Monday, July 27, 2015

Part 2 - Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Salam dan hye semua. Rasanya belum terlambat lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yang mana hari ini adalah Syawal ke-11. Tapi aku sudah mula bekerja, sedih tinggal anak *Cry*

*****


Ok jangan sedih2 sebab cerita pasal anak sampai bila pun nda abis. Mari baca sambungan entri yang lepas :p


Masa aku kena tolak masuk labor room tu, tangan aku kan berjuntai di penghadang katil tu, jadi nurse tu sempat lagi jerit suruh tarik tangan aku dari penghadang tu sebab takut berlanggar dengan mesin-mesin dalam bilik. Aku yang dalam keadaan kesakitan macam nda terdaya sudah mau tarik tangan tu. 


Bila sudah masuk bilik, aku pula kena suruh pindah katil bersalin. Sempat lagi aku usha bilik tu warna purple tua, cantik juga. Time kena suruh pindah katil tu, adoi aku memang nda boleh sudah mau bergerak sebab rasa kepala baby tu betul2 di bawah sudah! Hati aku menjerit: "TOLONGGGGGG" tapi setakat di hati jak la haha.


Jadi macamana ni aku bilang. Aku bingung dalam tidak waras sudah. Hasben, nurse, doktor pun ikut bingung sebab anytime aku boleh beranak tapi belum pindah katil. Betul2 aduyaii. Haha. Lepas tu, dalam kesayupan tu dengar suara nurse jerit: kalau contraction stop, ko pindah cepat2 ah. Naaaaa...sekali aku rasa contraction yang stop cuma 2 saat tu, melompat bah aku pindah katil. Punya tangkas. Hahahaha. 


Sudah pindah katil, doktor mula buat kerja dia. Muka dia pun ketat semacam sudah sebab dia nda expect kali aku dapat bersalin awal dari jangkaan dia. Tapi doktor tu memang cool la. Steady jak. Boleh lagi dia duduk sambil tunggu aku push baby *muka icon nangis*


Aku pun mula push tapi belum lagi bilang doktor. Doktor cakap: Puan push bila datang tu contraction. Aku angguk2 ja sambil tengok hasben. Hasben pun nampak risau sudah tapi tangan dia genggam tangan aku, sambil usap2 kepala suruh aku baca banyak selawat. 


Bila contraction datang, aku tarik nafas cepat2 2-3 kali lepas tu aku push (tapi tiada suara keluar sebab kalau suara keluar, tenaga kita cepat habis) dan alhamdulillah dengan satu kali push ja, baby keluar! Ya Allah syukur syukur syukur! 


Aku nampak baby kena ambik nurse, sebijik macam Icha dulu hehehe. Dengar suara baby tu cukup aku lega dan semua sakit hilang begitu ja. Lepas tu, doktor cakap mau jahit sebab ada koyak sikit. Masa kena jahit tu, bius dua kali jadi time jahit memang tiada rasa sakit. Alhamdulillah, sebab trauma kena jahit masa Icha masih terasa ok..haha. 


Time tu juga, baby sudah siap kena kasi bersih dan aku minta baby diazankan oleh ayahnya.

Subhanallah..mengalir juga la air mata depan mata aku nampak dan dengar anak lelaki aku diazankan oleh ayahnya sendiri. Lepas tu aku pegang baby terus gambar2 hehehe. 

Lepas kena jahit tu, aku berehat sekejap sebelum kena bawa keluar pakai wheelchair. Masa pindah dari katil ke wheelchair pun boleh2 juga sakit tu. Menahan jak la. Yang penting semuanya selamat. Nurse pun bawa keluar balik ke bilik berehat.. 


So macam tulah pengalaman bersalin anak kedua aku yang kami namakan Muhammad Ammar. Nama Ammar tu aku ambik sempena pemuda yang syahid di Turki.. Berharap anak aku Ammar menjadi anak yang baik, soleh dan bijak. Insha Allah.   

Wednesday, July 15, 2015

Part 1 - Pengalaman Bersalin Anak Kedua


Alhamdulillah aku telah masuk kerja semula selepas bercuti bersalin 3 bulan. Dalam 3 bulan tu pulak, aku teda masa mau update blog. And aku janji untuk share pengalaman bersalin anak kedua ni. Pengalaman kali ni lain sikit. Dan harap dapat membantu meningkatkan adrenalin mommies di luar sana hehehe.

