Saturday, October 27, 2012

Pengalaman bersalin - Part II

Sambungan prev entry...

Bila proses meneran bermula, staf nurse dan pelatih2 yang ada di sekeliling aku bagi semangat untuk meneran sekuat mungkin. Aku teran dan teran tapi nurse cakap tidak cukup untuk kasi keluar baby. Aku teran lagi sampaikan pelatih2 tu pun ikut menjerit juga: Teran puan! Teraaannn! Teran lagi puan, teraaann!! Adeii dalam aku kesakitan meneran tu mau juga aku ketawa kelucuan tengok semangat dorang tu. Hehehe.
Tapi macam aku cakap sebelum ini, tenaga daya aku teda sudah. Sampai staf nurse yang mau kasi beranak aku tu mau marah sudah. Dia cakap, puan boleh kah teran betul2, tengok atas, kepala anak puan mau keluar sudah. Bila aku tengok skrin atas siling tu, memang aku nampak sudah rambut kepala baby. Aku teran lagi, tarik nafas panjang terus teran lagi.. Masya Allah sakit tu susah mau gambarkan. Aku boleh rasa kepala baby keluar sudah tapi baru separuh. Staf nurse tu suruh aku berhenti meneran sekejap, dia bebel2 sekejap sebab aku teran nda berapa kuat pas tu dia suruh teran lagi betul2. Bila aku teran sekuat hati, dia kata macam tulah puan, kepala baby keluar sudah. Pas tu dia berhenti sekejap, dia suruh aku teran sekali lagi. Adoii tenaga habis sudah! Tapi mau nda mau, aku kena teran juga. Ya Allah masa tu aku jerit Arrrggghhhhh!! Terus tu nurse marah sebab nda boleh menjerit dia bilang, nda tau la kenapa. Aku rasa aku terpaksa menjerit begitu sebab bahagian bahu baby yang keluar. Dan lepas tu, rasa smooth saja..


Jam 1.28pm.


Bila selesai sudah proses teran2 tu, staf nurse tu cakap, ok sudah puan, baby puan keluar sudah. Ya Allah masa tu aku bersyukur sangat kesakitan sudah berakhir. Bila nurse tu angkat baby yang masih dengan penuh darah, dia suruh aku tengok gender baby.. Aku teruja sebab aku mau tau apa gender baby. And it's a girl! Tapi boleh2 aku cakap, eh bukan boy ka? Tidak puan, baby girl katanya. Aku cakap lagi, saya ingat baby boy hehehe..sempat lagi aku buat lawak bodo di situ. Dush3! *straight face*

Bila nurse2 tu sudah lap2 sikit baby, terus dorang letak baby atas dada aku. O Allah, perasaan aku masa tu macam2, aku cuma boleh mengucap syukur atas anugerah terindah daripada syurga Allah. Aku bisik berdoa, semoga baby menjadi insan yang berguna kelak. Nda lama lepas tu, dorang angkat baby bawa keluar,  agaknya mau kasi bersih baby di nursing room.

Jam 1.40pm.

Aku ingat penderitaan sudah berakhir, rupanya tidak. Bermula lah proses kurik mengurik di bawah tu. Staf nurse tu mula kurik di bawah tu. dalam2 lagi..Aduiiii sakitnya, ngilunya Allah saja tahu. Lama juga dia kurik, sambil tekan2 abdomen perut aku. Aku teka mungkin mau kasi keluar tembuni. Bila sudah keluar, dia kurik lagi, tekan perut aku lagi. Agaknya dia mau kasi keluar darah beku dan sisa2 di dalam perut. Lama juga kena buat macam tu. Sampai dia panggil staf lain  dan doktor untuk kurik sama. Aku risau sambil rasa sakit, apa yang tersangkut dalam perut aku tu. Huhuhu... Nda lama kemudian, dorang berhenti. Aku lega sikit..

Jam 2.00pm. 

Staf nurse tu tiada cakap apa2 tapi dari apa yang aku nampak peralatan dorang, sah dorang mau jahit di bawah aku tu. Aku boleh rasa kena bius jadi tidaklah rasa sangat masa dia menjahit tu. Aku pun nda sanggup  tengok dia tarik keluar masuk benang tu. Mula2 kena jahit tu aku rasa ok lagi, tapi sampai part jarum tu kena dekat lubang punggung, Masya Allah!! Aku jerit sikit. Nurse tu marah lagi. Puan kalau puan gerak2 macam ni, macam mana saya mau jahit bagus2. Itu punggung pun jangan angkat boleh? Tapi aku nda peduli, macamana nda angkat punggung, bisa ba jarum tu kena tusuk masuk keluar di sana. Sudah lah dia nda bius lagi, patut dia bius lagi ba tu dekat lubang punggung.. Aku berserah saja pada Tuhan kesakitan yang aku rasa masa tu..

