Cepatnya masa berlalu! Nda terasa pun semuanya macam sepantas kilat, macam baru semalam aku kahwin *wiwittt!*, macam baru semalam aku bersalin *iyaa baaa*, macam baru semalam...macam2 lah! Huh...
Apa lagi mau dicakap. Semua pun sama saja macam tahun2 lepas. Yang penting, hati dan akal kita. Adakah semakin matang atau semakin susut? Sebab tu wujudnya AZAM.
Jadi apa azam 2013?
Aku cuma mau jadi individu yang lebih baik, luang masa dalam ibadah- sebab aku rasa aku lalai dalam beberapa2 tahun lepas! Dan aku harap juga kerjaya dan prestasi aku semakin bagus dan bagus lagi!
Ohya, Februari 2013 aku akan mula ikut kelas menjahit. Pheewwiitttt untuk diri sendiri. haha!
Kepada semua pembaca blog aku yang sweet2, wish u all the bestest for year ahead dan semoga semakin berjaya dan berjaya lagi. Dan jangan lupa Tuhan yang satu :)
Note: Praying Ghazza will be free from Damn Israel.
Monday, December 31, 2012
Saturday, December 29, 2012
Mandi manda di theme park dan makan di Windbell!
Isnin lepas sehari sebelum Krismas, satu family berjalan macam family day. Kami pergi Waterpark Theme di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Pertama kali ni datang ke sini. Best sebab macam di Poring Ranau, cuma kecik sikit dan tempat terhad.
Memandangkan ada bawa anak kecik,so teda lah harapan aku mau mandi. Lagipun peraturan sini macam agak ridiculous. Apa nda nya, yang wanita tidak boleh mandi pakai tudung, yang lelaki tidak boleh pakai baju. Isk. Dan nampaknya rata2 perempuan bertudung buka tudung masa mandi kolam. Huhu. Lepas mandi, pakai tudung balik. Janggal kan. Mungkin pengurusan sini kena ubah la peraturan ni. Sebab nda sesuai terutama untuk orang muslim.
Tapi apapun peraturan nya, yang penting all member family really had fun!! Mandi tu sampai nda ingat jam! Dekat dua jam dalam air! Yang budak2 siok la dorang rasa, kan budak suka main air. Happy ja tengok dorang katawa2 dalam air. Hehe.
Bila sudah habis mandi tu, semua pakat dinner di Windbell. Bayar pun pakat2. Baa kalau sorang ja mambayar, bengkrap tuu hehe.. Windbell Seafood ni terletak di Tg. Aru, satu orang cas RM 35 nett. Makan sampai puas, tapau nda bulih (alaaaa....) hehe.
Macam tulah kesahnya family day aku. Jom layan gambar!

Wednesday, December 19, 2012
Cerita teksi di KL dan apapun, aku sudah graduate!!
Alhamdulillah..akhirnya cita-cita aku untuk habiskan pengajian di UiTM tercapai juga. Bila aku kenang balik waktu study dulu dari aku mula umur 23 tahun, perghh memang bercabang- cabang cabaran yang sudah aku harungi. Bayangkan 7 tahun, 7 tahun aku kena habiskan Diploma ja! Adoyayy!! Iskk..isk..isk... Sambil aku geleng kepala ni..
Tapi tapi bukan aku sengaja tau mau ambik masa begitu lama untuk habiskan diploma ni, disebabkan faktor kewangan, masa, mana kerja lagi.. Banyak benda la jadi alasannya.
Dan apapun alasannya, aku tetap juga dapat habiskan pengajian aku ni, itu yang paling penting kan? Dan aku mau bersorak jugak...
HIP HIP HORREYYY!! Sorak lagi dua kali! Hahaha
Aku konvo hari tu 5/12/12. Seb baik sudah abis pantang, kalau nda kempunan la aku mau naik atas stage ambik sijil. Dan honeymoon jugak! Hahaha. Aku dan husband pergi UITM naik teksi. Memandangkan sesi aku awal pagi, so kami gerak jam 6am macam tu. Yang bikin panasnya teksi-teksi yang kami tahan semua nda tau jalan pigi UiTM. Kami yg like 'HELLO!! TAKKAN JLN KE UITM PUN X TAU. TEKSI TUUU!'. Sabar jak la.
Bingung sekejap dgn peel taxi drivers yang semua nda tau, luckily sorang abang teksi yang parking depan Hotel Royal tegur kami dan katanya boleh bawa kami tapi dengan syarat dia pasang meter. Bincang 30 saat dgn husband, kami terpaksa 'ok-kan' sebab memang tiada pilihan sudah, masa makin berjalan dan kami perlu gerak juga. Fuh sabar lagi.
So kami pun naik la teksi dia. Eksklusif punya ok. Dan dia mulakan meternya RM6. Jalan punya jalan, bila sudah masuk kawasan Shah Alam, dia cakap: kalau adik tahu jalan short-cut ke UiTM, bagitau ye, sebab abang pun baru hantar sekali je orang ke Shah Alam ni.
Ya ampun! Kami dalam teksi tu macam mau pingsan sudah. Bulih2 abang teksi tu pun konfius? Argghh malas la mau repeat perkataan 'like hello' banyak kali, aku pun buka la app maps di aiped. Dan dalam 1 saat aku jadi tour guide abang teksi tu, boleh? Adoyay. Pusing punya pusing, jumpa akhirnya UiTM dan terus ke dewan canselor. Fuh bayar tambang RM86 ok! Erm tak kisah la nyah, yang penting sampai dengan selamat.