Berkat rezeki dari Allah aku dapat bersalin di hospital swasta kali ni. Bukan apa, fobia bersalin di hospital kerajaan belum habis lagi uhuk3.. Tapi bukan aku cakap kerajaan nda bagus, cuma aku mau keselesaan untuk bersalin kali ni. 


10/4/2015  (Jumaat) 

Kandungan aku ngam2 masuk 40 minggu. Memang ini tarikh due tapi sakit contraction masih belum ada. Jadi aku decide mau serah diri sebab aku rasa macam nda tertahan sudah menanggung berat dan husband pun kena outstation ke KL hari Ahad tu. 

Dua hari sebelum tu ada bloody show, dan aku pun pergi jumpa doktor la hari tu jugak untuk bagitau pasal tu. Bila dia cek bukaan, debilang baru 3cm. Jadi dia suruh balik dan datang bila ada kontraksi yang betul.

Tunggu punya tunggu, sakit tetap tiada. Jadi aku serah diri sama doktor dan aku insist mau bersalin hari tu jugak. Doktor tanya simpan ubat la? Aku kasi iya ja.. Penat sudah ni bawa perut, aku nda dapat tunggu lagi. Ketawa ja tu doktor ah. Sabar ja la.. Jadi doktor cakap jam 10am dia simpan ubat dan dia suruh pergi tingkat 3 (level bilik bersalin). Tapi aku minta excuse mau pergi makan dulu kenyang2 sebelum beranak. So doktor suruh datang balik jam 11am.

Tapi sebelum jalan pergi makan tu, nurse suruh pigi bayar dulu deposit @_@ (Takut kali kami lari atau nda mampu bayar) Haha. Belum lagi kamu tengok cara dia suruh pergi bayar depo tu. Dua kali dia ulang sambil tunjuk *peace* (maksudnya RM2k). Bikin lucu. Terasa sekejap diri kami ni macam nda berduit. Lol.  
So selepas bayar depo, kami jalan pergi Kandi 5 Cafe di Metro Town, makan apa yang aku mau makan sebab selepas ni harus pantang makan! hehe. Kena makan kenyang2 sebab nanti teda tenaga mau push2 ok. :D

Jam 11am. Berdebar-debar aku turun dari kereta dan sebelum tu aku minta maaf sama husband *uhuk*. Tapi dia ketawa jak. Dia cakap: apa yang ko cakap ni? Sambil dia senyum2. Laaa... teda feeling rupanya. Bikin  panas. Haha. Sampai level 3, lepas register terus aku kena suruh masuk wad, ada katil 4. Murah sikit bayaran wad haha. Kalau yang single bed tu, mak aih.. Ongkos tinggi lagi. 

Aku kena suruh tukar baju, pakai baju besar tu dan baring. Dup dap dup dap. Dalam 5 minit, doktor datang, cucuk tangan, masuk jarum dan bermula lah saat air ubat kena kasi masuk. Masa kena cucuk tangan tu, aku ingat pengalaman di Hospital Likas, jadi ada fobia sikit. Tapi kali ini teda rasa apa dan darah pun tidak memancut2 keluar dari urat tangan. Terer la doktor Joseph hehehe.. Hati tambah berdebar bila terfikir kedatangan contraction..... Huhh. Harus sakit!

Jam 12pm. Contraction datang sudah tapi belum berapa kuat. Aku masih boleh bercerita lagi sama husband dan makan kurma lagi, minum air. Main henpon, main ipad. Semua aku buat supaya nda telampau neves. Tiba2 jiran katil sebelah aku dengar menahan kesakitan sudah. Huhu. Macam down aku sekejap. Takuttt... 

Jam 12.30pm. Okey.. Contraction mula menggila. Badan mula terangkat sikit2. Husband pulak bagitau dia kena pergi HQ sekejap ada urusan. Aku suruh balik cepat sebab mungkin dalam jam 2pm begitu takut masuk labor room sudah. 

Jam 1.30pm. Mak aihhh... contraction jangan cakap la. Datang berulang sekejap2. Memang sakit yang tersangat sakit. Huhu. Sekejap2 badan terangkat sebab pinggang belakang aku memang sakit gila sudah. Di atas perut pula macam kena hempap batu besar. Bayangkan.. depan belakang pinggang dan perut sakit, macam kena himpit masuk ke dalam. Begitulah lebih kurang bayangan contraction. Aku berharap husband balik cepat dan dia ada call. Tapi aku nda dapat sudah angkat henpon, menahan kesakitan kan. Adoii.

