Saturday, January 17, 2015

Trimester ketiga - perut rajin mengeras. Contraction?

Salam u all,

Masuk minggu ni genap kandungan 28 minggu which means 7 months - trimester ketiga. Maksudnya juga dalam masa 2-3 bulan ni kemungkinan untuk bersalin kena beware sudah. Sekarang ni pun sejak seminggu lepas, perut asyik mengeras. Kalau berjalan lama sikit dan bekerja di opis pun terlalu banyak pergerakan, aku cepat penat dan rasa bawah perut tu sakit sangat. Bila aku google, kemungkinan itu adalah contraction Braxton Hicks.

Semalam mentua aku tegur, katanya perut aku macam ke bawah sudah. Macam mau beranak sudah kau ni. Alamak..aku sebenarnya pun risau jugak sebab perasaan aku macam bersalin awal dari due date aku.  Kau salah kira ka? Tanya mentua aku lagi. Aku rasa aku nda salah kira... Tapi nda tau la kan, manatau rezeki aku sampai awal mau bersalin awal.

Cuma aku risau juga sekarang ni, banyak lagi keperluan yang belum  beli untuk berpantang. Harap2 dalam seminggu dua ni aku dapat setel semua.

Khamis lepas aku review KKIA, alhamdulillah HB aku naik dari 9 ke 10.2. Aku bersyukur sangat2 sebab usaha aku selama 2 minggu berbaloi jugak. Aku nda boleh telan HATI AYAM, tapi aku telan juga! Rasa organ tu jangan cakaplah, lagi2 kalau melekat sisa di gigi! Adoiii... mau muntah balik pun ada! Tapi apa boleh buat, aku kena telan juga. Huhu. Lepas tu aku stop minum teh dan nescafe, memang HB naik. And IBERET memang aku nda skip. Bukan apa, nurse KKIA garang woo kalau HB turun, macam2 dia bebel, stress wei.. Nasib baik la review free, kerajaan kan. Kalau nda mau stress, boleh ja review di swasta, tapi duit kena sedia la.

Apapun, sekarang ni aku review dua tempat, KKIA & KPJ Damai Speacilist (betul kaini ejaan?) . Bukan apa, fobia aku di hospital kerajaan masa  beranak Icha masih segar di ingatan ba..haha. Kalau ada rezeki sikit, aku beranak la di Damai. Kalau nda, lari pigi Likas ja la jawabnya :p

U all doa2 kan la ah aku & baby selamat semuanya ya. Aamiin!

Oraitsss...hari ni hari sabtu, selalunya aku rajin  masak untuk breakfast. Tapi entah laini, macam sakit2 badan ja..mau bergerak pun kena slow2. Tapi lapar..... Aiyaaaaaa

Happy weekend everyone!

3 comments:

  1. all the best ...bykkan bc doa nabi yunus tu...insyaAllah everything gonna be alright.

    ReplyDelete
  2. org bilang 2nd bby slalu awl beranak ..wuarghh T.T

    ReplyDelete
  3. sis suezen: thank you. aamiin

    pikok: bahaaa.. itu yg bikin takut tu >.<

    ReplyDelete