Thursday, September 27, 2012

Pening kepala - serba salah - sedih

Awal September ni, JPA keluarkan tawaran untuk PT² yang telah berkhidmat lebih 10 tahun untuk memangku jawatan N22 iaitu CC - Chief Clerk. So maknanya aku pun boleh dipertimbangkan untuk pemangkuan ni. 

Benda ni aku dah tunggu since dua tahun lepas lagi. 

Benda ni jugak yang buat aku pening kepala sebab tidak tahu mahu submit borang atau tidak.

Benda ni jugak buat aku serba salah sebab confirm penempatan CC mesti Januari 2013. Masa tu, kalau ada rezeki - kan aku dah ada baby kecik..

Benda ni jugak buat aku sedih sebab hasben aku tak kasi aku submit borang tu.

Patutnya benda ni buat aku gembira sebab boleh melangkah ke depan lagi selepas lebih 10 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan ni dan yang aku tunggu² sekian lama. Tapi kebaikan benda ni jadi terbalik pulak. 

Yang buat benda ni complicated dan buat orang jadi bingung sebab penempatan CC TIADA DI KOTA KINABALU MAHUPUN DI SEKITARNYA! Yang ada pun, Sandakan, Tawau, Pitas dan Lahad Datu! 

Jauh weiiiiiii!!

Tu pun ada 4 kekosongan jak. Penempatan di Sarawak dan Semenanjung berlambak. Tapi takkan aku nak kerja sana? No way.

Adeii. So camna? Tarikh tutup 15 Oktober ni. Nak hantar ke tak nak? Huh =(

"Ditelan mati emak, diluah mati bapa". - Sangat.


offer letter from JPA

5 comments:

  1. bawa bincang dengan suami...pastu kau fikir lagi sudah ready ka berjauhan dari anak-anak dan suami :) rezeki tu ada di mana-mana ja insyaallah

    ReplyDelete
  2. Betul beb, rezeki ada di mana2. Bak kata Ernie, ikut di mana 'syurga' kau berada lagi selamat. Kalau kau pun sudah 2 hati bagai, better ikutlah saranan si Amrin. Orang boleh cakap peluang datang sekali, tapi kau lebih tahu apa kau mau. Buat ishtikarah lah.

    ReplyDelete
  3. Oh berat ni mau pikir... sabar ya cuz.

    ReplyDelete
  4. xapa mummy...fikir yg terbaik untuk diri dan keluarga k....rezeki ada di mana-mana....klu kali nih bukan rezeki utk naik...tp mummy ada rezeki lain...dikurniakan bb yang comel....

    ReplyDelete
  5. Thank you evryone! Insya Allah aku akan bgtau jg klu aku isi atau tidak.. Tp rasanya aku isi ;p

    Dapat x dapat, pergi x pergi, belakang cerita hehehe

    ReplyDelete