Sampai tu, ada sejam lagi sebelum majlis mula. Aiyaaa..jubah konvo nda iron pun, punyalah kerudut, org lain siap bawa hanger lagi..wauu!! Alaa nda kisah la ba, janji naik pentas. Sampai masa beratur mau masuk dewan, kena ambik nombor giliran dulu, masuk dalam barisan, berdiri2 dengan graduan lain, senyum sana, senyum sini, nda sembang pun- nda kenal kan. Fuh independent gilak. Apa blh buat, student PJJ kan. Nasib baik muka aku ni cute jugak la, ala2 umur 21-22 macam tu..jadi graduan full time ingat aku ni dari cawangan lain, kot. Hahaha.
Lepas dekat sejam berdiri2 dalam barisan, terus masuk dewan dan duduk di kerusi, tiba2 bergetar sikit hati ni. Yalah nda sangka kan, akhirnya merasa juga aku konvo ni walaupun agak tua sudah untuk segulung diploma. Miehehehe.
Start jam 9am kami duduk, jam 11.15am baru giliran fakulti kami.. Uiyooo itu masa ah, berdegup degup masa mau naik pentas. Macam2 difikir, takut jatuh la, takut tersadung la, salah cakap la.. Fuh macam2! Bila nama kena umum, aku pun lenggang lenggok berjalan pi ambik sijil. Wahhh berbunga2 hati ini.. Rasa macam semua vip atas pentas tu lambai2 senyum dan say congrat sama aku. Tengkiu tengkiu!! Hahaha.
Majlis habis jam 12lebih macam tu. keluar ja dari dewan terus cari husband, kesian dia tunggu lama di luar. Aku harap juga ada jambangan bunga tapi hampehhh... Katanya, aku teda request pun. Erkkkkk perlukah By??!! I'm ur wife tau!! Tapi teda la aku cakap macam tu, di hati sejaaa...
Macam tu lah kalau husband yang un-romantic tapi baik hati (ni kena mention nanti kena marah wakaka)
Lepas tu, kami pi booth yang ambik gambar graduan tu. banyak nya pilihan, then kami ambik booth yang pertama kami jumpa sebab nda larat mau berjalan sudah. Penat, panas dan sesak dengan ribuan orang! Fuh fuh fuh! Mau tunggu giliran kena shoot pun dekat sejam jugak, tapi nda apalah, sekali seumur hidup kan. Layan ja la. Hehe.
Selesai semua, mau balik dah la ni. Hah mau keluar dari UiTM lagi satu hal. Daaaannn.... Nasib baik dia jumpa kawan lama satu sekolah dia dulu di Tuaran, keja polis di Johor dan kahwin pun orang Johor. Haha ada juga rezeki kami kena kasi tumpang sampai Bukit Bintang. Ye, kami stay di Bukit Bintang ok. Hotel 1@2 bintang je. Lol.
Ok itu jalah entri kali ni. Banyak aku cakap kan. Ni pun banyak skip ni tapi takut orang malas plak skrol sampai bawah mau baca haha! Jom enjoy gambar!

Tuesday, December 4, 2012
Hari ini di Kuala Lumpur
Sekarang dalam bas LCCT-KL Sentral. Dengan 3 orang lagi adik beradik aku and their husband.
Kuala Lumpur, kami datang!!
****
Esok konvo di UiTM.
Kuala Lumpur, kami datang!!
****
Esok konvo di UiTM.
Sunday, December 2, 2012
2 Disember 2012 l Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama
Pada hari ini, ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.
Pada hari ini juga, Baby Icha ada untuk kami. Tanda cinta suci.
Dan,
Tiada apa lagi yang aku mohon daripada mu Ya Allah hanya keredhaanmu dan lindungi ikatan halal kami ini sampai nafas terakhir kami.
Pada hari ini juga, Baby Icha ada untuk kami. Tanda cinta suci.
Dan,
Tiada apa lagi yang aku mohon daripada mu Ya Allah hanya keredhaanmu dan lindungi ikatan halal kami ini sampai nafas terakhir kami.
Friday, November 30, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Hari ni hari terakhir berpantang!
Nak order Starbuck Mocha Ice Blended dengan wipped sekarang juga, bulih?
Saturday, November 17, 2012
Baby Icha - full month =)
How time flies so fast, our Baby Icha is full month already.
And how i wish she will knows that we love her so so much.
I even could not imagine how my live would be without her.
May Allah protect her forever.
And how i wish she will knows that we love her so so much.
I even could not imagine how my live would be without her.
May Allah protect her forever.
Friday, November 9, 2012
Icha 1st dose today
Today Baby Icha got her 1st dose as she is exactly full month.
My baby is growing up. ;)
My baby is growing up. ;)
Sunday, November 4, 2012
Bila stretchmark gatal gila!
Adui.. Aku ingat lepas beranak ni, stretchmark akan hilang.. Ya mmg hilang beransur- ansur tapi gatal nya bukan main! Tangan aku ni nda dapat tahan ba garu2 . Bahagian yang paling gatal di tepi paha dua2 belah kaki. Nda mau garu, gatal gila..kalau garu pulak, dia kasi tinggal bekas garu tu, lagi teruk dari bekas stretchmark yg orijinal.
Ada juga aku gugel, kebanyakan ibu2 mmg mengadu gatal .. kira normal la tu kan. Ada yg sajes guna losen baby, jd aku guna la. Berkesan la jugak, walaupun ada gatal2 jugak tapi berkurang.
