Tuesday, January 17, 2012

hidup tetap akan ada masalah

sejak akhir-akhir ni, hati aku sedikit gementar dan kurang tenteram. of course ada yang mengganggu fikiran aku. aku percaya, apa saja yang Allah SWT berikan cabaranNya, pasti ada tujuan kan. aku cuba untuk lebih tenang dan menerima dengan fikiran yang "ok ba tu dan act cool." ya, that's always me kan. =)  walaupun  hakikatnya, aku mahu lari.

lari? hahaha.

But NO! Aku nda mau lari dari masalah. i must face it. ya face it. sebab sejauh mana aku berlari pun, sampai tiada tanah untuk terus berlari -  sebenarnya masalah tu lagi bertimbun dan terus menimbun. doii hate it ok. so face it dan percaya apa saja Allah SWT kurniakan - baik atau tidak - pasti ada tujuan. 

ada juga beberapa kawan² sekeliling aku ditimpa masalah. masalah peribadi, masalah hati, masalah kerja, masalah uang, masalah keluarga, masalah makanan (mau mention ni : tidak pandai makan itu ini - jadi rasa life tidak besh - boleh?) masalah kereta (mau mention ni jugak - tiada paking la, enjin overhauled la, bunyi sana sini la.. urgh masalah dan terus masalah la.

aku akan jadi pendengar setia dan kalau aku dapat bagi pandangan sejujurnya, aku bagi. kalau nda, aku diam. aku nda kan bagi pandangan sehipokritnya. aku renung jauh *kalau la aku di tempat dorang, macamana.* in time, aku berdoa masalah dorang  cepat selesai dan dapat terus nikmati saat hidup singkat ni dengan lebih enjoy dan happy².

masalah pergi, tapi akan datang balik dengan cara yang lain. maka hati & kepala kembali runsing dan pusing. dan aku pun kembali berfikir "ok dan cool" dan kawan² yang kembali bermasalah² pulak - aku tetap akan support.

Kesimpulannya,  hidup tetap akan ada masalah. 

Tapi mesti ingat, Allah SWT sentiasa menguji hati orang² yang sabar kan?  

Jadi bersabar la ya. =)

Tuesday, January 10, 2012

10 Jan 2012 l It's your day


Miss you so much.

Happy Birthday Daddy. 58th.


To all families,  friends, acquaintances and anyone who knows him please give Al-Fatihah alms to him. Amin..

Monday, January 9, 2012

contest untuk bloggers l tapi sudah limpas... huhuh

"Saya tau ramai suka dengan contest contest ni. Tapi saya lagi tau yang tak semua orang suka contest yang perlu suruh orang like like ni. Jadi saya buat syarat baru. Tak perlu email gambar kepada saya. Cuma perlu tulis satu entri dan emailkan kepada saya link nya. Sebab kalau saya ada contest macam tu pon saya malas nak masuk. Malu kang takde orang nak like macam mana? haha."


Huhu kecewa wei bila bukak entri ni dan baca sampai ke bawah - tarikh tutup sudah limpas!

Macamana aku boleh terlepas pandang ni? Tiada rezeki la ba kan. =(

Tapi apapun, aku tetap mau karang jugak tentang satu entri di blog dia. And actually semua post dia memang best² sebab gambar² dia memang gila awesome. Could i pick all?

NO.

Ok.  Jujurnya, aku suka 1 gambar ni. Jadi dengan gigihnya aku cari entrinya di setiap page blog. Tapi nda tau ni, aku nda jumpa² entri nya. Selepas setengah jam mencari (ok nda cukup usaha mencari),aku tetap nda jumpa hehehehehe.

Memandangkan masa nda begitu mengizinkan (bos sudah balik² tanya kerja yang disuruh - hahaha) jadi aku teruskan saja la komentar aku pasal gambar tu. Pendek jak.

***
***
***
***
***

"Perasaan mereka sangat jujur. Tuhan menjadi saksi ketelusan hati mereka."