Jam 2pm. Husband ada sudah di sebelah dan aku berharap aku bersalin sudah time ni sebab contraction menggila. Aku tanya nurse belum boleh bersalin lagi ka? Dia cakap, belum lagi ni. Mataiii... Hahaha.

Jam 2.15pm. Aku minta husband panggil nurse. Aku suruh dia bagitau yang aku mau terberak sudah. Nurse datang dan aku tanya sekali lagi,  belum lagi ka ni nurse? Dia tanya, sudah kena cek laluan ka? Aku cakap la, dari start kena simpan ubat, belum lagi kena cek ni. Haaaa..time ni aku mau marah sudah sebab aku rasa nda patut hospital swasta macam ni- yang macam tidak alert tahap kesakitan si ibu. *dush3* 
Jadi bila dia cek, dia bilang, baru 5 cm ni. Aku macam nda percaya jak. Lepas ja dia tarik jari dia tu, terus tambah sakit ah tu contraction. Aku rasa macam nda waras pun ada, macam tiada apa2 sudah di kepala. Sakitnya ya Allah .... sakit sesakitnya.   

Jam 2.30pm. Aku suruh lagi husband aku panggil nurse tapi kali ni suara aku macam hilang2 sudah antara sakit tu. Aku suruh husband bagitau yang aku betul2 mau terberak sudah dan nda tahan sudah. Haishhh kelam kabut tu Doktor Joseph datang sama tu nurse. Aku rasa tu kepala baby di bawah sudah. Sempat lagi tu nurse cakap: jangan ko push ah, nanti luka tu di bawah. Maigadd... aku nda push pun, tetap tu baby macam menggelongsor di bawah *nangessss* 
Tu nurse suruh aku berbaring ke kiri. Debilang ok sikit tu kalau ko baring kiri. Ya memang lega sikit tu sakit.. tapi tetap sakit menggila. Tangan aku pulakk menyangkut di palang katil tu. Macam berjuntai hahaha. Nda dapat sudah aku control badan masa tu. *roll eyes*

Terus aku kena tolak masuk labor room sekali dengan katil aku tu. Haaa kann... Patut aku kena bawa pakai wheelchair ja tapi memandangkan aku macam memang mau beranak sudah, dorang tolak ja katil tu. Laju lagi tu. Mau nda laju, kalau aku terberanak sana, dorang juga susah. Tulah dua kali aku bagitau mau beranak sudah, nda dorang percaya. Adeii.

Ok.. sampai sini ja entri ni ya. Sambung besok pengalaman bersalin aku ni. 

xoxo,

KizzyFauzi

Wednesday, April 8, 2015

3 hari sebelum due date. Menunggu sakit yang tidak pandai sampai2...

Isnin lepas aku ingat aku beranak sudah. Pagi tu kami sampai hospital dalam jam 8.30 am. Kontraksi yang aku rasa subuh tu makin hilang.. Tapi aku tekad juga mau pergi hospital sebab pengalaman masa  Icha lebih kurang macam ni juga. Sebelum tu bapa mentua aku bagi air penawar.. Banyak kali juga aku teguk berharap aku bersalin hari Isnin tu juga :D

Sampai hospital aku terus pergi unit bersalin. Bagitau aku ada rasa sakit kontraksi. Nurse cakap kita cek CTG dulu meanwhile husband kena pergi lobi untuk daftar nama aku untuk bersalin. So aku pun baring lah di katil dan nurse mula pasang alat CTG tu atas perut. Ok aku mula neves. Dia kata tunggu 15 minit untuk tengok contraction.. Nda lama kemudian husband sampai bagitau yg sudah register & fail aku akan dihantar. Sambil2 tunggu keputusan CTG tu aku sembang2 dengan husband & aku belum mau bagitau family atau orang opis aku di hospital sudah. Manala tau kena suruh balik kan.

After 20 minit begitu, nurse datang cek perut & bagitau yang teda contraction. Haihh punyala kecewa.. Berharap sangat bersalin hari ini. T_T  Jadi nya nurse suruh turun bawah jumpa doktor & doktor akan bagi advice debilang...