Agaknya berbulan jugak ni mau hilang. Huh!!

Monday, October 29, 2012
Saturday, October 27, 2012
Pengalaman bersalin - Part II
Sambungan prev entry...
Bila proses meneran bermula, staf nurse dan pelatih2 yang ada di sekeliling aku bagi semangat untuk meneran sekuat mungkin. Aku teran dan teran tapi nurse cakap tidak cukup untuk kasi keluar baby. Aku teran lagi sampaikan pelatih2 tu pun ikut menjerit juga: Teran puan! Teraaannn! Teran lagi puan, teraaann!! Adeii dalam aku kesakitan meneran tu mau juga aku ketawa kelucuan tengok semangat dorang tu. Hehehe.
Tapi macam aku cakap sebelum ini, tenaga daya aku teda sudah. Sampai staf nurse yang mau kasi beranak aku tu mau marah sudah. Dia cakap, puan boleh kah teran betul2, tengok atas, kepala anak puan mau keluar sudah. Bila aku tengok skrin atas siling tu, memang aku nampak sudah rambut kepala baby. Aku teran lagi, tarik nafas panjang terus teran lagi.. Masya Allah sakit tu susah mau gambarkan. Aku boleh rasa kepala baby keluar sudah tapi baru separuh. Staf nurse tu suruh aku berhenti meneran sekejap, dia bebel2 sekejap sebab aku teran nda berapa kuat pas tu dia suruh teran lagi betul2. Bila aku teran sekuat hati, dia kata macam tulah puan, kepala baby keluar sudah. Pas tu dia berhenti sekejap, dia suruh aku teran sekali lagi. Adoii tenaga habis sudah! Tapi mau nda mau, aku kena teran juga. Ya Allah masa tu aku jerit Arrrggghhhhh!! Terus tu nurse marah sebab nda boleh menjerit dia bilang, nda tau la kenapa. Aku rasa aku terpaksa menjerit begitu sebab bahagian bahu baby yang keluar. Dan lepas tu, rasa smooth saja..
Jam 1.28pm.
Bila selesai sudah proses teran2 tu, staf nurse tu cakap, ok sudah puan, baby puan keluar sudah. Ya Allah masa tu aku bersyukur sangat kesakitan sudah berakhir. Bila nurse tu angkat baby yang masih dengan penuh darah, dia suruh aku tengok gender baby.. Aku teruja sebab aku mau tau apa gender baby. And it's a girl! Tapi boleh2 aku cakap, eh bukan boy ka? Tidak puan, baby girl katanya. Aku cakap lagi, saya ingat baby boy hehehe..sempat lagi aku buat lawak bodo di situ. Dush3! *straight face*
Bila nurse2 tu sudah lap2 sikit baby, terus dorang letak baby atas dada aku. O Allah, perasaan aku masa tu macam2, aku cuma boleh mengucap syukur atas anugerah terindah daripada syurga Allah. Aku bisik berdoa, semoga baby menjadi insan yang berguna kelak. Nda lama lepas tu, dorang angkat baby bawa keluar, agaknya mau kasi bersih baby di nursing room.
Jam 1.40pm.
Aku ingat penderitaan sudah berakhir, rupanya tidak. Bermula lah proses kurik mengurik di bawah tu. Staf nurse tu mula kurik di bawah tu. dalam2 lagi..Aduiiii sakitnya, ngilunya Allah saja tahu. Lama juga dia kurik, sambil tekan2 abdomen perut aku. Aku teka mungkin mau kasi keluar tembuni. Bila sudah keluar, dia kurik lagi, tekan perut aku lagi. Agaknya dia mau kasi keluar darah beku dan sisa2 di dalam perut. Lama juga kena buat macam tu. Sampai dia panggil staf lain dan doktor untuk kurik sama. Aku risau sambil rasa sakit, apa yang tersangkut dalam perut aku tu. Huhuhu... Nda lama kemudian, dorang berhenti. Aku lega sikit..
Jam 2.00pm.
Staf nurse tu tiada cakap apa2 tapi dari apa yang aku nampak peralatan dorang, sah dorang mau jahit di bawah aku tu. Aku boleh rasa kena bius jadi tidaklah rasa sangat masa dia menjahit tu. Aku pun nda sanggup tengok dia tarik keluar masuk benang tu. Mula2 kena jahit tu aku rasa ok lagi, tapi sampai part jarum tu kena dekat lubang punggung, Masya Allah!! Aku jerit sikit. Nurse tu marah lagi. Puan kalau puan gerak2 macam ni, macam mana saya mau jahit bagus2. Itu punggung pun jangan angkat boleh? Tapi aku nda peduli, macamana nda angkat punggung, bisa ba jarum tu kena tusuk masuk keluar di sana. Sudah lah dia nda bius lagi, patut dia bius lagi ba tu dekat lubang punggung.. Aku berserah saja pada Tuhan kesakitan yang aku rasa masa tu..
Jam 2.30pm.
Akhirnya penderitaan berakhir juga. Aku harap kali ini memang betul2 berakhir. Aku rasa fobia sudah kalau doktor atau nurse masuk pi tengok2 aku dalam bilik tu. Ya please...no more check under my ass! Aku rasa kalau dorang check lagi, mau cucuk2 sana, aku rasa bagus aku lari ja dari sana. Ok,itu imaginasi marah aku saja masa tu. Ignore this sentence.
