Saturday, April 28, 2012

nota khas untuk ibu-ibu mengandung

Sumber: Ustazah Siti Nor Bahiyah

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.


2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.


3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami isteri seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.


4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.


5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya: 

*Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

*Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

*Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

*Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati.

*Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

*Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

*Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Nota untuk diri sendiri: Yang nombor 3 tu memang kelemahan la huhu. A quote I ever read: Avoid gossips. Bite your tongue if must!

Friday, April 27, 2012

aku muncul balik di blog dgn senyuman yg lebar

salam semua. rasanya (bukan rasanya lagi, memang pon) punya lama aku nda update kan blog aku. kalau di alam realiti, bersawang2 sudah, siap tu labah2 buat sawang perangkap lalat. seb baik ini cuma alam maya. boleh log masuk, log keluar pastu ignore terus pun nda apa haha.

jadi kunun cerita aku hari ini setelah sekian lama memerap moment² hidup aku yang boleh la tahan gembira juga - walaupun ada juga masanya berdepan dengan kesedihan *tapi belum la sampai merasa "sudah la jatuh, ditimpa tangga la pulakk"  - aku mau share tentang pencapaian education aku ni.

masa aku lulus Peperiksaan KPSL N27 (gugel la ah apa benda ni) tahun lepas, aku teda share pun di blog ni. walaupun mau lulus 3 paper kerajaan tu punyalah sandi, aku buat² kool ja sebab rasanya ada orang lain lagi hebat - boleh lulus 3 paper one go. perghh dorang makan kismis nda berenti kali hehehe.

tapi ini kali, aku mau share bahawa aku sudah TM dengan jayanya!! yeayyhhhh!! alhamdulillah. syukur atas kebenaran Allah SWT menjayakan aku selepas 7 tahun aku habis duit, tenaga, masa dan berkorban perasaan untuk habiskan pelajaran aku di UiTM.

pun nda lupa juga atas kebaikan lecturer Sir Norhafizie yang tidak penat mengajar Accounting pelajar dungu mcm aku ni.. siyes aku tabik spring sama sir ni sebab dia memang bagus mengajar subjek killer ni. aku pasti nda lupa jasa² dia mengajar dgn penuh kesabaran dan walaupun dia bagi B saja (ok la ba tu), paling penting LULUS! hehehe.

so now aku sebenarnya tengah menunggu keputusan kerajaan panggil aku interview untuk gred N27.. huh lama juga menunggu ni. hari² aku cek SPA8i manatau ada panggilan ka..tapi belum ada rezeki lagi. sambil² tunggu tu, aku cek² juga tarikh konvokesyen aku (chewwwaahhh) ..jangka bulan 11. aku pun nda sure aku dapat datang ka tidak sebab masa tu aku mungkin dalam fasa berpantang. just wait & wait mode la nampaknya.

aku harap (sendiri berharap) lepas post ni, aku lebih rajin kasi update.. teringin juga mau update gambar kahwin aku bulan 12 hari tu. basi sudah kan? hahahah.

TM (COMPLETE) 

*senyum lebar la nampaknya sepanjang hari =D

Monday, March 5, 2012

A day in office after back from short leave

Selepas cuti sakit seminggu, bleeding pun sudah berhenti, batuk dan flu pun sudah pulih, i guess this is the best week to start over our new phase after i fall last February.. thanks to Allah for His blessings.

Hari ni datang ofis dengan semangat dan hati yang ringan, berfikir kerja memang banyak pending tapi mesti siapkan jugak.

Final exam is coming too! This is will be my last paper in UiTM & i really really hope i can make it this time. No more escape & no more further semester for the same course! Honestly, i feel tired in my study which is i have spent almost 7 years to finish my Diploma! =.='  But i will make sure it's worthy to be proud of =)

Oh ya, i reactive my Twitter account as our minister urge all the officers/staff under the ministry to follow his twitter purposely to get latest information about our ministry activities & news. Ok, no komen about this. Layan ja dengan perkembangan teknologi terkini ok? :D

Apa lagi, jom kita bertwit! Hehehe

Jom follow! :D

@kizzyfauzi


Friday, March 2, 2012

Baby saya masih ada .... =)

Tidak tahu macamna mau mulakan entri ni sebab it's related to my previous entry before. Seperti yang aku post  pasal "miscarriage" Isnin lepas, it was a definitely  mistaken made by the doctor! Allah....  aku dan hasben nda tau sudah apa mau cakap, blur ada, bingung ada, marah ada, tapi yang pasti kami bersyukur kepada Tuhan sebab Baby kami masih ada dalam kandungan!

