Friday, September 3, 2010
Cerita On Air: Cinta Ditolak Sebab Jual Burger!
bagi pandangan aku, perempuan tu memang mata duitan laaa. kalau ya pun jangan sampai menghina bekas tunang dia tu, tak semestinya lelaki pilihan dia yang kononnya "kaya, banyak duit, hensem" tu bagus. entah-entah, simpan perempuan lain di luar. isk..isk..iskk.. (aku tulis ni sambil geleng kepala ni)
bekas tunang dia tu siap bagitau lagi dia sdh beli lori. memang nampak dia down la, tapi tak apa bro, perempuan mcm tu baik simpan dalam esbok buruk jak. pastu esbok tu buang di pembuangan sampah.
jom klik sini!! : Kisah On Air
Thursday, September 2, 2010
Macamana nak delete follower yang ****?
puas sudah klik sana, klik sini mau delete follower yang *yaks!* eeeee.. =.='
mau tahu? tuuuuu...sila lihat box FOLLOWER i sebelah kanan ni bawah. aku listkan:
1. FREE EX-GF SEXY PHOTO
2. JESSICA
3. CRYSTAL
4. MAFIA WARS MANIAC
5. LISA MILLERS ( yang dalam movie Prison Break tu ka? yaks, no!)
6.JULIA HOFFMANN
panas mata i tgk pic dorang walaupun kecik! huh!
okey..okey jangan tensyen², ni video untuk santapan perut. sediakan mulut dan suara untuk gelak gila² babas! hahahaha
http://amazingnara.com/video-sumpah-kelakar-buruk-perangai-cikgu-dia-nie
Oder kasut mejik dr Boonga Studio!
memang puas hati la sebab sudah lama mengidam mau pakai kasut dr Boonga Studio ni. walaupun Bby ckp: "berbaloi la RM500 kamu tu". =.='
(ehem..ehem.. i beli skincare product baru okey, jadi mmg tambah berbaloi2 bonus tu kahkahkah)
okey, okey.. back to normal kizzy.
aku nda pasti kalau kwn2 d luar sana tahu pasal Boonga Studio ni. well, aku pun sebenarnya baru tahu. bukan baru la, means tahu tapi nda mau berapa ambil tahu. then since TM buat iklan pasal dorang ni, gugel terus dpt website dorang.
kasut dorang mmg cun giler smpi nda tau mau pilih mana satu. price pun okey dan paling penting kita boleh design sendiri dan hantar design tu kat dorang utk diterjemahkan ke atas kasut kanvas tu! cun kan? kalau aku pandai melukis, mesti aku pun hantar..tapi tangan i bangku okey, jadinya pilih jak di item2 yg dorang sediakan. lagipun smua menarik dan cun2. pendek kata, bikin pusing jugaklah mau pilih mana satu =p
dan yang paaaaaaling penting adalah: mereka adalah orang Melayu, org kita, local business, 100% buatan orang Malaysia. itu yang best! kan kita kena sokong buatan Malaysia? cayalah~~
kasut ni kalau tak silap, dorang guna kanvas putih dan lukis atas tu.. guna cecair warna apa, yg tu aku tak selidik lagi. tapi yang penting, dorang promis dgn kestemer, warna kasut dorang takkan fade atau pudar. dalam erti kata lain, kalau kena air, nda ilang la lukisan tu. (wahhh..simpan mejik apa dorang ni ye? :?) hehehe
nda sabar mau pg Maybank esok pagi, bank in kan duit order.. delivery mungkin ambik masa sikit (mungkin 2-3 minggu atau lebih). yalah, banyak tempahan kan. paham2 la. kalau dekat2 sana, boleh jugak 'push2' dorang cepat kan sikit order i tu.. hahaha
haaaa nilah order i... comel kan. jangan jeles. *jangan order sama i tau. hahaha kalau order sama pun, jgn bagitau i, i cubit2 lengan u LOL
harga kasut ni RM 60 (type A) + postage RM 15 = RM 75.00
(haaa harga postage ni utk Borneoians okey..)
macamana? ok kan harga dia.. nti klu yg ni dah dapat, nanti aku step ke type B pulak. tapi type B ni harga lain. makin naik alpahabet, makin naik jugak la harganya hehehe..
u all tak nak order ke? alaa.....lawat pun apa salahnya. mana tahu, ada berkenan. dan mana tau, nak tahu apa2 info lanjut tentang kasut mejik dorang ni. senang jak pun, bukan susah pun nak klik kat sini>> http://boongashoes.blogspot.com/
haaaa..kalau dah order tu atau sapa2 yang penah beli/pakai/buang kasut dr Boonga Studio ni, share2 la stori ye.
Tuesday, August 31, 2010
Merdeka?
aisehhhh skema lak pulak.. ni mmg penangan buat surat rasmi mesti guna permulaan tu. memang patriotik abis la. aku fkir kita mmg kena ada fikiran patriotisme. sebab kalau tiada sejarah, tiadalah kita. (semangat sudah ni.... jaga..) hehehee
apapun, kalau negara sudah merdeka, adakah fikiran kita masih merdeka? maksudnya dari segi pemikiran kita bagaimana mahu bertoleransi sesama manusia? kepentingan diri itu perlu, tapi kalau sudah melebih2, tidak mahu fikir kepentingan bersama, itu yang membikin panas tu.
kalau dalam bahasa omputih - u have to stand on other people shoes ba.. (ngam ka tu? antam sajalah. yg penting kamurang paham. tu kira pikiran merdeka jugak tu. terima kekurangan org lain. hahahaha)
jadinya, merdeka ni bukan dr sudut lain saja. banyak sudut. sudut apa di mahu? sudut tirus? bujur? lengkung? trai enggel? ataupun tiada sudut trai langsung? apa-apa saja ging, yang penting kemerdekaan tu perlu di paham. nda payah dalam sgt, yg penting ada kesedaran, ok la tu. lama-lama nanti boleh diperbaiki dr masa ke semasa.
susah mau jaga perasaan sendiri sebenarnya, apatah lagi mau jaga hati org. mmg patah abis la. tapi bai huk or bai kruk, hubungan kemanusiaan kita ni perlu dijaga. sebab kita hidup bermasyarakat yang merdeka.
simpel jak kan tapi berat kalau di pikir balik. hehehe
apapun, selamat hari merdeka yang ke _____________ tahun (jawab lerr) dan semoga kesedaran kemerdekaan itu ada dalam setiap diri kita.