Nda lama, baby aku kena hantar masuk pi bilik aku.. Huhu punya comel...kecik2 comel. Bila aku tanya berapa berat, nurse tu cakap 2.9kg. Syukur Alhamdulillah, semua nya sempurna dan sihat. Dan aku berdoa kesihatan aku dan baby selepas ini baik-baik saja. Sekarang aku tunggu mau keluar dari bilik bersalin, tapi sedih.. tiada katil kosong di wad. Hati aku mula memberontak mau keluar cepat. Ya, i miss my husband badly!
Jam 3.00pm.
Aku sms hasben bagitau semua selesai sudah. Then dia mau azan katanya. Astaghfirullah, macamana aku boleh lupa hal yang begitu penting tu? Aku minta kebenaran nurse tu supaya hasben dapat masuk dalam untuk azan. Tapi dorang kata, orang luar nda boleh masuk, jadi kena azan di luar Dewan Bersalin. So nurse tu pun bawa lah baby pi luar dewan tu jumpa dengan ayahnya. Nda lama kemudian, nurse dan baby datang semula. Kata nurse tu, baby sudah kena azan puan. Alhamdulillah...
Pas tu, aku sms² dengan hasben.. dia pun nda sabar mau jumpa aku dan baby. Katanya, baby kita. Comel je bila hasben aku cakap macam tu. Gerammm. Hehehe.
Jam 4.45pm.
Tunggu punya tunggu mau keluar dari bilik bersalin, akhirnya ada kosong juga katil di Wad Kenanga 2. Aku sms hasben dan kawan2 yang aku boleh kena lawat sudah di wad. Perasaan aku masa tu gembira gila sebab akhirnya aku boleh keluar dari bilik bersalin dan aku boleh jumpa hasben dan kasi tengok baby kami yang comel....
Sebelum keluar dari sana, aku ucap thanks nda habis² untuk semua nurse dan pelatih yang sabar dengan karenah aku dan banyak bagi bantuan semasa dan selepas dalam bilik bersalin tu. Aku berdoa, semoga Allah selalu memberkati hidup dorang dan hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan kesabaran dorang. Amin...
**************************
Begitulah cerita pengalaman aku bersalin untuk kali pertama. Aku percaya, mungkin ada setengah orang pengalaman bersalin mudah sekali, ada yang susah payah. Tapi apapun, dalam kesakitan bersalin aku bersyukur sebab Allah kurniakan nikmat kesakitan bersalin sebab Dia telah bukakan hati dan minda supaya menjaga sikap terhadap ibu dan suami. Dan Dia janjikan syurga kepada kaum wanita yang taat pada perintahNya. Insya Allah.
Wednesday, October 24, 2012
Pengalaman bersalin - Part 1
Seperti yang saya janjikan, hari ni saya nak update pengalaman bersalin saya pada 9 Oktober 2012 lepas. Walaupun sudah limpas 15 hari, tapi rasanya macam baru semalam aku bersalin.. dugaan Allah yang maha2 hebat.
9 Oktober 2012. Jam 1.30 pagi.
Contraction mula sakit dengan kerap. Datang sekejap2. Aku ingat aku boleh tahan lagi sampai subuh tapi rupanya tidak. Aku gerak hasben, bawa dia pi hospital. Sampai hospital jam 2 am. Masa tu ada 4-5 patient lagi di bilik penilaian. Siap dengan muka yang sugul. Mungkin tunggu masa bersalin. Aku mula berdebar2 juga ni. Fuh fuh fuh. Tarik nafas panjang2, selawat nda habis2. Aku tunggu dekat setengah jam baru turn aku kena panggil. Doktor perempuan cina yang check. Tangan aku cucuk jarum lagi, sakit..huhu. Dan buat VE lagi. Bila kena check, bukaan baru 4 cm, tapi boleh masuk labor room sdh. Tapi penuh. So aku kena tunggu. Masa tu jam sudah 3.45am.
Tunggu punya tunggu, tapi labor room masih penuh. Aduiii..penyeksaan. Mana lagi aku teringat hasben aku yang setia menunggu di luar. Bila hasben aku cakap mau cari something utk dimakan di 7E, aku minta dia belikan bun. Lapar juga menunggu ni. Dekat jam 6am, hasben aku hantar bun dan air mineral. Memang nda cukup, kelaparan tahap gaban jugalah. Tapi perasaan menunggu lagi gaban. Mana lagi sakit contraction, menahan jak la.
After dekat 2 hours menunggu giliran, tepat 6.30am doktor cina tu panggil aku mau kasi pecah air ketuban. Bila VE balik, sudah 5cm. Sakit juga masa dia kasi pecah tu, itupun dua kali dia kurik di bawah tu baru pecah. Sabarrrr ja la.
Jam 6.45am.
Aku kena usung masuk Dewan Bersalin. Doii nama bilik pun ngeri. Sempat aku text hasben yang aku masuk bilik bersalin sudah dan aku nda boleh keluar sudah dari situ. Bilik bersalin aku nombor 19. Ramainyaaaaaa pelatih, pelajar, doktor, staf nurse dalam dewan bersalin tu. Memang sibuk gila la. Setiap bilik ada patient. Menunggu bersalin, macam aku la tu.
Bila aku sudah baring dalam bilik tu, dorang mula pasang alat pendengaran jantung baby. Kata nurse, benda tu akan stay di perut aku sampai aku bersalin. Jadi aku bergerak pun nda dapat. Contraction makin menjadi tapi aku boleh tahan lagi.
Jam 10.15am.
