Monday, January 5, 2015

Cuti-cuti bersama keluarga 2014

(draf Disember 2014)

Tahun ni aku nda berpeluang mau melancong ke luar negara. Huhu sedih sebab planning nda menjadi. But its ok, sebab Allah kurniakan kami rezeki lain. :)


Apapun, perancangan family besar aku menjadi juga akhirnya mau pergi Kundasang, Ranau. Sepatutnya kami plan mau pegi bulan Mei lepas tapi Walai Tokou (Ning's Homestay) tu full booked. Alhamdulillah kali ni menjadi planning walaupun terpaksa gadai cuti rehat tahunan (patut masuk GCR ni) sebab time 8-10/12/14 ja yang ada kosong.


So hari pertama 8/12/14, perjalanan dari KK ke Kundasang. Sampai di walai dalam jam 3pm. Sebenarnya ini kali kedua kami menyewa rumah ni. Tahun 2013. Time tu Icha baru masuk 6 bulan. Rumah ni memang best, semua complete. Ada 5 bilik besar, complete dengan katil, almari, comforter.  Bilik air pun ada 2, complete jugak dengan heater. Ruang tamu besar ada 2 juga, ruang tamu utama ada sofa dan Astro full channel tau! Belakang rumah disedia tempat berbeque, dapur full dengan barang elektrik macam esbok, periuk nasi, piring pinggang sudu..semua ada. Tinggal bawa makanan basah, beras & lain2 keperluan. Kesimpulannya rumah ni 5 stars la. Recommended untuk family besar macam kami ni yang mau bercuti ke Kundasang-Ranau.


Jadinya, bila kami sudah check in tu, rehat jap & kami 4 keluarga (laki bini je haha anak tinggal sama Mami) berjalan pigi pekan Kundasang. Mau beli keperluan untuk berbekiu malam. Sempat lagi posing laki bini sebab anak tinggal  kan ? Haha. Ambil kesempatan ba.


Cuaca di pekan memang sejuk gila.. Pakai jaket tebal2 lagi, wap pun keluar dari mulut.. Chehhh terasa macam di overseaaa...


Malam- berbekiu sampai tengah malam. Pingsan makanan banyak. Haha. Pastu rasa macam nda mau mandi, apa nda sebab sejuk betul. Tapi ada heater ba.. kena mandi jugak. :D


Hari kedua, kami pergi Poring. Awal pagi lagi jalan sebab nda mau bersesak dengan orang ramai kalau tengahari. Masa sampai tu dekat jam 10.30am sudah, tapi orang punya la ramai. Hentam saja lah. Yang penting sampai niat mau mandi manda sama keluarga. Icha dan kazen2 nya la paling seronok mandi. Budak budak kan. Aku nda larat mau layan. Nasib baik ada Mami mau melayan cucunya.. Hehe.


Kami mandi dekat sejam jugak, itupun sebab mau hujan. So kami decided balik dan singgah makan di pekan ranau. Masa balik dari Poring tu, kami singgah kubur Daddy lagi. Alfatihah.... =(


Malam - semua tidur awal sebab penat mandi. Haha.


Last day, kami check out awal sebab mau pegi Dairy Farm di Mensilau & terus balik KK. Dalam jam 10 kami gerak sudah. Di Dairy Farm, biasa-biasa saja..cuma seronok melayan karenah Icha tengok lembu, kasi makan lembu.. Comel.. First time juga beli aiskrim susu tu. Sedap. Harga? Lupa. Tapi mahal la. :p 


Balik dari Mesilau tu, kami singgah Tugu Peringatan British-Australia. First time aku jejak kaki pigi sini. Lama sudah mau singgah tapi nda pernah tersinggah2. View dari atas puncak tugu memang cantik. Subhanallah. Nda berhenti2 aku ambik gambar. :D


Lepas dari sana kami singgah Strawberry Cafe makan tengahari. First time jugak makan sini & harga pun macam rate motel. Mahal juga la. Tapi nasib baik sedap. Hehe.


Ok.. penat sudah menaip haha. Mari layan gambar .. :D






















1 comment: