Tuesday, August 31, 2010

Merdeka?

Salam 1Malaysia!

aisehhhh skema lak pulak.. ni mmg penangan buat surat rasmi mesti guna permulaan tu. memang patriotik abis la. aku fkir kita mmg kena ada fikiran patriotisme. sebab kalau tiada sejarah, tiadalah kita. (semangat sudah ni.... jaga..) hehehee

apapun, kalau negara sudah merdeka, adakah fikiran kita masih merdeka? maksudnya dari segi pemikiran kita bagaimana mahu bertoleransi sesama manusia? kepentingan diri itu perlu, tapi kalau sudah melebih2, tidak mahu fikir kepentingan bersama, itu yang membikin panas tu.
kalau dalam bahasa omputih - u have to stand on other people shoes ba.. (ngam ka tu? antam sajalah. yg penting kamurang paham. tu kira pikiran merdeka jugak tu. terima kekurangan org lain. hahahaha)

jadinya, merdeka ni bukan dr sudut lain saja. banyak sudut. sudut apa di mahu? sudut tirus? bujur? lengkung? trai enggel? ataupun tiada sudut trai langsung? apa-apa saja ging, yang penting kemerdekaan tu perlu di paham. nda payah dalam sgt, yg penting ada kesedaran, ok la tu. lama-lama nanti boleh diperbaiki dr masa ke semasa.

susah mau jaga perasaan sendiri sebenarnya, apatah lagi mau jaga hati org. mmg patah abis la. tapi bai huk or bai kruk, hubungan kemanusiaan kita ni perlu dijaga. sebab kita hidup bermasyarakat yang merdeka.

simpel jak kan tapi berat kalau di pikir balik. hehehe

apapun, selamat hari merdeka yang ke _____________ tahun (jawab lerr) dan semoga kesedaran kemerdekaan itu ada dalam setiap diri kita.

*opps...hampir terlupa~ Happy Birthday to My Twins Sister. U both have an amazing life, enjoy it and have fun. may God bless u alwys :X

Sunday, August 22, 2010

kerja, study, foto dan.....

1) Kerja - makin banyak. sekarang ni senarai tugas ditambah lagi - jadi fotografer yang x bertauliah. means setiap function / event yang dibuat, aku kena jadi jurugegas ke tempat kejadian, ambil gambar here and there. =.='
upah? upah pertama aku blm lagi dapat. aiseh.... tapi it's ok. permulaan yang bagus untuk menabung :D

Kerja harian mcm biasa la.. kerja hadoc lagi byk kalau di kira, tapi it's ok. i love my job ^_^

2) Study - lupa nak stori. minggu ni dah masuk kelas ke 3. dan lecturer utk subjek PAD230 sgt2 hensem okey! hahaha ! membuatkan setiap kali mau attend kelas dia, aku kena mekap2.. gagagaggaga!!

ndala ba terlampau mcm tu sekali, kira mau semat2 jugakla pigi kelas. krg selekeh2, Sir nda tgk pulak. LOL

Kelas LAW379 sgt best! lecturer, Madam Azilah mmg bagus.. dan silibus pun best. harap2 semester ni aku boleh skor ..hehe insyallah.

3) Foto - lama nda jenguk flickr aku..sila lawat ye.

byk foto sdh edit, tp lupa mau muat naik di flickr. nanti la.

DAN...

4) about him.
"He has oxygenized my dying soul and stole my heart on whole~" =)

Wednesday, August 18, 2010

kan bagus kalau ada org melayu mcm ni..

AMAZING SAND DRAWING

this vid has been posted by my sist Kiko on my fb wall. i just didn't pay no attention to it at all. thinking maybe it was just an ordinary video which such kinda of "a thing that u must see it" ~

yep, it wasn't just an ordinary video, it was an incredible video, apparently has opened my eyes & my mind how amazing and wonderful when History been interpreted into Art of Sand.

kan bagus kalau adanya karyawan Malaysia boleh buat mcm ni. bagi sedar sikit anak2 muda zaman skg ni yg makin lupa Sejarah & Kemerdekaan. =.='

tapi adakah??

Tuesday, August 17, 2010

Bila gagal....

Petang tadi aku bukak web tpt check result. Degup2 jantung aku bila nampak perkataan "keputusan peperiksaan 2010".. tau nda, dalam dua minggu ni, hari2 aku check, tunggu keputusan selama 3 bulan selepas exam. Seksa jangan kira la. Makan dalam wei....

Jeng jeng jeng.....

Bila nampak jak result...


...

...

...




aku rasa macam mau ketuk2 jak kepala aku ni ke dinding. atau kalau boleh mau jerit sekuat-kuat hati. pasang lagu kuat-kuat supaya perasaan terbuai-buai ikut rentak.

huh...

Kandas lagi? Garu2 kepala yang nda banyak sangat kelimumur ni. Tekanan. Sakit ulu hati, macam rasa putus cinta pun ada....aisehh..T___T

Mungkin bukan rezeki la kan. Nampaknya kena tunggu tahun depan lagi untuk sit paper ni. Last paper.


Exam mungkin bulan 5 @ 6 2011.

Result mungkin bulan 8 @ 9 2011.




.......

.......

.......

.......





Lamanya lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Huwaaaaaa!!!

Seb baik minggu ni minggu 'cuti'.. last2 aku melilau ke 1Borneo sorang-sorang bawa hati. Ni baru balik la ni. Penat!

Thursday, August 12, 2010

it's Ramadhan again, in August

alhamdullillah..Ramadhan dtg lagi & masih bernafas untuk berpuasa, bersahur, terawih & berbuka (insya Allah).

hari ni dah masuk hari kedua aku berterawih di surau dkt dgn rumah susun yg aku tinggal ni. tp kali ni lain sikit, sebab Nurul ada sekali. last year dia takde, sebab balik Pahang. jd best skit sebab ada member pg surau sekali.

nak share sikit hari ni keadaan semasa terawih tadi. sesak gile, sampai terasa sgt bahang panas dalam surau. aku sempat kira lagi berapa banyak kipas. mungkin ada enam atau lebih. tapi nda rasa pun. berpeluh2 dalam telekung. bila selesai saja 'amin' di tahiyat terakhir, terus dengar semua org sebut " huhhhhh..panas.." =D

aku pun berdiri la p buka langsir di sebelah tpt duduk aku. ada rasa sejuk sikit, angin masuk. then masa selit langsir tu, nampaklah keadaan di luar surau..huh siyes buat aku terpempan sekejap. saf perempuan sampai ke luar surau rupanya! dorang hampar tikar getah atas tanah & solat terawih di situ. kira-kira ada dua saf jugaklah..

kesian jugak tgk, masa tu terfikir kenapa la pihak pengurusan taman ni nda berusaha besarkan surau sedangkan kepadatan penduduk boleh tahan jugak la ramainya. (kalau benda entertainment lain, berabis wujudkan) =.='

apapun, selamat menyambut bulan ramadhan~ =)