Sorang staf nurse pasang something macam air & cucuk di tiub tangan aku tu. Ada dua kantung. Aku tanya, apa tu. Dia kata, yang 1 tu air, yang 1 lagi, air untuk kasi cepat ko beranak. So dalam fikiran aku, mesti aku kena induce ni. Dia cakap lagi, contraction mungkin akan tambah sakit.
Oh God. Dalam 15 minit, aku dapat rasa sudah contraction yang menggila. Aku ingat pesan Eryantie, jangan lawan contraction. Ya aku buat tapi nda lama. Sakitnya Allah saja yang tahu.
Aku pusing sana, pusing sini. Aku jerit sekejap2, ikut rentak contraction tu. Nama Allah nda terkira sudah keluar dari mulut aku. Nurse yang jaga aku sepanjang aku di sana memang bagus.. Aku ingat lagi nama dia Dessy. Dia bagi perangsang, tarik nafas, lepas..ulang 2-3 kali. Contraction tu nda kan hilang sampai aku bersalin, katanya. Ya Allah.. masa tu aku rasa macam mau pengsan, pitam, mati pun ada. Masa tulah aku rasa Tuhan hukum aku atas dosa2 aku terhadap mami aku dan hasben aku. Aku terbayang2 muka dorang ni, moga2 segala dosa aku diampunkan dan aku berjanji aku nda mau cari dosa sama dorang lagi..
Jam 12pm.
Contraction makin menggila. Along sempat text lagi, disuruhnya aku teran sikit2. Time2 sakit tu juga aku reply, untuk apa. Dia reply, supaya baby tu cepat keluar. Jadi aku teranlah sikit2. Tapi makin lama, macam kepala baby tu sendiri turun ke bawah mau keluar. Masa tulah contraction lagi menggila. Sampai aku tertarik baju 1 orang pelatih tu. Sabar ja la. Nurse Dessy setia dengan aku. Aku cakap, nda boleh ka ubat induce tu kasi stop, sakit betul sudah ni. Tiba2 1 orang staf nurse mencelah, nda boleh. Aku cakap lagi, sakit betul sudah ni nurse, blm blh beranak lagi ka. Bila dorang cek, belum lagi. Aku rasa masa tu, aku memang macam tiada daya sudah... Mana lapar lagi. Sampai 1 doktor India tu cakap, kamu tiada bawa air sembahyang kamu ka? maksudnya air selusuh. Aku geleng jak. Aku tiada tenaga sudah mau cakap apa2. Contraction makin menjadi2.
Jam 1.10pm.
Tiba2 1 kumpulan staf nurse dan pelatih dalam 5-6 orang masuk dan buka kain di bawah aku tu, letak kain hijau, then sorang staf nurse suruh aku pegang besi, dua kaki aku tahan di besi, kepala naik sikit. Lampu samar2, then dia suruh aku dongak ke atas. Uik boleh plak nampak kejadian proses bersalin ni! Dia tanya, puan nampak di atas tu? Aku cakap, nampak. Dia kata puan boleh tengok macamana baby puan keluar. Aku nda sanggup tengok pun. Aku cuma berharap semua berakhir cepat, selamat dan sempurna..
Part 2 akan menyusul .... =)
Wednesday, October 17, 2012
Dengan izinNya, lahir lah Baby Icha ke dunia =)
Syukur alhamdulillah, setinggi2 tangan kami menadah untuk Allah SWT yang Maha Besar kuasanya kerana membenarkan saya menamatkan penantian 9 bulan 10 hari dengan selamat. ( penantian yg kdg2 aku rasa sgt menyeksakan). :D
9/10/2012. Selasa.
Saya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal seberat 2.9 kg, tepat jam 1.28pm di Hospital Likas.
Terima kasih atas semua doa yang diberikan. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas kebaikan korang semua. May God bless us.
Kisah pengalaman saya bersalin di next entry :)

Monday, October 8, 2012
Pengalaman semalaman tidur di Hospital Likas..
Aku kena buat entry ni dalam 1 hari yang sama dengan entry di bawah sebab lepas aku publish entry ni, kami balik rumah mentua. Rumah mentua teda wifi, iPad ada Celcom 3G tapi line Edge saja. Jadi, aku decide post entry ni sebab manatau besok pagi aku admit hospital. *Cheewaaahh confident!* Sebab sekarang ni, contraction macam dah mula since jam 7pm tadi. Setengah² jam.
Prev post aku stop cerita pasal kena tidur di katil koridor.
Before tu, setengah jam sebelum tamat melawat, Manja & hasben & Adel datang lawat aku. Sembang² kejap pastu dorang balik. Hasben aku pun ikut balik. Masa tu aku belum rasa sedih lagi sebab malam dia janji mau datang bawa tapau dan biskut. Jam 9.45pm macam tu dia datang bawa tapau nasi goreng daging, biskut², milo peket, cawan+sudu untuk buat minuman panas dan buku bacaan. Jam 10.30pm dia balik. Huhu sedihnya masa tu tengok dia balik.... =(
Then bermula la saat aku bermalam di hospital. Serius aku nda dapat tidur.. aku ingat aku saja yang berlegar² di koridor, rupanya ada lagi 2-3 orang ibu serupa macam aku, nda dapat tidur kata dorang. Jadi kami pun sembang², tukar² cerita pengalaman masing² yang lebih kurang sama saja. Lebih kurang jam 11pm, koridor mula sunyi, yang ada cuma nurse² yang buat kerjanya dan doktor lelaki cina yang berjalan laju macam Mr.Bean. (Ops ok, i shudnt mention that). Aku masih lagi duduk di kerusi awam sambil minum milo dan baca buku. Masih nda mau tidur. Macam mana mau tidur, sudah namanya koridor, terganggu dengan aksi doktor cina tu tadi.