Lepas tunggu 30 minit, doktor sampai & macam biasa interview dulu, cek tekanan darah & scan baby. Dia cakap baby sihat & air ketuban pun cukup. Pastu dia kata dia mahu cek jalan. Aiyaaa.. Ini part la paling nda best huhu. Bila dia cek bawah tu, adui... sakit sikit & dengar bunyi 'pulp'.. Harap2 dia buka jalan, manatau 2-3 hari boleh beranak sudah hehe

Doktor cakap kontraksi yang aku rasa tu mungkin "main2" ja.. (Boleh pulak bgitu ah T__T) .. Bukaan ada 1cm itupun mungkin dari bersalin anak pertama. Lebih kurang 2cm sudah.. Tapi dia cakap tidak semestinya aku akan beranak ikut due 10/4/15 ni. Adoi. Pastu aku cakap boleh kah aku serah diri time due nanti? Dia ketawa saja. T_T

Doktor sajes suruh balik dulu & tunggu yg betul2 sakit kontraksi baru datang hospital. Dia cakap masih ok kalau overdue seminggu.. Dia cakap sakit kalau simpan  ubat ataupun induce. Bagus juga doktor ni dalam hati aku. So aku decide datang balik jumaat ni .. Aku mau juga bersalin minggu ni sebab husband kena  outstation minggu depan  :(  Sedih juga tu kalau aku bersalin dia tiada di sebelah & azankan baby huhu.

Aku berharap sangat Allah dengar rintihan hati aku & memudahkan semua urusan.jadi sekarang aku pun jadi insomnia sudah ni, nda dapat tidur sebab menunggu sakit yang tidak kunjung tiba.....

Monday, April 6, 2015

Kontraksi bermula sekarang!

Kontraksi sedang menggali dan menggerudi sekarang ni. Mula tadi jam 2am tapi aku tukar2 posisi baring, kejap ke kiri kejap ke kanan sambil2 tengok Instagram dan tarik nafas hembus nafas dari mulut. 

But dalam jam 4am ni, wah kontraksi makin menggila ya.. Tadi sebenarnya tiba2 ja Icha terbangun dari ayunan dan minta dipeluk sambil tertidur balik. Adehh terpaksa kasi bangun si laki .. Kasitau yang perut tengah sakit & Icha pulak nda mau kena kasi lepas dari badan. Icha tidur balik ( sebab dia memang manja dengan Ayahnya jadi senang dipujuk tidur balik) jadi aku sekarang ni boleh fokus untuk menahan kontraksi. Hihi.

Tadi aku sudah tawaf rumah sambil menahan sakit & sekarang aku mau makan dulu.. Yang ada cuma bread 5 keping & horlicks panas. Harap2 mampu menahan tenaga meneran nanti.. 


Wednesday, April 1, 2015

Masuk minggu ke-39. Makin stress.

Hari ni minggu ke-38 hari ke 5. Contraction belum ada rasa. Cuma sakit belakang dan bawah perut memang terasa sakit dan berat. Aku memang berharap dapat bersalin dalam minggu ke 38 atau 39. Nda tau kenapa mungkin sebab dengar pengalaman orang lain kalau anak kedua mesti awal bersalin. Tapi aku rasa aku akan bersalin full 40weeks. (Sebenarnya mau lari dari kena cas GST wakakaka)

Sejak 1-2 minggu ni, aku rasa aku ada insomnia sebab macam agak stress nda beranak2 lagi.. Berharap kesakitan datang tapi contraction yang fake ja. Huh. 

Tadi aku baca balik entri aku masa mau bersalin si Icha. Fuh! Sakitnya tuh di sini. Hmm thats why la aku tekad mau bersalin di swasta ... Huhu. Ngeri ngilu sakit kena cucuk masih terasa wei sampai sekarang. Mataiii...

Minggu ni cuti panjang sikit sebab jumaat ni Good Friday- public holiday untuk Sabah. Jadi hasben ada tanya mau balik Papar atau nda. Aku mau balik tapi aku takut kalau terberanak di sana.. Aku nda mau bersalin di Hospital Papar wuwuwu 
Tapi .. Mau 3 minggu sudah aku nda jenguk mami. Haishhh...

Skg pun nda larat mau pegi opis tapi aku gagahkan juga sebab mau kumpul cuti rehat sebelum aku ambik cuti tanpa gaji jaga anak nanti bulan 8 & 9. Insha Allah. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Aamin. 

