Thursday, October 13, 2011

Piala Malaysia Sabah vs T-Team l 10 Okt 2011

Perghh memang gamat gilak masa pergi stadium Likas tanggal 10 Oktober 2011, Isnin lepas. Nda sangka ramai betul penyokong Sabah tu hari. jalan jammed dan even permainan sudah masuk minit ke 30, masih lagi orang ramai berpusu-pusu mau masuk ke stadium. dan paling best, dapat tiket free. kamilah orang tergolong dapat free masuk. lambat masuk kan hehehe.

teda paking o..terpaksa double park. janji masuk stadium. ;p


Time masuk tu, semua penyokong Sabah bagi kaw-kaw punya sokongan la. Masa tu 0-1 sudah, T-team bagi jaringan pertama tapi semangat penyokong Sabah memang first class!


Di astaka tu penuhhh! *Difahamkan ramai member opis aku di sana - free masuk kan. RELA. Cisss. LOL.



tu dia penyokong dan penyorak SabaHawk. memang best! siap bawa kompang + drum besar besar lagi. Fuyohh!

penyokong tegar SabaHawk! memang rowk! caya lah!

Penyokong Sabah sabar menanti jaringan.


Eh aku! Hahaha. walaupun sakit tetap gagah mau pigi tengok .


Dipendekkan cerita, masa kedua Sabah dapat jaringkan 1 mata. memang bagi semangat la. pastu di akhir minit-minit terakhir... T-Team bagi 1 jaringan lagi.. huhu... terus ramai penyokong Sabah keluar tanpa tunggu hingga wisel tamat. Termasuk kami la. Sedih + kiciwa jugak la.

Apapun, harap Sabah terus maju dalam bola sepak dan akan sampai ke Final Piala Malaysia! Aminn..

2 comments:

  1. caiyok la sakit2 pun pigi sokong... ada ko jumpa kipas susah mati rudee-san ka sana? hehehe...

    ReplyDelete
  2. hahah simangat ba pren! aiseh teda jumpa ni, pilak ja ramai. haha

    ReplyDelete