Jam 11.15pm, sorang nurse datang dan bagitau aku boleh masuk bilik, ada 1 katil kosong katanya. Syukur alhamdulillah akhirnya aku boleh masuk bilik juga. Aku masuk bilik wad no.4. Tapi katil aku di hujung, mengadap pintu masuk. Bukan katil siring yang di dinding tu. Nda apalah, kira ok la tu daripada tidur di koridor. Bila mau tidur, nda dapat pula lelap sebab lampu siling betul² atas kepala aku. Haish....macamana mau tutup mata. Baca buku lagi dgn harapan boleh tidur. Nda lama kemudian, terganggu lagi dengan suara sorang ibu muda macam kesakitan. Bila aku tengok sekeliling, semua ibu² yang sudah tidur terbangun sebab dengar suara dia.. Kami tengok ibu muda tu memang kesakitan menahan contraction, mungkin. Dua kali dia tekan bell, datang la si nurse tapi nurse cakap, tahan la sekejap. Pas tu nurse keluar. Si ibu masih kesakitan. Tiba² dgr suara 1 orang ibu yg pesakit juga (dia panggil diri dia kakak) dia cakap, cuba ko bangun, jalan².. ko kesakitan macam tu tiada guna juga, beranak memang sakit dik. Ko minta tolong pun, tiada siapa dapat tolong ko.
Aku pula yang manas. Mentang² la ada pengalaman sudah, sedap ja si kakak cakap macam tu. Kesian aku tgk ibu muda tu. Dia cakap, habis basah sudah katil saya kak.. Dalam fikiran aku, agaknya ketuban dia sudah pecah. Dia tekan bell lagi, nurse tadi datang lagi. Nurse tu cakap, betul ka ketuban ko pecah atau kencing ko? Bila ibu muda tu berdiri, semua terdiam tengok kain dia habis lencun bercampur darah. Barulah si nurse tu terkial² p cari doktor.. Adui kesiannya ibu muda tu. Yang si kakak tadi pun diam² sudah.
Bila doktor datang, dia cakap labor room penuh, kena tunggu sekejap. Aku rasa hati semua ibu dalam bilik 4 tu sama saja - kecut dan kesian. Macamana kalau aku di tempat ibu muda tu? Ya Allah, permudahkanlah urusan ku ya Allah....
Dalam 10 minit, dorang bawa katil sorong minta ibu muda tu pindah ke katil tu mau bawa dia p labor room. Tu pun dorang cakap, kena stay kejap di depan sampai ada kosong. Dorang nda mau ibu muda tu terberanak di bilik wad...
Lepas babak cemas tu, kami semua limpang balik.. bawa fikiran masing² kali. Masa tu dekat jam 12am lebih sudah. Aku masih nda dapat tidur sebab lampu siling tu dan aku rindu hasben aku. Uhuk..uhuk..uhuk.. Ngalir² air mata aku bila teringat hasben aku. Adoi punya la rapuh hati aku nih.
Rasanya dekat jam 2am baru aku dapat tidur. Jam 5.15am aku terbangun sebab nurse kasi kejut mau periksa tekanan darah. Terus aku nampak 2 katil kosong di dinding tu. Mungkin time aku tidur tadi ada sorang lagi ibu bersalin. Aku request dengan nurse tu, aku minta pindah katil. Mula² tu dia macam keberatan, tapi last² dia bagi jugak. Hoyehhhhhh barulah selesa sikit... ^_^Y
7/10/2012. Ahad.
Lepas pindah katil tu, aku tidur² ayam saja. Hasben datang pun lewat sudah, dekat jam 7am. Masa melawat untuk pagi tu sudah habis. Jadinya kami jumpa dia di depan pintu masuk. Dia bawa tapau bubur mekdi untuk sarapan.
Jam 8.30am, 1 doktor perempuan cina (macam HO) bersama 1 doktor praktikal masuk buat lawatan. Sampai turn aku, doktor cakap kalau bukaan aku masih 3cm, dia suruh balik. Katanya, tiada guna juga aku stay lama² di hospital kalau lama lagi mau bersalin. Sebab ramai lagi patient yang mau beranak. Dalam hati aku, lain jugak ni doktor ni. Tapi nda apa, aku lagi suka kalau dapat keluar hospital. Hehe.
Apa yang nda tahan tu, doktor HO tu mau buat VE untuk cek bukaan. Memang sakit la dia cucuk. Tengok perangai dia pun macam ganas jak. Doktor perempuan yang brutal. Sambil dia cucuk, sambil tu dia explain dgn doktor praktikal tu. Pas dia cek, katanya masih 3cm, you boleh balik lah. Hoyehhh!
Masa menunggu mau discharge tu, duduk² ja di kerusi sambil minum milo dan baca buku. Then lebih kurang jam 11am, sorang ibu masuk wad tapi macam kesakitan sudah. Bila tanya katanya bukaan 3cm sudah. Nda lama nampak dia berdiri sambil tangan dia menahan di hujung katil. Contraction dia agak teruk. Nda lama dengar dia menangis, menahan sakit. Hasben dia datang bawa tapau nasi. Sambil dia nangis sambil tu dia makan. Uik ada selera lagi dia... hehehe. Nurse datang tengok dia, tapi macam buat nda tau. Mungkin sebab nurse tu sibuk mau kira tekanan darah ibu² lain. Dekat jam 1pm, dengar suara dia lagi kuat menahan kesakitan sambil menangis. Hasben dia diam² jak. Panik juga kali. Datang 2 doktor, tutup langsir katil.. buat VE la tu. Terus dengar ibu tadi menjerit kesakitan... Kami yang dalam wad semua ikut kecut..kesian pun ada. Terfikir lagi, aku pun macam tu jugak ka nanti? Huhu.
