya membuat kulit tambah kusam dan kering), kena makan supplement juga. Selain makan Iberet untuk tambah darah,  aku makan dua jenis supplement - Pil Susu Kambing dan Elken Spirulina. It's good for healthy -to stay refreshed and good for baby's brain as well.



Untuk penjagaan stretchmark dan selulit di bahagian pinggul, pinggang dan paha, aku guna Anti Cellulite Cream dari Leno BodyCurve dan Cocoa Butter Formula dari Palmer's. Serius wey, stretchmark dan selulit nampak huduh kalau tengok lama² di cermin. >.<  So mau nda mau, kena jaga dari awal ok. Sebab takut pas bersalin, kesan dia nda hilang². Nanti hilang keyakinan pulak bila bersama suami. HEHEHEHEHEHEH


Sedia maklum aku dah beli set bersalin Tanamera hujung bulan 8 ari tu. Tapi ada beberapa produk yang boleh guna sebelum bersalin. Setakat ni, aku guna 3 produk ja - Minyak Kelapa Dara (VCO), Minyak Urut Herba dan Air Bunga Lavender. VCO tu diguna untuk massage bahagian perineum supaya risiko pengoyakan di bahagian faraj berkurang semasa bersalin. Minyak urut tu aku guna untuk sapu bahagian kaki yang bengkak di samping dapat membuang angin. Air bunga lavender tu pulak bagus diguna untuk dapatkan tidur nyenyak, dan berkesan juga untuk menenangkan minda dan menyegarkan perasaan...

Cheewaaaahh macam boleh jadi model produk dah aku kan? Itu baru 3 produk, belum semua lagi aku rungkai. Miahahaha. Btw, cara² penggunaan produk Tanamera tu memang disediakan dalam kotak produk. Jadi senang kita ikut arahan² nya. Tapi seriously, memang berkesan tau. Cuma yang VCO tu belum tau lagi hasilnya, lepas bersalin baru tahu. Nanti cerita ok? 

Dari kiri: Minyak Urut Herba, VCO dan Air Bunga Lavender
Untuk semua bakal² ibu, jangan malas² ya mau jaga penampilan diri. Bukan untuk siapa² juga, tapi untuk diri sendiri dan paling penting untuk suami terchenta! Hehehehe.  

   

Thursday, September 20, 2012

Besok final checkup di Palang Merah

Entah tiba2 aku rasa nervous pulak malam ni mau tunggu hari besok. Mungkin sebab sampai masa untuk final checkup - means meet the doctor and scan how the baby in the womb.. Aku berdoa kepada Allah moga baby sihat dan sempurna. The time to give birth will comes at any time. I convince myself i could through this. 

Insya Allah. 

Wednesday, September 19, 2012

37 weeks l menghitung hari

Sekarang ni kalendar jadi kawan rapat aku. Kalau boleh setiap masa tengok tarikh dan kira berapa hari lagi mau bersalin. Huh nervous Allah sahaja yang tahu. Bila baca entri kawan² yang stori pasal pengalaman bersalin, hati kecut, bulu meremang pun ada! Terfikir lagi, servis di GH nanti macamana.. ada hati mau bersalin di private tapi hasben tak kasik. Uhuk uhuk. Katanya, sama saja. Ok fine. Tapi kalau masa bersalin di GH nanti, dan kalau diberi kebenaran untuk masuk temankan isteri di labor room, sanggup ka? I don't know what exactly his answer but i'm pretty sure he'll just keep silent. As usual. 

Hmmm aku rasa sekarang hasben aku tu banyak diam. Agaknya banyak fikir sebab mau jadi ayah sudah. Dan mungkin dia rasa tanggungjawab dia makin berat. It's not easy, i know that. Aku yang mau jadi mama ni pun berfikir, macam mana mau didik anak aku jadi soleh, baik, cerdik dan semua yang terbaik. So dia sebagai ketua keluarga, mesti lagi banyak berfikir tentang tanggungjawab terhadap keluarga di dunia dan akhirat. But i know, he will handle this thing wisely. 

Hari Jumaat ni (21/9/2012) aku ada final review di Palang Merah. Scan baby. Aku harap tidak nampak apa gender baby. Teruja mau sambut baby dengan surprise. =) 

Lebih kurang 3 minggu lagi. Mungkin kurang. O Allah, please protect us. 


