Wednesday, September 26, 2012

Penjagaan luar & dalam badan sewaktu mengandung

Rasanya belum ada entry aku cerita pasal produk atau barang keperluan yang aku guna/makan sepanjang mengandung ni. Waktu mengandung memang memenatkan dan stress, jadi kalau mana² ibu yang nda tahan atau sentiasa rimas, boleh buat dia malas mau berhias atau jaga penampilan. Tu yang nampak pucat ja, lesu dan tidak bermaya. Chewaahhh.... tapi betul kan aku cakap ni? Sapa2 yang pernah mengandung atau sedang mengandung, mesti sangat memahami keadaan tu. Hehehe.

Aku pun sebenarnya malas mau terlampau berhias atau bermekap ka sebab kerimasan tu memang perit. Dengan selera makan berubah,  berat badan bertambah, kulit pulak jadi kusam, sakit belakang/pinggang, kaki bengkak, stretchmarks keluar, so emosi pun ikut berangin². Tapi apa²pun, semua nya dari diri sendiri. Macam aku, kalau mau keluar rumah mesti touch-up. Walau nda heavy tapi sikit pun jadilah. Because i hate to see myself nampak dull depan cermin apa lagi depan hasben.

Yeah, my hasben suka i bercantik² hokey? Lol.

Cuma sekarang ni aku nda pakai lipstik sudah sebab bibir tambah merekah, lagi² di opis kena ekon. Paling² pun aku sapu dengan lipbalm atau VCO. Nampak pucat sikit tapi eyeliner harus pakai jugak tau. So nda la nampak lame sangat muka aku ni. Miahaha.

Untuk penjagaan dalaman badan, selain dari minum air masak banyak (sila lupakan kafein atau teh ok, sebab kandungannya membuat kulit tambah kusam dan kering), kena makan supplement juga. Selain makan Iberet untuk tambah darah,  aku makan dua jenis supplement - Pil Susu Kambing dan Elken Spirulina. It's good for healthy -to stay refreshed and good for baby's brain as well.



Untuk penjagaan stretchmark dan selulit di bahagian pinggul, pinggang dan paha, aku guna Anti Cellulite Cream dari Leno BodyCurve dan Cocoa Butter Formula dari Palmer's. Serius wey, stretchmark dan selulit nampak huduh kalau tengok lama² di cermin. >.<  So mau nda mau, kena jaga dari awal ok. Sebab takut pas bersalin, kesan dia nda hilang². Nanti hilang keyakinan pulak bila bersama suami. HEHEHEHEHEHEH


Sedia maklum aku dah beli set bersalin Tanamera hujung bulan 8 ari tu. Tapi ada beberapa produk yang boleh guna sebelum bersalin. Setakat ni, aku guna 3 produk ja - Minyak Kelapa Dara (VCO), Minyak Urut Herba dan Air Bunga Lavender. VCO tu diguna untuk massage bahagian perineum supaya risiko pengoyakan di bahagian faraj berkurang semasa bersalin. Minyak urut tu aku guna untuk sapu bahagian kaki yang bengkak di samping dapat membuang angin. Air bunga lavender tu pulak bagus diguna untuk dapatkan tidur nyenyak, dan berkesan juga untuk menenangkan minda dan menyegarkan perasaan...

Cheewaaaahh macam boleh jadi model produk dah aku kan? Itu baru 3 produk, belum semua lagi aku rungkai. Miahahaha. Btw, cara² penggunaan produk Tanamera tu memang disediakan dalam kotak produk. Jadi senang kita ikut arahan² nya. Tapi seriously, memang berkesan tau. Cuma yang VCO tu belum tau lagi hasilnya, lepas bersalin baru tahu. Nanti cerita ok? 

Dari kiri: Minyak Urut Herba, VCO dan Air Bunga Lavender
Untuk semua bakal² ibu, jangan malas² ya mau jaga penampilan diri. Bukan untuk siapa² juga, tapi untuk diri sendiri dan paling penting untuk suami terchenta! Hehehehe.  

   

8 comments:

  1. penerangan lengkap dan bersemangat! terus aku pun jd bersemangat menjaga badan. haha -pijut- nda sbr mo tunggu ko deliver

    ReplyDelete
  2. ya puan.. aku akan noted ni benda.. almaklumla nda lama join jadi kelab2 kamu suda ahaha

    ReplyDelete
  3. Pijut, hehehe mesti semangat tu babe! utk kehormanian rumah tangga ..hehe.

    Doakan kami ah =)

    ReplyDelete
  4. Daia, bahaaaa....manatau rezeki ko awal kan? naaa mesti mau take note tau. jaga syurga kita :) insya Allah..

    ReplyDelete
  5. Aku baca & take note naaaanti lah. Hope u will have a safe delivery beb. Insya Allah, amin.

    ReplyDelete
  6. Er, mesti ko take note tu..hehe.. ya, thanks babe. Insya Allah

    ReplyDelete
  7. i mase preggy pun sukee melaram.haha.wlpun mse tu sungguh gemuks.tapi lepas ade 2 anak ni nk melaram pun mne yg sempat je.bedak n eye liner at least!haha..bnyknye supplement u mkn.hihi.yg vco tu untuk skin pun boleh eh?

    ReplyDelete
  8. Miss sweetlavender86, heheh kan. Sebenarnya melaram masa preggy bagus sebab blh buat kita berkeyakinan ( chewwahh). Xapa, gemuk ka kurus ka, yg penting cantik d mata hasben :)
    Sy mkn 3 saja.. Ad org lain kg byk. Hehe. Vco tu utk skin pun blh ;)

    ReplyDelete