Masa dia tunggu mau kena bawa p labor room, aku sempat tanya dia, berapa cm sudah? Katanya 6cm sudah. O patutla.... kesian tengok dia peluk² anak dia sambil baring. Ambik kekuatan dalaman.
Bila katil sorong tu sampai, nurse suruh dia pindah katil. Dia minta tolong sebab agaknya pinggang memang sakit kalau mau berdiri, tapi nurse tu buat nda tau jak. Last² dia berdiri pindah sendiri. Kesian kan? Adui... macam² aku nampak kejadian di wad hospital kerajaan ni. Baru satu hari satu malam, belum lagi bermalam²... Aku berdoa ja semoga Allah permudahkan segala urusan aku..
Jadi...tunggu punya tunggu mau discharge, petang jam 3.30pm baru dapat keluar. Mak aii punya la lama dorang urus discharge. 2-3 kali aku tanya bila boleh keluar. Nurse yang in-charge di kaunter cakap, lambat sikit sebab doktor dan nurse ada satu saja, jadi lambat sikit buat endorsement sebab ramai yang discharge. Nasib baik hasben aku datang jam 12.30pm masa melawat.. Manja dan biras² pun ada juga, jadi nda la keboringan sangat menunggu discharge.
Discharge ja, terus aku bawa hasben pigi 1Borneo. Makan di OldTown! Dendam terbalas tidur semalaman di hospital dengan pengalaman yang bermacam² karenah manusia...
Lepas ni, aku nda tau aku dapat post entry lagi ka tidak. Aku dah mula rasa contraction saat ni. Tapi aku mau tahan selagi boleh, kalau betul² sakit sudah baru aku p hospital. Nda tahan kena VE tu dan cucuk di tangan.... =((
Untuk semua family, kawan², bloggers mohon doa untuk saya dan baby... moga² Allah benarkan saya bersalin besok atau lusa dan dipermudahkan urusan.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Amin.
Pengalaman pra-bersalin sebelum bersalin sebenar
Sabtu lepas 6/10/2012, waktu subuh perut rasa tegang semacam..jadi aku bagitau hasben mau pergi hospital. Mau cek la manatau ada apa2 ka walaupun contraction tiada rasa sikit pun. Pagi tu kemas² apa yang patut, manatau kena tahan di hospital. Sebelah tengahari kami pi makan lagi -McD. Manatau kena tahan, nda dapat la makan sedap² hehe. So petang tu kami pi Hospital Likas. Bila sudah bagi dokumen yang patut untuk register, dekat setengah jam juga menunggu di Bilik Penilaian tu untuk mau kena cek oleh doktor. Ramai gila ah ibu² di sana. Tapi sabar ja la kan, dah namanya hospital kerajaan, memang la ramai orang.
Bila nama aku kena panggil, kena suruh tukar baju hospital warna pink tu. Hati aku mula nda sedap sudah. Entah napa. Mungkin belum dapat imagine apa yang doktor tu akan buat sama aku. Bila aku kena suruh baring di katil tu, ada 2-3 nurse yang urus aku. Cek tekanan darah la, tanya itu ini, pegang² perut, pegang pergelangan kaki aku yang bengkak tu. Nda lama kemudian, datang doktor perempuan cina. Dalam hati bersyukur sangat sebab doc perempuan yang cek. Lepas dia tanya itu ini, dia kata mau VE. Yang nurse² tu mula macam bz, hati aku mula kecut. Apa dorang mau buat ni, apa VE tu. Rupanya VE tu cek yang di bawah tu, mau cek bukaan jalan berapa cm sudah.
Fuh fuh fuh adoi Allah saja yang tahu hati aku masa tu macam mana. 1st time ba kena cucuk di bawah tu.
Bila doktor tu bagitau dia mau cucuk sudah, dia suruh tarik nafas panjang². Sambil dia say "sorry ya puan", sambil tu juga jari dia masuk sampai serviks aku! Ya Allah sakitnya... aku cari fokus point untuk alihkan fikiran kesakitan tu sambil aku gigit tangan aku. Hati aku ulang² baca ayat Kursi dan selawat.
Yang aku mau mula panas, mau 3 kali dia cucuk sebab dia "macam nda sure" berapa sudah bukaan cm. Bila sudah dia pusing² cucuk² di servik tu, dia kata baru 1 cm bukak. Masa tulah banyak darah keluar. Nurse tu cakap doktor yang bukak 'show' aku. Aku rasa nda selesa sudah sebab bau hanyir dan darah macam mencurah di bawah tu. Aku minta pad, dorang pasang pad. Aku rasa lega sikit. Doktor tu keluar ntah p mana. Yang nurse² tadi start pasang alat dengar bunyi jantung di perut aku. Masya Allah aku boleh dengar bunyi jantung baby aku punyala kuat. Itu alat punya speaker pun kuat betul..