Friday, September 14, 2012

Update cerita Raya 2012

Masih dalam bulan Syawal ba kan? Hehehe walaupun di hujung Syawal sudah ni, tapi kena update jugak cerita raya tahun ni. Maklumlah sibuk mau update cerita pregnancy saja..dan life sangat sibuk jugak. Mau update blog pun curik2 masa.. Entahlah macamana kalau sudah bersalin nanti..entah dapat ka tidak update stori ni. Paling2 pun mungkin upload gambar di fesbuk aja. Siapa2 yang bukan fren list tu, terpaksa tunggu update dari blog ni ja la ya =)

Berbalik cerita raya lepas, macam biasa saja. Mungkin sedikit excited sebab first year beraya laki bini, chewaahh. Tapi entah napa tahun ni kurang sangat2 mau ambik gambar. Raya pertama saja yang excited bergambar dan hari2 raya seterusnya - numb to pose. Hehehe. Mungkin sebab aku boyot kali muahahaa *tak kurus, tak cantik! Lol

Raya pertama tu duduk rumah aja, terima kunjungan tetamu, memang nda cukup tangan. Ramai gila. Seb baik mami ada menantu sudah, boleh la minta tolong angkat yang berat2. Hari raya kedua, duduk rumah jugak. Layan TV sekeluarga. Raya ketiga baru berjalan ke KK-Tuaran. Perut full gila! Raya keempat sampai raya keenam, duduk rumah saja (well, boyot2 ni, malas berjalan hehe).   Hari raya ketujuh baru balik rumah mentua.. tahun depan konfom beraya di rumah mentua dulu ;p

Mau update juga kawan2 Eryantie, Yam, Zai dan Fatma datang beraya, kebetulan mami buat rumah terbuka masa tu. Best2 sebab update cerita masing2!

Ok jom layan gambar =)

Gambar 1 family. 1 Syawal 1433H

With dearest hasben =)


My lovely ladies
=)

Tuesday, September 11, 2012

Hari ni genap 36 minggu l 9 bulan

Hari ni genap 36 minggu bermakna 9 bulan. Lagi 4 minggu aku akan be in labor. Macam-macam dalam fikiran sekarang -  bila mau bersalin, awal atau lambat? semua persediaan untuk baby cukup atau tidak?   nanti kalau admit di hospital, lama ka atau berhari2 sebab aku nda suka stay di hospital. bersalin normal atau c-sect? hospital cukup katil ka tidak, sebab aku dengar Hospital Likas memang hari2 penuh dengan ibu2 hamil ni.. dan macam2 soalan lagi yang aku rasa teda kena mengena pun.

Banyak kan soalan. Satu pun aku nda boleh jawab. Biarlah. Jadi kita tinggalkan soalan2 yang nda berapa bonus tu. Haha.

Tadi aku review lagi. Kali ni aku awal. Jam 8pagi sudah aku sampai klinik sebab rasanya kudrat aku sekarang ni nda mampu sudah duduk atau berdiri lama2. Kaki aku pun membengkak juga sudah. Jadi sampai awal, balik pun awal. Dan misi tercapai. 8.45pagi aku sudah boleh balik. Yang nda bestnya, since sudah masuk 9 bulan ni, so review di klinik kena setiap minggu sampai bersalin. Bila aku tengok kalendar, mungkin 2 atau 3 kali saja lagi aku review. Tu pun kalau bersalin on due. Silap2 minggu depan sekali lagi, aku bersalin sudah kali kan? ..(Aminnnn!)

Untuk misi aku selepas bersalin ni, aku tekad mau fully BF baby aku nanti. Hmmm bila fikir balik, mesti banyak cabarannya. Salah satu mesti mami aku la. Sebab dia memang suka kalau kami anak2 dia ni bagi susu formula supaya baby gumuk la, baby cepat besar la, baby itu la , ini lah.. huhuhu.... aku sudah dapat bayangkan tu sebab dapat tengok dari si Manja punya experience. Dan aku dapat bayangkan juga - mesti aku selalu gaduh mulut dengan mami. Oh nooooo! 

Apapun, untuk persediaan fully BF, last weekend aku dan hasben pigi cari Breast Pump. Jumpa jugalah di Survey Mall. Mau beli jenama Avent tapi adoi mahal ba gia. Jadi beli jenama Pigeon. Dari Japan kunun. Ok la ba tu kali kan.  

BP ni bulih guna letrik dan betri as well. Aku ingat mau pump di opis bila kerja balik nanti. Insya Allah =)

Aku beli storage bottle jenama ni. Bulih la ba ni. Mungkin nda cukup sebab ada 6 botol. Mungkin pas ni aku pi cari lagi.
Eh ada pulak ba ni tilam baby. Cumil kan. :D
Memandangkan berpantang di kampung di Papar, konfom la banyak nyamuk..beli la kelambu kecik ni. Hehehe



Setakat ini sajalah update untuk kali ni. Alaa... entri untuk dorang Eryantie, Yam, Zai and Fatma datang beraya belum post lagi...