Pelik kan? tapi benar ok.

Ceritanya macam ni. Isnin lepas kan kami balik kampung, sebab mau rehat dan buat apa yang patut la untuk uruskan pasal keguguran aku ni... tapi sebenarnya dalam masa yang sama, hati aku kuat menyatakan yang Baby kami masih ada sebab aku dapat rasa something.. (ya...it's my Baby after all kan... :) ) dan tanda-tanda aku masih hamil masih ada.. (Ibu² saja yang tahu perbezaan tu ^^ ) 

Jadinya, pagi Selasa 28/2/2012 aku dan mami pi Klinik Mariana di Papar. Tujuan asal aku mau pi sana sebab mau cek kalau² ada sisa daging tertinggal.. sebab doktor yang cakap aku gugur tu bagitau rahim aku tak payah dicuci sebab kandungan masih kecil.   

Bila aku sudah jumpa dengan Doktor Mariana (she ws really good) dan bagitau semua masalah aku, so kami proceed untuk scan. Know what, bila scan - muka doktor Mariana tu berkerut dan tanya: Kamu sure ka yang scan miscarriage tu betul? Kenapa doc, tanya aku. Bila dia pusing kan ja monitor scanner tu, aku macam mau pengsan bila aku nampak jantung baby sedang bergerak²! Doktor tu siap minta aku gambar lagi guna henpon (sebab klinik dia teda printer scan) dan ambik video lagi baby elok ja dalam womb. Ajaib kan?

Betapa aku berterima kasih sama doktor tu yang bagi aku harapan semula. Then aku minta dia tolong  buat surat penerangan untuk bos aku menyatakan aku sebenarnya mengandung.. Huhu aku bingung sekejap macamana mau explain dengan bos aku bahawa aku tidak miscarriage. =.='

Bila aku call bos aku, dia minta aku pi cek sekali lagi di klinik lain, lagi bagus di specialist. So hari Rabu 29/2/2012, aku dan hasben pi Damai Specialist Hospital, Luyang untuk re-check. Macamana doktor specialist tu (Doc Joseph) cek aku, nda payah cerita la - sebab memang details la dia cek aku. *Ngilu pula rasanya bila fikir balik hehehe*

Akhirnya confirm sudah yang aku memang mengandung 2 bulan. Walaupun ada bleeding sikit² lagi, tapi doktor Joseph cakap bleeding tu akan berhenti 2-3 hari lagi dan dia bagi ubat supplement untuk kuatkan rahim aku & peningkatan hormon untuk tumbesaran baby. (Thanks to Eryantie for the super info ;) )

Sesungguhnya kami sangat² bersyukur dengan rezeki Tuhan ni dan berdoa, berharap our coming baby sihat² dan cukup sifatnya. Semoga Allah sentiasa merahmati. Amin. 

Kepada semua sahabat, keluarga dan pembaca blog, terima kasih atas semua sokongan, nasihat dan semangat yang tidak pernah putus. Hanya Allah dapat membalas baik budi kamurang semua. Mohon doa yang terbaik untuk kesihatan baby saya. Terima kasih banyak².

Gambar ni ambik guna henpon masa di Klinik Dr Mariana (28/2/2012)

Gambar ni menunjukkan baby dan heart beating nya. Di Damai Specialist Luyang.
(29/2/2012)

Monday, February 27, 2012

Allah menguji kami sebagai hambaNya..

Lamanya nda meng-update blog ni dan memang aku tidak berniat untuk update pun sebab dalam beberapa minggu Februari ni sangat² mencabar rasanya untuk aku dan hasben.