Jam 2.30pm.

Akhirnya penderitaan berakhir juga. Aku harap kali ini memang betul2 berakhir. Aku rasa fobia sudah kalau doktor atau nurse masuk pi tengok2 aku dalam bilik tu. Ya please...no more check under my ass! Aku rasa kalau dorang check lagi, mau cucuk2 sana, aku rasa bagus aku lari ja dari sana. Ok,itu imaginasi marah aku saja masa tu. Ignore this sentence.   

Nda lama, baby aku kena hantar masuk pi bilik aku.. Huhu punya comel...kecik2 comel. Bila aku tanya berapa berat, nurse tu cakap 2.9kg. Syukur Alhamdulillah, semua nya sempurna dan sihat. Dan aku berdoa kesihatan aku dan baby selepas ini baik-baik saja. Sekarang aku tunggu mau keluar dari bilik bersalin, tapi sedih.. tiada katil kosong di wad. Hati aku mula memberontak mau keluar cepat. Ya, i miss my husband badly!

Jam 3.00pm.

Aku sms hasben bagitau semua selesai sudah. Then dia mau azan katanya. Astaghfirullah, macamana aku boleh lupa hal yang begitu penting tu? Aku minta kebenaran nurse tu supaya hasben dapat masuk dalam untuk azan. Tapi dorang kata, orang luar nda boleh masuk, jadi kena azan di luar Dewan Bersalin. So nurse tu pun bawa lah baby pi luar dewan tu jumpa dengan ayahnya. Nda lama kemudian, nurse dan baby datang semula. Kata nurse tu, baby sudah kena azan puan. Alhamdulillah...

Pas tu, aku sms² dengan hasben.. dia pun nda sabar mau jumpa aku dan baby. Katanya, baby kita. Comel je bila hasben aku cakap macam tu. Gerammm. Hehehe. 

Jam 4.45pm.

Tunggu punya tunggu mau keluar dari bilik bersalin, akhirnya ada kosong juga katil di Wad Kenanga 2. Aku sms hasben dan kawan2 yang aku boleh kena lawat sudah di wad. Perasaan aku masa tu gembira gila sebab akhirnya aku boleh keluar dari bilik bersalin dan aku boleh jumpa hasben dan kasi tengok baby kami yang comel.... 

Sebelum keluar dari sana, aku ucap thanks nda habis² untuk semua nurse dan pelatih yang sabar dengan karenah aku dan banyak bagi bantuan semasa dan selepas dalam bilik bersalin tu. Aku berdoa, semoga Allah selalu memberkati hidup dorang dan hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan kesabaran dorang. Amin... 



**************************


Begitulah cerita pengalaman aku bersalin untuk kali pertama. Aku percaya, mungkin ada setengah orang pengalaman bersalin mudah sekali, ada yang susah payah. Tapi apapun, dalam kesakitan bersalin aku bersyukur sebab Allah kurniakan nikmat kesakitan bersalin sebab Dia telah bukakan hati dan minda supaya menjaga sikap terhadap ibu dan suami. Dan Dia janjikan syurga kepada kaum wanita yang taat pada perintahNya. Insya Allah.







6 comments:

  1. adui kak, sy ada 2 bln lagi ni mo deliver. takutnyaaaa

    congrats kak , dpt baby comel. semoga dia jadi insan berguna

    ReplyDelete
  2. sis~well done..tepek la picta baby focus kat muka dekat2 sekeping dua kat blog ni..hee~teah baru masuk 5 bulan preggy..ehee~

    ReplyDelete
  3. Ilyannur, banyakkan selawat dan baca surah2 yg boleh diamalkan spya hati dan mental kita kuat. Insya Allah. ;)

    ReplyDelete
  4. macam sama jak pengalaman ni hehe

    ReplyDelete
  5. aku yakin ko sudah berusaha sehebat boleh utk tahan sakit! tahniah zy! berjaya sudah melepasi dugaan dengan selamat. muka ko yg berseri2 itu x membayangkan kesakitan ko sebelumnya (sebenarnya aku jd takut sd ni baca.. haha) -fizah- flying kiss for icha chomel

    ReplyDelete