 Entri ni di sini. Gambar nombor 58. 

Saturday, January 7, 2012

Besok aku mau ambik gambar l pembukaan 2012

Setahun lalu, pembukaan 2011 aku ambik gambar Casper dan dotter Huda. dan untuk pembukaan tahun baru ni, aku mau ambik gambar Iqa - anak buah Amrin. (itu pun selepas memujuk dan memujuk Amrin kasi kebenaran ambik gambar dia.. hehehe) 

Macam biasa, sebelum aku ambik gambar orang - untuk suka2 - atau untuk yang dibayar - aku mesti buat research kecil kecilan dulu - untuk motivasi dan bagi aku idea sikit2. maklumla, aku ni bukan pro - mau cakap amatur pun aku nda sanggup. bikin malu. drop my water face ok. 

Jadi dengan research tu, aku bulih imagine la sikit2 time ambik gambar. selalu nya macam tu lah. sebab bagi aku, masa ambik gambar - setiap moment adalah sangat penting.

Pandangan aku, kalau kita dapat ambik sesuatu gambar tu, dan orang lain dapat menilai gambar tu - bukan sebab angle ngam - bukan kerana banyak light/stand sana sini - bukan  sebab panjangnya lens - ataupun bukan sebab aperture @ iso kaw2 -  tapi sebab dapat feel the moments of gambar tu walaupun dia tidak berada di tempat kejadian.

Nda simple kan. tapi aku nda stress. Because i love simple photograph. :D

Tapi tapi tapi ... paling aku stress bila dapat gambar / shoot mulut orang yang tengah ketawa besar - tersusun gigi 32 biji. Itu bikin hot namanya. Lagi2 hot kalau sendiri rasa gambar2 tulah moment yang paling manang. Doii. Sebab kesian ba si talent tu. Panat dia stand posing sana sini - itu juga pose yang mau di ambik? Ok what kalau 2-3 keping. Tapi kalau 1 gulung filem itu jak pose nya - naaaaaa bikin panas la baitu! Kali aku yang nda pandai menggambar ni? Kena muhasabah lah jawabnya. kekekekekekekek

So kalau aku ambik gambar - aku mesti imagine dulu tu moment - how will it looks alike when out to picture? Mesti nice ni kan, mesti cute ni, oh kiyut nya macam tu, eh sweet tu tau etc..

Kesimpulannya, aku mesti senyum bila shoot subjek. Sebab itu gambar pun akan "senyum" jugak. hehehehe.  

Jom layan beberapa gambar yang aku ambik tahun 2011. Nda la berapa cantik tapi bulih la ba tu asal ada, daripada teda langsung? hehehehehe.

Post E-day Outdoor l Zai & Kucai l 13/2/2011





 Post Wed Outdoor l Nurul & Rizal l 19/2/2011







Wedding l Shikin & Hazri l 16/9/2011





 Tamat. 

Sori pixel gambar kasi kicik supaya senang upload hehe.

  * Aku suka photographer ni. Dia memang pemotivasi aku.* Hehehe.

sila cek :  www.hafizudinhamdan.com

Thursday, January 5, 2012

Manja & Baby Adel yang cumilll!!

ok, tajuk di atas sudah basi 5 hari. tapi excited belum habis lagi ok. hehehe. tanggal 31 Disember 2011, Manja adik aku selamat melahirkan baby boy 3.2kg! alhamdulillah, syukur tidak putus2 untuk Tuhan Semesta Alam yang memberikan nikmatNya yang tidak terkata ini. syukur ya rabb!

opsss lupa ba mau cerita.. pada 23/12/2011 seminggu sebelum Manja bersalin, aku & Eryantie lawat dia di Hospital Likas. masa tu dia admit untuk pertama kali sebab bleeding 2 times tapi belum ada contractions yang kritikal. jadi hari besoknya dia keluar hospital sebab tiada bleeding lagi selepas 48 hours after admittance. 
( hehehe macam keluar masuk hotel jak kan hehehehee)