2 minggu lepas, waktu pagi aku test UPT and it was positive - two lines! Bersyukur kepada Allah tidak putus² untukNya atas rezekiNya. Then tiba sebelah petang, tiba² ada bleeding. Kami mula risau dan terus ke klinik.. Bila scan, it showed that my pregnancy is up to 6 weeks 1 day already but unfortunately the fetus's echo unable to see. Doktor tu cakap: mungkin kehamilan kamu tidak sihat, which is mean - risiko untuk keguguran. Masa tu, aku memang down dan rasa macam tidak berdaya. Mau melangkah keluar dari klinik pun rasa macam lemas. Aku cuba tabah dan berfikiran positif tapi malamnya aku nangis semahunya sambil hasben memujuk untuk bersabar.

4 hari kemudian - iaitu Isnin lepas, kami p klinik lagi di KF - sebab aku masih bleeding. Memang risau gila sampai nda tau apa mau buat. Badan aku lemah dan kebetulan terjangkit lagi batuk selsema dari hasben, memang lemah gila la. Rasa macam mau tidur limpang jak.

Masa scan, doktor Elen bagi tau rahim aku ada kantung air dan dia nampak denyutan jantung baby! OMG time tu aku rasa mau melompat dari katil dan menjerit: Is it real?? Dia scan lagi dan dia tanya: Dont u see it? Siyes, aku nda nampak pun tapi aku nampak pergerakan yang kecil.. dan masa tu aku berdoa Allah panjangkan usia baby kami..

Dalam seminggu, aku masih bleeding dan batuk aku makin teruk. Dan aku rasa setiap kali aku batuk kuat, darah akan keluar sikit² mungkin hentakan di perut. Then hari Jumaat lepas, aku pi jumpa Doktor Elen lagi (thanks to Khaty drove me there), bagitau dia yang aku masih bleeding dan dia pun nampak worried. Bila scan, kami masih nampak baby dan kali ni aku sendiri nampak baby punya heart beating.. aku macam mau menangis masa tu sebab mesin tu memang bagi harapan tinggi dan beri aku kepercayaan bahawa baby kami masih bernafas..

Doktor Elen suggest aku kena berehat dan dia cakap: "walaupun baby kamu ok tapi bleeding kamu buat saya risau.  What i think about is abortion which is mean a risk to miscarriage. Minggu depan kamu datang balik dan saya bagi MC seminggu."
Masa tu aku jadi bingung, pi opis pun macam tiada semangat. Nasib baik bos dan kawan² opis memahami dan minta aku banyak berehat. 

Jadi hari ni, tengahari tadi, aku pi jumpa Doktor Elen lagi dan bila scan.... mesin tu menunjukkan rahim aku kosong! Allah.. apakah musibah ini? aku cuba tahan airmata aku dan cuba dengar apa doktor tu cakap. Dia sendiri bingung dan cakap: Betulkah apa kita nampak ni? Sebab last friday we can see the baby's heart beating kan?

I just can't answer it. Really.

Doktor cakap mungkin aku agak stress (ya, 2 weeks more i will sit my final exam ) dan dia suruh aku banyak bersabar, teruskan makan supplement yag dia bagi dan banyak berehat.. Bila aku tengok sick leave aku: wrote that "COMPLETE MISCARRIAGE" .. Ya Allah.. kami tahu kami sedang diuji Mu..

Start hari ni untuk seminggu, aku dapat cuti sakit dan aku cadang mau balik kampung. Bila aku baca tentang keguguran di some web tadi, ibu yang keguguran perlu menjaga pantang larang yang lagi kompleks daripada ibu bersalin.. i really dont know what to do so i guess i should meet my mum right away..

Kalau dalam seminggu ni aku masih bleeding, aku mungkin akan ke Hospital Likas dan cuti untuk seminggu lagi. Semoga Allah sentiasa melindungi.

Sesungguhnya Allah menguji iman dengan memberi nikmat atau musibah:

Firman Allah: (ALLAH) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah Al Mulk: Ayat 2)


Kepada semua keluarga dan sahabat handai yang mendoakan dan memberikan ucapan tahniah di facebook atau di mesej sebelum ini, terima kasih banyak².
Dan mohon doa selamat dan bacaan al Fatihah untuk baby kami yang pergi.