*opps...hampir terlupa~ Happy Birthday to My Twins Sister. U both have an amazing life, enjoy it and have fun. may God bless u alwys :X
Sunday, August 22, 2010
kerja, study, foto dan.....
4) about him.
Wednesday, August 18, 2010
kan bagus kalau ada org melayu mcm ni..
this vid has been posted by my sist Kiko on my fb wall. i just didn't pay no attention to it at all. thinking maybe it was just an ordinary video which such kinda of "a thing that u must see it" ~
yep, it wasn't just an ordinary video, it was an incredible video, apparently has opened my eyes & my mind how amazing and wonderful when History been interpreted into Art of Sand.
kan bagus kalau adanya karyawan Malaysia boleh buat mcm ni. bagi sedar sikit anak2 muda zaman skg ni yg makin lupa Sejarah & Kemerdekaan. =.='
tapi adakah??
Tuesday, August 17, 2010
Bila gagal....
Jeng jeng jeng.....
Bila nampak jak result...
...
...
aku rasa macam mau ketuk2 jak kepala aku ni ke dinding. atau kalau boleh mau jerit sekuat-kuat hati. pasang lagu kuat-kuat supaya perasaan terbuai-buai ikut rentak.
huh...
Kandas lagi? Garu2 kepala yang nda banyak sangat kelimumur ni. Tekanan. Sakit ulu hati, macam rasa putus cinta pun ada....aisehh..T___T
Mungkin bukan rezeki la kan. Nampaknya kena tunggu tahun depan lagi untuk sit paper ni. Last paper.
Exam mungkin bulan 5 @ 6 2011.
.......
.......
.......
.......
Seb baik minggu ni minggu 'cuti'.. last2 aku melilau ke 1Borneo sorang-sorang bawa hati. Ni baru balik la ni. Penat!
Thursday, August 12, 2010
it's Ramadhan again, in August
hari ni dah masuk hari kedua aku berterawih di surau dkt dgn rumah susun yg aku tinggal ni. tp kali ni lain sikit, sebab Nurul ada sekali. last year dia takde, sebab balik Pahang. jd best skit sebab ada member pg surau sekali.
nak share sikit hari ni keadaan semasa terawih tadi. sesak gile, sampai terasa sgt bahang panas dalam surau. aku sempat kira lagi berapa banyak kipas. mungkin ada enam atau lebih. tapi nda rasa pun. berpeluh2 dalam telekung. bila selesai saja 'amin' di tahiyat terakhir, terus dengar semua org sebut " huhhhhh..panas.." =D
aku pun berdiri la p buka langsir di sebelah tpt duduk aku. ada rasa sejuk sikit, angin masuk. then masa selit langsir tu, nampaklah keadaan di luar surau..huh siyes buat aku terpempan sekejap. saf perempuan sampai ke luar surau rupanya! dorang hampar tikar getah atas tanah & solat terawih di situ. kira-kira ada dua saf jugaklah..
kesian jugak tgk, masa tu terfikir kenapa la pihak pengurusan taman ni nda berusaha besarkan surau sedangkan kepadatan penduduk boleh tahan jugak la ramainya. (kalau benda entertainment lain, berabis wujudkan) =.='
apapun, selamat menyambut bulan ramadhan~ =)
Thursday, July 29, 2010
what a life, getting so busy.
seb baik ada dia. kalau tidak, mesti aku tiada masa mau senyum/ketawa/makan etc.
Bulan Julai sangat mencabar (rasanya). dan sangat seronok (sebenarnya).
10-11 Julai lepas, Eeman datang KK! hoho mmg best giler jumpa minah ni. kecoh dia tak berubah since sekolah lagi. apalagi klu bukan SMCT, Sg Petani. siyes, dia buat aku rindu dgn SP. bila la mau pg sana ni...kak ija pun dah bising..janji bulan 6, ni dah masuk bulan 7.. adess.

inilah Manja & barang2 dia pada hari pertama lapor diri..
*pic Aariz x dpt aplot..blm minta permission dr mummy die.hehe =p
and hari yang sama jugak, sedih sebab tidak dapat jumpa Pijut..huhu ;( sebab komitmen gila dgn kedatangan KSU & krew2nya (of course ler) ke KK. meaning to say, nda dapat jugak jumpa Zai & Er. aisehhh lama nya nda jumpa dorang ni.... =.='
23-26 Julai mmg buat aku & termasuk member2 opis (satu Sabah ok?) bizi mcm nda cukup tanah mau berlari. yeah u knw klu org2 besar dtg, semua jd kelam kabut. persiapan dewan, pentas, makanan, penginapan, pengangkutan, aturcara, mcm2 hal la.. tapi mau nda mau, semuanya kena lalui jugak kan. huh siap kena posmotem lagi oleh KP siapa yg nda bagi komitmen terbaik. seb baik aku rajin bawa si Sara, ketara jugakla aku nampak bizi sepanjang function. hehehehe
kak serimah, ana, aku, PPT, lucy = cantik2 belaka hahaha
aku tak la nampak poyo sgt kan dgn uniform tu =p