Soon k!

Friday, September 7, 2012

Masuk minggu ke 36 - sangat nervous!

Dalam sehari-dua ni saja, aku terima 3 berita gembira pasal kelahiran new baby!! Dalam gembira dan menadah tangan kesyukuran sebab ibu dan baby selamat, aku pula berdebar2 tunggu bila turn aku pula..

Rabu subuh lepas, aku rasa macam ada kontraksi, mungkin kontraksi palsu tapi it was hurt below my belly. It happened for 1/2 hour .. Serius nda dapat tidur and untuk buang kepanikan laki bini, aku buka tenet terus aku google pasal tanda2 kelahiran.

Bila baca maklumat2 yang relevan, apa yg aku alami tu salah satu dari tanda nak bersalin. Tapi mungkin belum sampai masa..mungkin minggu depan, mungkin 2 minggu lagi. Bikin neves kan.
So untuk hilangkan neves aku ni, setiap malam aku baca surah2 alQuran yang buat ibu hamil tenang dan bagi kekuatan dalaman.. Insya Allah..mudah mudahan Allah sentiasa bersama kami.

Ohya tadi masa di opis pun, ada sedikit bleeding (warna coklat2) lepas aku rasa sakit sikit bila kepala baby tu gerak2 aktif di bawah belly. Aku nda tahu apa punca bleeding tu tapi aku rasa mungkin kepala baby mula mau enggage.. And of course aku nda mau pi hospital sebab confirm hospital akan tahan aku sehari dua! "ya, i hate hospital." Pengakuan jujur ni ok. :p

To all families, friends, blogger reader...mohon doa kan keselamatan kami berdua ya.=)

To akak Peuih ( SP Kedah), Angah (Putrajaya - SP Kedah) & kak lin (Papar) tahniah dapat baby baru dan syukur alhamdulillah semuanya lancar & selamat. Selamat berpantang ;)

Sunday, September 2, 2012

Aku sudah beli set bersalin Tanamera =)

Sebenarnya sudah berbulan aku cari set bersalin yang sesuai untuk aku guna untuk berpantang nanti. Rasanya since 2 months ago,  aku memang tertarik dengan produk Tanamera ni - aku dapat info dari majalah PaMa. Since then aku selalu google pendapat orang ramai pasal produk ni  and rajin sangat masuk website dia.

Bila dah hari2 baca testi orang yang semuanya bagi respons yang best, aku pun decide mau beli produk ni. And yang specialnya, produk ni tidak dijual mana2 kedai tapi online saja. Dont know why, maybe the owner mau produk dorang ni special edition, kot. Hehehe. (memandai jak kan buat assumption sendiri :p )

Dan bila sudah hari2 juga bagi hint dengan hasben pasal set bersalin ni, masuk ja kandungan 8 bulan hasben bagi $ saku! Katanya, beli lah set bersalin tu....... Wahhhh aku pun gembira la, senang hati ba sebab 'selamat bonus aku' hehehehehe...

Seperti dijanji syarikat Tanamera ni, produk akan sampai 3 hari selepas payment. So 30/8/2012 lepas, sampai lah barang yang dinanti2 kan. Sampai rumah baru aku buka isi dalamnya. Teruja gila! Bila buka ja kotak tu, siap ada surat lagi dari admin. Hehehe. memang bagus la. Dalam surat tu tulis bagitau produk mana yang boleh aku guna sebelum bersalin. Salah satu adalah VCO. Bila baca ja khasiat VCO tu, memang nda sabar mau guna. Tapi kena simpan juga dalam hati (niat), kita guna barang2 macam ni mesti lah untuk mendapat keredhaan Ilahi semata2 =)

Dan yang paling best lagi, dorang bagi free 1 botol VCO tu! Kira aku ada 2 botol VCO la...hehehe. Free sebab sempena Hari Raya katanya. Alhamdulillah.

So, kepada bakal ibu2 mengandung dan ibu2 yang sedang mengandung sekarang, aku memang rekemen set bersalin ni. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh baca banyak info best di laman web dorang at www.tanamera.com.my.

Safely arrived =)
Kotak nya ..
Isi kat dalam , ada 11 produk.. Yang botol2 tu dorang siap balut dengan plastik
yang boleh letup2 tu..kira menjaga supaya tak pecah =) 
Buku panduan macamana mau guna. Complete. Suka!

Minyak Kelapa Muda Dara (VCO). Sangat bagus untuk diamalkan!
#Nota untuk hasben: Thanks By sebab belanja beli set ni. Love you!  Hugs and kisses! ^^