Saturday, December 29, 2012

Mandi manda di theme park dan makan di Windbell!

Isnin lepas sehari sebelum Krismas, satu family berjalan macam family day. Kami pergi Waterpark Theme di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Pertama kali ni datang ke sini. Best sebab macam di Poring Ranau, cuma kecik sikit dan tempat terhad.

Memandangkan ada bawa anak kecik,so teda lah harapan aku mau mandi. Lagipun peraturan sini macam agak ridiculous. Apa nda nya, yang wanita tidak boleh mandi pakai tudung, yang lelaki tidak boleh pakai baju. Isk. Dan nampaknya rata2 perempuan bertudung buka tudung masa mandi kolam. Huhu. Lepas mandi, pakai tudung balik. Janggal kan. Mungkin pengurusan sini kena ubah la peraturan ni. Sebab nda sesuai terutama untuk orang muslim.

Tapi apapun peraturan nya, yang penting all member family really had fun!! Mandi tu sampai nda ingat jam! Dekat dua jam dalam air! Yang budak2 siok la dorang rasa, kan budak suka main air. Happy ja tengok dorang katawa2 dalam air. Hehe.

Bila sudah habis mandi tu, semua pakat dinner di Windbell. Bayar pun pakat2. Baa kalau sorang ja mambayar, bengkrap tuu hehe.. Windbell Seafood ni terletak di Tg. Aru, satu orang cas RM 35 nett. Makan sampai puas, tapau nda bulih (alaaaa....) hehe.

Macam tulah kesahnya family day aku. Jom layan gambar!















No comments:

Post a Comment