Dekat setengah jam juga aku baring sana. Lepas tu datang doktor tadi bawa doktor lelaki cina pula. Mau VE lagi! Adoi. Aku tanya, perlu ka lagi? Doktor cakap, kena cek lagi sebab nda berapa sure kan bukaan berapa? Aku diam jak dan kecewa sebab doktor lelaki yang akan cucuk aku. Bila doktor lelaki tu cucuk, sambil dia explain macam² terms medical dengan doktor perempuan tu. Yang aku paham 1 jak, bukaan sudah 3 cm. Tapi itu pun dorang macam nda sure lagi. Adoiiiiii!!!!
Nda lama kemudian datang lagi 2 doktor lain. Yang 1 tu M.O yang original (kot). Haishh dorang lagi mau cucuk! Istighfar ja aku banyak²! Lepas MO tu cucuk, dia panggil 1 lagi doktor tu untuk cek. Hati aku ni mula la mau marah tapi sakit tu melebihi segalanya. Aku fikir macam², nda mau ada rasa malu, sakit lagi lah. Aku berdoa saja semuanya berakhir cepat.
Lepas dorang bincang², aku dengar dorang bagi keputusan bukaan baru 3 cm. Lepas tu dorang keluar. Masa tulah aku tanya nurse tadi, memang macam tu ka nurse sampai 2-3 doktor kena buat VE sama patient? Nurse tu cakap, yang sorang tu MO, yang lain tu doktor praktikal. Aku cakap lagi, jadi saya ni jadi experiment la? Nurse tu diam dan senyum saja. Huh... Apa boleh buat, hati aku macam jatuh bangunan saja.
Nda lama kemudian, datang si doktor perempuan tadi bagitau dia mau pasang jarum di tangan aku. Confirm sakit! Masa dia jarum tu, aku nda tengok. Tapi aku boleh rasa darah mencurah² di jari aku! Rupanya dia tadah darah aku dalam botol kecil. Dia ambik dua botol. Pas tu dia pasang alat kecik dua lubang untuk saluran darah dan air. Aku xtau apa nama alat tu. Kamurang buat² paham jak la ah. Pas dia pasang, mau gerak tangan pun sakit.. rupanya itu jarum dan betul2 dia letak di urat... Allah, beratnya dugaan mau jadi ibu kan?

Lepas dorang lap² darah di jari² aku dan di lantai..nurse tu bagitau aku kena admit hospital.... Aku tanya, berapa lama selalunya kena tunggu masa bersalin? Dia kata within 12 hours. Aku kira² aku mesti bersalin besok subuh. Hati aku bersyukur sangat.
Pastu dorang suruh tunggu depan mau register untuk masuk wad. Kena tunggu lagi dekat setengah jam.. Agaknya tiada kosong. Jangkaan aku betul. Memandangkan tiada katil dalam wad, dorang letak katil² di luar koridor bilik wad. So terpaksa la aku tidur di katil koridor...
Rasanya panjang cerita aku kali ni. Untuk cerita pengalaman tidur di katil koridor sampai keesokkan harinya, next entry ya. Rehat jap.
Dont worry. Aku belum bersalin lagi sekarang ni. Aku discharge Ahad petang 7/10/2012.
*mula sudah rasa sakit bawah perut dan belakang sekarang ni..*
Dont worry. Aku belum bersalin lagi sekarang ni. Aku discharge Ahad petang 7/10/2012.
Ni la benda yang diletak di perut aku untuk dengar bunyi jantung baby .. |
Alat yang bersambung dengan benda di perut aku tu |
Doktor perempuan |
Ni lah alat yang aku xtau apa nama dia. di bawah bandage tu jarum besar yang dorang lekat sekali dengan dua lubang penutup putih dan hijau tu. |
Ni lah katil aku di koridor... |
Thursday, October 4, 2012
Eryantie, Zai and Yam datang rumah!
Rasa best dan hargai sangat bila Eryantie, Zai dan Yam datang rumah! Alasan mau lawat before aku bersalin. Aku ingat mau masak menu udang lemak cili api (yeah my hasben favret) tapi memandangkan Eryantie alergik udang (dia msg - bulih tukar ayam ka tu) so aku decide proceed ja request dorang yang mau belanja McD. Sebab aku rasa menu tu nda sedap kalau tukar ayam *hahahah padahal malas masak!*
Sebelum dorang datang tu, kebetulan aku cuti sebab sebelah pagi tu aku review di klinik lagi, so sebelah petang aku berabis kasi kemas bersih rumah. Adoi itu rumah kecik ja ah tapi dia punya messy.. masya Allah! Nda juga best kan kalau ada tetamu tapi keadaan rumah macam apa jak. Dekat Maghrib baru selesai semua. Alhamdulillah.. nda juga terasa malu sendiri sebab rumah kemas sudah. Hahaha.
Dorang sampai dekat 8 pm lebih sikit.. aku tau dorang mesti lewat sikit, jadi aku ada masak sayur dan telur. Alas perut sebelum melahap mekdi. *kelaparan sebenarnya / yang penting perut laki aku *lol*
Sampai² jak dorang, terus kasi keluar hadiah untuk baby. Adoii punya banyak baju baby kena kasi beli. comel² lagi semua. Thank you! Thank you! Susah² je u'olls ni.. (padahal di hati............. wakakaka!)
Soalan bonus: "ermm...hadiah untuk mama nya nda ka?* miahahahaa*
Apapun, thank you guys for coming to our little home dengan mekdi dan kek Secret Recipe lagi! Insya Allah kalau aku sudah bersalin, aku mesti bagi tau kamurang ok!
Senyum2 kekenyangan sudah semua ni. Eh laki aku pun ada juga sana? hahaha |
Thanks u ladies! Love u all! *Itu cerita pilipin di tivi tu ah.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)