Last picture scan that seen the baby echo. 
Info: Pendarahan ketika kehamilan : Dr Zubaidi

Saturday, February 4, 2012

Happy Birthday Lovely Bby!!

Memo harijadi untuk my Bby... *teringin mau lekat di fridge*

Semoga Allah sentiasa memberkati hidup dan dilimpahi rezeki, sentiasa sihat dan terus tabah dalam menghadapi perjuangan hidup yang tidak pernah berhenti. 

Sayang selalu *love symbols*

4/2/2012 - taken b4 off to KK =)

Wednesday, February 1, 2012

saya yang semakin memberat?

Semalam hasben tegur (akhirnya) tentang 'kebuncitan' aku. aku pun macam like: "eh perasan jugak dia ni aku makin mau menggemuk." terus dia cakap lagi: "Pas ni, jangan makan malam lagi la ah." Pandai juga risau. haaaa...kan kalau bini sudah mau 'membesar' dan 'memberat', tau takut. hahahaha.

Tapi seiyes, aku pun risau jugak sebenarnya. padahal, sebelum kahwin beriya tidak mau gemuk / buncit etc. sangat² menjaga pemakanan ok. tapi lepas kahwin ni, aisehmenn....macam nda ingat segala diet yang selalu di-praktiskan dulu². mungkin sebab hasben jenis kuat makan, jadinya kena rajin masak. pastu, bila aku tekad nda mau makan malam, terpaksa makan jugak sebab dia pandai tanya (dengan muka yang mengharap): "syg nda mau makan sekali ka?" ... jadi, mau nda mau, kena teman jugak dia makan. baru kalau 2-3 kali suap nda apa, ni yang sampai kekenyangan bersandar di kerusi makan. jadi camno la tu? helpless kan. hahaha.

Bukan setakat makin memberat tapi badan pun rasa macam nda sihat jak. last Saturday, (masa MU vs Liverpool), before match, kami pigi Indah Permai (IP) sekejap mau beli barang sikit + dorang manja mau datang rumah tengok match sama-sama. Otw ke IP, sakit di bawah perut menjadi². Actually rasa sakit sikit² tu ada since few days ago, tapi aku buat ignore jak. Mungkin sebab mau datang bulan apa ka.
Tapi yang baru² ni sakit tu makin menjadi, habis lengan si hasben jadi sasaran picitan menahan kesakitan. Jadi dibawanya aku pigi Klinik Permai di Kingfisher (memang fevret ni sebab doktor Eleen tu memang best). Malangnya doktor lain pla yang ganti. Sakit punya pasal, aku gohed saja.

Dan seperti dijangka, doktor tu bagi deskripsi yang pelik². Dia cakap kencing aku ada kotor sikit, siap kasi tinguk tu indicator warna air kencing. Tapi aku tengok 0.00 - means normal. Tapi dia cakap: U punya ni macam pink2 sikit - which is mean ada kotor sikit. Aku pun berkerut² kening tapi diam sebab bingung, takut nanti dia cakap : Bagus ko yang jadi doktor sini. Wakakakkak.

Akhirnya, dia bagi aku ubat antibiotik, tahan sakit & cuci urine - which aku nda makan pun sampai sekarang. Terbang duit hasben RM95. Sabar ah by. hehehe.

Sekarang aku tengah usaha menurunkan berat buncit ni. Caiyok²!

nilah ubat yang aku nda makan sentuh skit pun. hehhee

Tapi dalam fasa makan asid folik  & vitamin zat besi. ^^ Caiyok² lagi!! 
    

Sunday, January 29, 2012

Thursday, January 26, 2012

perihal hasben aku I

tengah-tengah aku layan cenel 701 AXN tadi, tiba² hasben p tukar mode "CD/DVD" then kasi masuk cd RAMBO. aku terkulat² sekejap. blur.

"napa by p tukar tu? saya mau tgk tv baaa.." aku mula muncung muncing.

