Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.."
**************************************************************************
Waktu sekarang ini, aku semacam berperang dengan perasaan dan diri aku sendiri. Tanggapan, pemikiran negatif aku cuba buang jauh-jauh. Aku percaya, apa saja cabaran dan masalah dalam satu dua bulan ni pasti akan timbul . Jadi aku dalam fasa "preparing war within myself". Aku selalu berdoa pada-Nya agar segala urusan dan perancangan dimudahkan atas kerana niat yang baik dan paling penting Dia meredhai perjalanan urusan.
Untuk sharing, aku sedang dalam usaha menghabiskan satu buku yang bercerita tentang 100 orang sahabat Rasulullah SAW iaitu orang2 terpilih yang sentiasa mendampingi junjungan besar umat Islam.
Buku ni sangat hebat dan buat aku merasa sangat kerdil dan ada satu masa aku sampai mau menangis disebabkan aku merasakan 'kejahilan' diri aku masih ada walaupun beribu kali berniat mau berubah menjadi baik... :(
Aku copy paste - kan di sini satu perenggan yang dicatat di belakang buku ni:

"Pinjamkan roh jihad mereka ke dalam roh kita. Pinjamkan juga ketakwaan dan keimanan mereka dalam diri kita. Walau tidak setanding, walau tidak sama, biar usaha kita mendekatkan diri kepada sirah Rasulullah SAW ini mendatangkan hikmah yang tidak terperi."
No comments:
Post a Comment