Nama baby manja Mohd Fariz bin Mohd Fauzi. Panggil Adel. cumil kan... macam i. hahahaha. tapi siyes baby Adel mmg cumil...gumuk2 chubby2 macam bapa dia. hehehehe

Ok jom tengok gambar la.  nda tau apa mau cerita lagi. ohya mau di highlight sini yang warna environment Hospital Likas semuanya pink!! dari warna dinding sampai la ke baju bakal ibu / sesudah ibu - all pink!

jadi konfom2 la si Eryantie kesukaan. siap ambik gambar lagi ok!  nda percaya, skroollll je ke bawah ~~~

hehehehe jommm layan!!

peace yo peace - 1st time masuk wad kan. hehe

itu peace ah :D

Eryantie pun mau bergambal jugak hue3
See.. dia punya board pun pinky pinky jugak kan.
ini dia bukti Eryantie gembira berada di hospital yang pink. hahaha


***************************

time to see Adel!! go!!



alalalalala cumillllllll!!!!
eeee gergitan ba!

Ada si Chippy di sebelah Adel..

Tiba-tiba ada lagi another baby yang cumil di sebelah Adel....
helpless kan? hahahhahaaa
Adel yang cumil !!

Semoga Adel menjadi seseorang yang bijak, beragama dan taat pada mummy & daddynya serta Tuhan. Cepat-cepat besar ya ^^ 

xoxo

Tuesday, January 3, 2012

azam 2012 yang paling aku ingat adalah...

macam tahun lepas,  aku tiada azam langsung. betul-betul tiada azam. macam paranoid.  tapi tidak la nampak pathetic. cuma 'lost'.

......

ok, let it pass. since aku pun sudah berlaki, (chewwaahhhh ayat tu baa! kah100) jadi, azam tetap kena ada lah. uii macam-macam baa azam yang aku fikir sepanjang bulan lepas, tapi nyesal pulak nda kasi list - jadi semuanya aku lupa. ada kah. bulih2 plak macam tu.

nanti la aku kasi list, kalau aku ingat.

......



oh ya, paling aku ingat:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





MAU ADA BABY.

wahhhhhhhhhhhhhaaaaaaaa - cumil kan? kekekekeke doa2 la yee....



insya Allah. semoga rezeki  ada. apapun, ketentuan Tuhan jugak kita pegang kan? :)


SELAMAT TAHUN BARU 2012! ^^

Saturday, December 31, 2011

jeans yang mengecil atau my waist yang makin kurang mengecil?

Tadi petang si suami ajak pergi 1Borneo, jadi carilah jeans yang lama sdh nda kena pakai. sebab since aku beli long pants dari Nichii (yeap i'm a big fan of Nichii brand :D)  dan kebetulan hari ni dua2 seluar Nichii tu aku cuci.  terpaksalah selongkar almari cari jeans mau pakai pigi 1B.

dengan konfiden nya aku pakai, opssss... nda muattt??? aisehmennn..betul kaini ka tidak o?? =.='

aku try lagi. tarik lagi. hu hu hu... tarik napas lagi. ok bulih. tapi butang pulak spoilll! adoii.

habis sudah daya, last2 pick the last choice. pakai skirt. 

skirt?? aku ka yang akan pakai skirt - yang tidak pernah simpan niat pun mau pakai skirt for ever - yang jalan laju langsung tidak ayu - aku ka ituewww??

whatever

yang penting aku selesa dan si suami bagi green light. dengan syarat: jangan nampak 'back'... ok bos!

dan bila sampai rumah , tiba-tiba terus gugel fesyen pakai skirt untuk muslimah. wachaaaaa!!

outfit aku tadi. nda sempat ambik gambar - sebab si suami nda  mau tolong ambik. nda sporting kan?
seluar nichii  jenis kain. my fav. - courtesy google.
macam ni skinny pant anne aku.  ada 3  pasang lagi tu. semua sudah nda muat. boleh jual di mudah.com sudah. huhu ~

sweet kan. give another inspiration. 

lupa mau cerita - ni shawl cotton beli di Busana Butik tadi. perfect! 