Friday, March 27, 2015

Ed Sheeran - Thinking Out Loud

Bring me back years ago..

*whatever it is, im counting days for my baby son. 😋

Monday, March 16, 2015

Minggu ke 36. 4 minggu atau kurang lagi

Balik opis hari ni tiba2 rasa sakit di bawah perut. Maigad.. Macam kontraksi. Krem pun ada. Mungkin aku terlampau berdiri tadi di 1B sebab tunggu hasben ambik aku. Agak2 macam 30minit aku berdiri. Penat wei.

Balik rumah, sakit masih terasa. Tapi macam setengah2 jam datangnya. Fuh fuh fuh. Mau beranak ka sudah aku ni? Nebes gila! Tapi aku tetap tahan selagi boleh tahan ni. Nda aku mau serah diri pegi hospital kalau belum betul2 sampai masa. :p

Ikut hati malas nya mau pegi opis lagi. Mau juga duduk rumah tapi keja masih banyak & perlu handing over sebelum aku bersalin. Lagipun kalau di rumah, aku sorang2 juga.. Bahaya jua tuh kan. Kalau aku kesakitan,siapa mau bawa pegi hospital? So better aku di opis kan.

Boleh dikatakan hari2 aku google "Tanda2 Mahu Bersalin". Dan aku rasa aku beranak awal dari due. Hehe yakin ba.

Sakitnya menanti hari kelahiran. Tapi sakit lagi kena VE kalau serah diri pegi hospital hahaha

Thursday, February 26, 2015

Masuk minggu ke 34. Huh.

Salam u all. Besok tepat tepat minggu ke 34. Debaran dan pikiran makin kencang. Walaupun ini kandungan kedua, tapi perasaan nya sama macam mengandung yang pertama dulu. Mungkin juga faktor usia.. Ni umur sudah cecah 30 lebih, perasaan nya lain sikit.. Susah mau explain. Haha.

Aku stress sebenarnya berklinik dengan kerajaan ni. Bukan apa, disebabkan aku ni pembawa Talasemia, jadi darah aku nda menentu. Aku berklinik kerajaan 2 minggu sekali bah sejak kandungan masuk 5 bulan, sebab darah aku kurang dari 11. Tapi yang tu aku layankan ja la. Yang nda tahan tu, asyik2 kena bebel sebab darah nda pandai naik. Dituduhnya lagi aku skip makan ubat tambah darah. Nda dia tau yg malam2 aku "berjuang" menelan 2 biji Iberet tu siksanya Allah ja tau. Huh. Bikin panas betul.

Pagi tadi aku berklinik lagi, HB aku 9 jak. Adoi.. Apalagi kena bebel dengan macik nurse tu. Muka aku mencuka sudah. Lepas tu dia kasi takut2 lagi kunun kalau masuk 36 minggu darah masih rendah, aku kena cucuk Iron di bontot 10 hari berturut2. Nda la aku tau kenapa. Bingung aku terus.

Lepas aku berklinik sana, aku sambung lagi berklinik di Damai Specialist. Jadi aku bagitau Dr Joseph pasal mau kena jarum Iron. Doktor cakap nda perlu baitu sebab kamu memang Talasemia carrier so its a normal thing yang darah kamu 9 saja. Dont worry too much debilang. Haihhh... Lega aku sikit. Terus aku panas hati sama nurse KKIA tu. Sudahlah kita stress time pregnant ni, tambah stress bila macik nurse tu ugut2 begitu. Sandi.

Aku memang berharap aku dapat bersalin normal lagi kali ni memandangkan aku mau beranak di swasta. Tau lah bayaran swasta ni mahal sama dengan cerita suka betul putung (czer) walaupun sebenarnya boleh beranak normal. Aku doa2 ja ni semoga semuanya dipermudahkan.

Bukan apa, pengalaman aku bersalin di kerajaan  menyakitkan bagi aku. Disebabkan aku ni ada Talasemia, jadi masa dalam labor room tu, tengah2 sakit contraction yang menggila, di sanalah juga tu doktor2 praktikal pigi jarum2 di tangan kanan aku. Nda puas nda dapat cari urat di tangan, di sebelah lengan lagi dorang try. Bising aku terus sebab dua jarum sudah kena cucuk di tangan kiri,pastu mau tambah lagi di sebelah kanan. Alasan sebab mau prepare kalau2 aku nda cukup darah lepas bersalin nanti. Masalahnya dorang tu nda terer cari urat sampai lebam2 tangan aku kena test2 cucuk jarum. Huhu.

