bila masuk cafe atau restoren, rata2 org guna garpu & sudu time makan. itu part mmg aku malas. sebab kritikelinya aku mmg nda guna dua jenis alatan ni.
dulu..ya. nampak sopan. dan manis bagi perempuan. bagi lelaki, nampak kool. nda gelojoh. wauw cekci! bak kata:" i loike!"
sekarang..tidak. sebab 1 ketika dulu ....
... masa aku masih berjinak2 dgn garpu & sudu ni, ada seorang mamat jambu yang "waalaawehhh hensemnya kauu!" duduk sebelah meja aku.. aku try senyum kat dia, tapi hampes nya dia cuma menjeling. hatiku tertawan!
dia order mi+ayam goreng je, tapi makan dgn sudu & garpu.. (apaa daaaa) tapi takpa, aku layan. aku makan mi+ ayam goreng jugak, kerana berharap ada kemistri antara kami dan dia akan notis aku.
masa makan aku asyik tgk dia mkn, hensemnya kau kunyah mi tu!! dia potong ayam pun kool ja.. tp time aku potong ayam guna garpu punyalah susah, sebab isi keras. aku try jugak, try dan try dan tiba2 ayam aku hilang??!! tgk bawah meja, tiada. tgk bawah piring, tiada jugak! tiba-tiba..
"cik, ayam awak kat kaki saya."
senyuman mamat tu mmg lawa dan dengan selamba aku ke kaunter, bayar dan pulang.
ehehee..kalo mamat tu ada belog, mesti dia pun dah belogkan citer ni jugak.kekekeke
ReplyDeletehey.. nice photoshoot.. keep it goin yah.. ;-)
ReplyDeletebelle~ hahaha jangan! mesti dia kata: "perasan!" kah10
ReplyDeleteca_hair~ thanks! ^_^
ReplyDelete