Thursday, December 29, 2011

peringatan si suami yang paling kaw!

aku mau cerita pasal kawin aku, mau cerita pasal azam 2012 aku, mau cerita pasal deting2 dgn kawan2 aku. cuma aku teda masa untuk kompos dan pablish. tapi itu bukan masalah utama.

sebab sebenarnya aku selalu kena kasi warning ingat oleh c Amrin- jangan terlampau main tenet. =.='

dan semalam aku rasa aku terima ingatan yang yang paling kaw-kaw la!

time dapat kebenaran can main tenet (sebab all the time si Amrin yang pakai pc - dia tinguk Maharaja Lawak Mega =.=' ), aku pun surf la sikijap.. mesti bulih main lama, sebab dia sudah masuk  bilik. yeah yeah, yeah yeah.

tiba-tiba nampak satu dokumen yang belum kena save - mesti Amrin punya. Lupa la tu mau save.
Aku tanya dia, tapi dia diam-diam jak nda menjawab. Malas jalan pi bilik mau tanya, terus aku buka kasi maximize, rupanya........ hahahahahahahhaahahahahhahahhhhhahahahahahahhahahahhhaa

punya la kejammmmm!!!


patutlah time aku tanya - By punya doc ka ni, sudah save ka ni?  - dia diam2 ja nda membalas. rupanya dalam bilik ketawa terkekekekekek


sabar ja lah!!!

Monday, December 19, 2011

Mak, jangan nangis ok.

Pagi tadi masa aku keluar rumah mau pigi kerja (sambil angkat beg besar sebab petang terus balik Telipok), mama mentua aku terkejut. dia ingat aku masih dalam cuti sebab baru semalam majlis kawin abis.

Masa aku salam cium tangan dia, nampak mata dia merah berair sudah. Isk.. parah ni. Aku ni sensitip betul tengok orang menangis pasal aku.

Cepat-cepat aku turun tangga sambil lambai tangan sama dia. Dia sempat lagi pesan, kalau ada kelapangan, balik la sini ya. Mata dia keluar air sudah. Bahaaa ni kali la ni.. 

Ok ok. Aku pun rasa macam seksa sudah. Sedih wey. Aku pun janji dengan dia, insya Allah minggu depan kami balik ya mak. Jangan nangis lagi. Dia pun angguk suruh aku cepat jalan sebab lewat sudah.

Aku senyum naik kereta. Dalam hati cakap, "Mak , jangan nangis lagi ok. Nanti Amrin pun ikut nangis." Hehehe.

Apapun, masa otw pergi opis pagi tadi, hati masih lagi sayu sebab sangat2 terpaksa tinggalkan rumah mentua yang baru saja semalam selesai majlis perkahwinan kami. Macam mana juga, tuntutan kerja yang macam hampeh tu kena buat jugak kan. huhu.

Lastly, 
*Sayangi lah keluarga mentua anda.* wink*

Pemandangan akhir subuh belakang rumah mentua aku.
Ambik gambar ni masa pagi tadi =)



Thursday, December 8, 2011

Menu pertama selepas bergelar dot dot dot

wahaaaaa itu title ba... macam minta puji ja kan. wakakakaka. macam hebat.

***

***
ok, tak nak banyak cerita.

***

***
i succeeded failed for the first time i cooked it!!! KARI AYAM. nak nangis....


***

***

he persuade me: it's OK. now WE know how to cook it. next time less the amount of santan and curry powder ok ?

me: ok bby.... T___T


***

***

i bought 3 recipe books. now my new mission is : try to cook all the recipe.

boleh ke kak??? uhuk..uhuk..


taaadaaaaaaaa ~