Jadinya kandungan kedua aku berazam mau bersalin di swasta. Harap2 ja semuanya normal dan selamat. Doa2 kan ya. Aamiin!


Friday, January 30, 2015

Cerita Photoshoot Pre-Wed Aqilah dan Zaidi (2/11/2014)

Masa Aqilah aka Along bagitau mau kahwin sudah, terus aku terfikir mau ambik gambar dia untuk pre-wed. Aku pernah berjanji sama dia mau shoot dia (potret) tapi nda pernah tersampai hajat.

Jadi aku decide mau ambik pic pre-wed dia & minta tolong kakak aku Along untuk mekap dia hehe .. Untuk pre-wed dorang juga, aku pakejkan sekali album Photobook. Kira rezeki dorang jugak la ni sebab aku nda minta bayaran. Consider as she is my cousin and wedding present as well. :D

Ohya lupa mau mention ba, time ni aku pregnant 4 bulan. Haha gagah juga membidik sambil bawa prop segala. Nasib baik ada assistant adik aku si Natrah. Kalau nda, sandi juga mengusung kamera & prop. Padahal location di depan rumah kampung ja pun. Hahaha.


So... ini lah beberapa hasil pic yang aku ambik.. tidak la lawa macam OP yg pro hehe jadi layan saja ye =)

*semua gambar adalah hakmilik cipta terpelihara ok*












Behind the scene :p


Saturday, January 17, 2015

Trimester ketiga - perut rajin mengeras. Contraction?

Salam u all,

Masuk minggu ni genap kandungan 28 minggu which means 7 months - trimester ketiga. Maksudnya juga dalam masa 2-3 bulan ni kemungkinan untuk bersalin kena beware sudah. Sekarang ni pun sejak seminggu lepas, perut asyik mengeras. Kalau berjalan lama sikit dan bekerja di opis pun terlalu banyak pergerakan, aku cepat penat dan rasa bawah perut tu sakit sangat. Bila aku google, kemungkinan itu adalah contraction Braxton Hicks.

Semalam mentua aku tegur, katanya perut aku macam ke bawah sudah. Macam mau beranak sudah kau ni. Alamak..aku sebenarnya pun risau jugak sebab perasaan aku macam bersalin awal dari due date aku.  Kau salah kira ka? Tanya mentua aku lagi. Aku rasa aku nda salah kira... Tapi nda tau la kan, manatau rezeki aku sampai awal mau bersalin awal.

Cuma aku risau juga sekarang ni, banyak lagi keperluan yang belum  beli untuk berpantang. Harap2 dalam seminggu dua ni aku dapat setel semua.

Khamis lepas aku review KKIA, alhamdulillah HB aku naik dari 9 ke 10.2. Aku bersyukur sangat2 sebab usaha aku selama 2 minggu berbaloi jugak. Aku nda boleh telan HATI AYAM, tapi aku telan juga! Rasa organ tu jangan cakaplah, lagi2 kalau melekat sisa di gigi! Adoiii... mau muntah balik pun ada! Tapi apa boleh buat, aku kena telan juga. Huhu. Lepas tu aku stop minum teh dan nescafe, memang HB naik. And IBERET memang aku nda skip. Bukan apa, nurse KKIA garang woo kalau HB turun, macam2 dia bebel, stress wei.. Nasib baik la review free, kerajaan kan. Kalau nda mau stress, boleh ja review di swasta, tapi duit kena sedia la.

Apapun, sekarang ni aku review dua tempat, KKIA & KPJ Damai Speacilist (betul kaini ejaan?) . Bukan apa, fobia aku di hospital kerajaan masa  beranak Icha masih segar di ingatan ba..haha. Kalau ada rezeki sikit, aku beranak la di Damai. Kalau nda, lari pigi Likas ja la jawabnya :p

U all doa2 kan la ah aku & baby selamat semuanya ya. Aamiin!

Oraitsss...hari ni hari sabtu, selalunya aku rajin  masak untuk breakfast. Tapi entah laini, macam sakit2 badan ja..mau bergerak pun kena slow2. Tapi lapar..... Aiyaaaaaa

Happy weekend everyone!

