Wednesday, October 3, 2012

Minggu menunggu hari kesakitan yang menyakitkan

Lebih kurang 6 atau 7 hari lagi. Sakit² bawah perut dan belakang sebenarnya ada sudah. Kadang sakit sekejap², kadang sakit sekejap. Tapi belum ada tanda serius lagi mau beranak.

Tensen sebenarnya menunggu hari kesakitan ni. Arghh.

Soalan femes yang saya dengar sekarang  ni : EH, KO NDA BERANAK² LAGI?

1-2 minggu lepas, aku boleh senyum steady lagi dan jawab penuh harapan. Tapi sekarang, kalau dengar soalan tu, macam aku mau........ Ah malas la mau cakap. Nanti aku lagi rasa macam mau terkam orang.

Eh nda boleh. Hari ni hari jadi adik aku, Manja. Kena happy pulak hari ni sebab malam karang mau ambush dia di rumah. Mau nyanyi² Happy Birthday ba. Kalau hati spoil, penyakit kemurungan pulak sampai malam. Aik, aku baru bocor rahsia ka pasal ambush² rumah dia ni? Ok aku berdoa dia nda baca blog aku ni.

Argh. Tensen lagi.

Boleh kah saya menyerah diri di hospital sekarang ni?

-.-'

2 comments:

  1. rajin2 bergerak. nda lama kali tue. hehehe

    ReplyDelete
  2. Rinah, hari2 lepas kerja sy jalan2 di 1Borneo.. :D

    ReplyDelete