Wednesday, December 29, 2010

Aima...ko patut tag aku entri ni, spya aku lebih femes dabel!

hahahaha sgt terkejut bila baca entri aima on 9/12/2010! siyes aima, patut ko bgtau aku la ko ada buat entri cam gini sebab...


AKU NAK FEMES LEBEH! har3 *laugh evil*


ok la ok la...main-main sija ba.

sebenarnya terharu ni buat entri tu..terima kasih banyak² ya. mudah²an rezeki kita makin bertambah dan diberkati Tuhan. Amin.. =)

tiba-tiba aku perasan yang.....

tadi aku ke toilet. sekejap. keluar dan basuh tangan. then bila mau keluar dari pintu toilet, aku sempat lagi menjeling ke cermin..

tiba-tiba aku perasan sesuatu dalam cermin tu..

ishh.. napa ni ah?

ish..betul ka ni?

ish..betul la ba..

betul la ni...




O EM GEE!!




AKU RASA AKU COMEL. hehehehe

Tuesday, December 28, 2010

oii stalker!!! *&%^@*#&#*&* kau!!

semalam aku balik lewat dr opis.. sorang-sorang. bukan aku mengharapkan APC* pun tahun ni, tidak sama sekali. cuma mmg menghabiskan kerja tertunggak. alasan. okey, aku terima. tapi siyes, blog opis pun kena apdet jugak ba.

kereta paking jauh skit dr lif opis. 3 minit berjalan kaki. jauh ke mcm tu? jauh weyy...pakai kasut tinggi ba..ingat senang ka berjalan laju dengan kasut setinggi 3-4 inci? try la.

sampai kereta, aku duduk sekejap smbil panaskan injin kereta. pastu tiba² aku rasa mcm ada samting terjerat di celah gigi. ni mesti cebisan sayur sawi time aku makan tadi ni. jadi, aku pun mulakan operasi penghilangan ketidakselesaan tu. buka mulut seluasnyaaa.... okey, selesai!

tiba-tiba, aku ternampak seseorang berada dalam kereta berwarna biru yg mmg sedia paking di depan sikit..mcm sedang tgk2 ke arah aku. jadi???!! selama beberapa minit operasi tadi, dia nampak la??? muka aku mcm panas. bikin malu saja!!! aku masuk gear 1 dan jalan terus!

tidakkkkkkkk!!

dia tu bekas boifren aku okey! binawey betol!!

*APC=Anugerah Pekerja Cemerlang

Sunday, December 26, 2010

aku tak guna garpu & sudu ketika makan

bila masuk cafe atau restoren, rata2 org guna garpu & sudu time makan. itu part mmg aku malas. sebab kritikelinya aku mmg nda guna dua jenis alatan ni.

dulu..ya. nampak sopan. dan manis bagi perempuan. bagi lelaki, nampak kool. nda gelojoh. wauw cekci! bak kata:" i loike!"

sekarang..tidak. sebab 1 ketika dulu ....

... masa aku masih berjinak2 dgn garpu & sudu ni, ada seorang mamat jambu yang "waalaawehhh hensemnya kauu!" duduk sebelah meja aku.. aku try senyum kat dia, tapi hampes nya dia cuma menjeling. hatiku tertawan!

dia order mi+ayam goreng je, tapi makan dgn sudu & garpu.. (apaa daaaa) tapi takpa, aku layan. aku makan mi+ ayam goreng jugak, kerana berharap ada kemistri antara kami dan dia akan notis aku.

masa makan aku asyik tgk dia mkn, hensemnya kau kunyah mi tu!! dia potong ayam pun kool ja.. tp time aku potong ayam guna garpu punyalah susah, sebab isi keras. aku try jugak, try dan try dan tiba2 ayam aku hilang??!! tgk bawah meja, tiada. tgk bawah piring, tiada jugak! tiba-tiba..

"cik, ayam awak kat kaki saya."

senyuman mamat tu mmg lawa dan dengan selamba aku ke kaunter, bayar dan pulang.

Saturday, December 25, 2010

"immortal"

loneliness is something killing me
but when we'r up to argue something stupid
i really hate the dullness and start asking
why am always stuck in 'ere in mindless situation?

i just wanna run away, far from the numbing
yet i don't want to hurt him
he doesn't deserve it, even a little

because he never left me for something fool
nor for some reasons he could leaves me
but he's still standing there
out of my door

baby, i just couldn't walk even for another step
without you, aside me
what a really needed you
every second in my life.

*********************************************************

12.32AM

Friday, December 24, 2010

Family Outing I - breakfast @ McD KKIA

before Natijah departures Mukah, Sarawak.. & i'm letting the pictures story you~



we love it!



mummy

manja


natijah

natrah

manja's iPad


mummy tengah focus baca blog saya pasal rumah kami heheheh ;D


& she's so excited about our blog! muahss


us


mcm biasa, tukang ambik gambar selalu x dlm potret..candid pun jadi laa.... ;D

cerita full akan di apdet kemudian.. selepas keberangkatan Natijah ke Mukah, Sarawak ;)

Tuesday, December 21, 2010

Hijab Contest by Cik Puan Mimi

blogwalking tadi then terjumpa entri contest ni. cam best jak kan contest ni? yeay, i wanna join it! ^_^

the post is here. requested by the organizer Cik Puan Mimi yang comel ;)

the picture is:


girls, come join me! ngeeehee =)

saya suka photog ini!

selama ni aku ingat nda ramai photog yang ambik gmbr potret utk fmily, kapel, kawin, tunang dgn harga yang bagai " skg semua orang blh bergambar!" tapi last2 aku jumpa jg sorang photog ni ---- http://akukopi.blogspot.com

dan rupanya aku mmg folower dia tp nda rielais pun dia ni photog bebas yang menentang cas harga ribuan smpi aku terbaca blog dia yang terlatest.

Gambar2 dia sgt nais dan konten momen2 gembira. aku edmit blh celen gmbr2 yang dicas mahal2. lihat sini

kalau dia ada di dpn mata, mesti aku berkata" Enchik memang sgt kool!" sambil angkat dua ibu jari!

Dia idol baru aku~ngeeeheeee

Monday, December 13, 2010

bila remaja 14 tahun berkahwin..


aku tidak mahu komen banyak-banyak, sebab kamurang gugel jak tajuk entri mcm ni, mcm2 komentar keluar.

tapi aku mahu komen sikit-sikit-banyak, remaja 14 tahun berkahwin secara HALAL mahu disiasat sebab dikhuatiri institusi perkahwinan mereka terjejas tetapi beratus remaja bawah 14 tahun bersalin TANPA nikah, tidak disiasat.

terbaca komen di bharian.com.my: “Remaja ini masih muda dan memerlukan perlindungan dan keselamatan, sedangkan perkahwinan perkara serius,” katanya.

bagaimana dengan beratus remaja yang lari dengan boifren, beranak tanpa laki, kerja menjadi pelayan di bar, dan ada yang dipaksa menjadi pe*ac*r? siapa yang melindungi dan menyelamatkan mereka?

TIADA SIAPA.
JD JGN BACA SURAT KHABAR. SAKIT HATI JA. BACA SURAT CHENTA, SENANG HATI.