Sunday, January 11, 2015

Ingatan 10 Januari setiap tahun

Selamat Hari jadi Daddy yang ke 61 

Ingatan dan doa kami sentiasa segar. 
Semoga ditempatkan bersama orang- orang yang soleh dan insha Allah kita akan bersama semula di padang Masyar & Jannah .. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 

Monday, January 5, 2015

Cuti-cuti bersama keluarga 2014

(draf Disember 2014)

Tahun ni aku nda berpeluang mau melancong ke luar negara. Huhu sedih sebab planning nda menjadi. But its ok, sebab Allah kurniakan kami rezeki lain. :)


Apapun, perancangan family besar aku menjadi juga akhirnya mau pergi Kundasang, Ranau. Sepatutnya kami plan mau pegi bulan Mei lepas tapi Walai Tokou (Ning's Homestay) tu full booked. Alhamdulillah kali ni menjadi planning walaupun terpaksa gadai cuti rehat tahunan (patut masuk GCR ni) sebab time 8-10/12/14 ja yang ada kosong.


So hari pertama 8/12/14, perjalanan dari KK ke Kundasang. Sampai di walai dalam jam 3pm. Sebenarnya ini kali kedua kami menyewa rumah ni. Tahun 2013. Time tu Icha baru masuk 6 bulan. Rumah ni memang best, semua complete. Ada 5 bilik besar, complete dengan katil, almari, comforter.  Bilik air pun ada 2, complete jugak dengan heater. Ruang tamu besar ada 2 juga, ruang tamu utama ada sofa dan Astro full channel tau! Belakang rumah disedia tempat berbeque, dapur full dengan barang elektrik macam esbok, periuk nasi, piring pinggang sudu..semua ada. Tinggal bawa makanan basah, beras & lain2 keperluan. Kesimpulannya rumah ni 5 stars la. Recommended untuk family besar macam kami ni yang mau bercuti ke Kundasang-Ranau.


Jadinya, bila kami sudah check in tu, rehat jap & kami 4 keluarga (laki bini je haha anak tinggal sama Mami) berjalan pigi pekan Kundasang. Mau beli keperluan untuk berbekiu malam. Sempat lagi posing laki bini sebab anak tinggal  kan ? Haha. Ambil kesempatan ba.


Cuaca di pekan memang sejuk gila.. Pakai jaket tebal2 lagi, wap pun keluar dari mulut.. Chehhh terasa macam di overseaaa...


Malam- berbekiu sampai tengah malam. Pingsan makanan banyak. Haha. Pastu rasa macam nda mau mandi, apa nda sebab sejuk betul. Tapi ada heater ba.. kena mandi jugak. :D


Hari kedua, kami pergi Poring. Awal pagi lagi jalan sebab nda mau bersesak dengan orang ramai kalau tengahari. Masa sampai tu dekat jam 10.30am sudah, tapi orang punya la ramai. Hentam saja lah. Yang penting sampai niat mau mandi manda sama keluarga. Icha dan kazen2 nya la paling seronok mandi. Budak budak kan. Aku nda larat mau layan. Nasib baik ada Mami mau melayan cucunya.. Hehe.


Kami mandi dekat sejam jugak, itupun sebab mau hujan. So kami decided balik dan singgah makan di pekan ranau. Masa balik dari Poring tu, kami singgah kubur Daddy lagi. Alfatihah.... =(


Malam - semua tidur awal sebab penat mandi. Haha.


Last day, kami check out awal sebab mau pegi Dairy Farm di Mensilau & terus balik KK. Dalam jam 10 kami gerak sudah. Di Dairy Farm, biasa-biasa saja..cuma seronok melayan karenah Icha tengok lembu, kasi makan lembu.. Comel.. First time juga beli aiskrim susu tu. Sedap. Harga? Lupa. Tapi mahal la. :p 


Balik dari Mesilau tu, kami singgah Tugu Peringatan British-Australia. First time aku jejak kaki pigi sini. Lama sudah mau singgah tapi nda pernah tersinggah2. View dari atas puncak tugu memang cantik. Subhanallah. Nda berhenti2 aku ambik gambar. :D


Lepas dari sana kami singgah Strawberry Cafe makan tengahari. First time jugak makan sini & harga pun macam rate motel. Mahal juga la. Tapi nasib baik sedap. Hehe.


Ok.. penat sudah menaip haha. Mari layan gambar .. :D