"syg tgk la tu cd Jumanji di pc. by mau tgk ni sekejap. kalau bukan Rambo, cerita Steven Seagal." selamba ja dia menjawab. aku yang like "jumanji? bila masa aku mau tgk jumanji ni??"

"huhu..baru jak org mau tgk CSI Miami. putung stim o by ni." aku kasi up lagi muncung.

nda juga dia peduli. diam-diam ja dia sambil mula layan cerita Rambo dia.

tiba-tiba dia bangun, masuk bilik, ambik tilam single & bantal. aku tengok jak aksi² dia heret tu tilam pi depan tivi. chewaaahhhh bukan kemain lagi, layan abis cerita laki aku ni. kata hati aku ja la.

terus aku macam bagi 'warning': "haaaaaaaa...sudah ambik tu, pandai la kasi simpan balik di bilik ah..." siap aku buat muka lagi.

selamba jak dia jawab : "alaaaa....ada juga ba tukang simpan."

sabar ja la!! mau marah pun nda jadi marah. nasib baik syurga di tapak kaki suami!!

kekekekekkekekeke





Friday, January 20, 2012

aku "a little dreamer"

isk...sepanjang 3 minggu pertama tahun baru ni, sebenarnya banyak betul plan aku tahun ni, yang aku mau buat dan beli. seperti yang aku mention di entri aku awal tahun tu ari, aku nda tau apa yg aku mau list. tapi start di entri ni, sikit² aku list la. *minta puji kan.* haha.

1. mau beli kamera digital kecil - macam best ja. selesa sikit kalau mau bawa pigi mana-mana. i mean, kalau tiada outing, nda kan la mau pigi 1B pun kena bawa Sara kan. hehe. so pilihan aku adalah Canon Ixus 230Hs. Superb!

2. mau kasi fix si Kelisa - kesian kereta aku tu. cover rim pun sudah ilang di depan, selalu sangat langgar lubang. yalah kan, orang kecil, jadi time drive nda nampak sangat jalan - berlubang ka, ada najis kerbau ka etc. 
tu hari masa accident time puasa 2008 pun, masih belum pulih sepenuhnya. hood depan, bumper belakang, semua kena fix up. macam² bunyi sudah kedengaran. tapi semuanya aku serahkan kepada hasben. dia kan terer dalam hal2 cenggitu. i follow je.. haha

3. mau deco rumahku syurgaku - siyes, aku failed dalam bab-bab kasi hias rumah ni. bagi aku, cukup dia kemas - bersih, ok la tu. tapi rasanya mesti deco juga supaya sedap mata memandang. seb baik hasben ok jak. yang penting katanya: "ada makanan di rumah." =.='

4.  mau belajar masakan / dessert yang sedap² - hew³.. aku nda la failed dalam bab ni. cewaahhhh, kunun. cuma aku mau kasi asah sikit perangai malas aku ni. hoho. hasben jenis kuat makan, tidak memilih pulak tu - tolak haram, kayu, batu ja dia nda makan. jadinya aku kena merajinkan diri pigi dapur la. haha.  

5. mau masuk bengkel fotografi - jujurnya, aku nda penah attend mana² kelas atau bengkel ataupun seminar/taklimat berkenaan fotografi ni. i am a self-leaner. aku selalu buka website photography, mesti buka youtube macamana mau edit pic guna PS, suka tengok gambar² photographer amatur/pro - so that's the way i used to learn everything i knew today. =)

6. mau masuk kelas menjahit - wachaaaaaa! ini la aku rasa paling mahal punya plan. teda-teda terlintas di pikiran sebelum ni, sehinggalah aku singgah di booth Pusat Kraftangan Epal KK minggu lepas.. offer dia agak mahal tapi bila banding harga asal, memang berbaloi jugak. rasanya aku ikut kelas menjahit tu, insya ALLAH. sebab paling penting, hasben yang bayar. wahahahaha

7. last (mengkali la last kunu), mau pigi Mekah buat Umrah - kami dalam usaha simpan duit sekarang ni.. tapi rasanya impian ni nda lah kali mampu buat dalam tahun ni. mungkin 4-5 tahun lagi. saja ja highlight sini. bukan minta puji ah... bagi motivasi.. hehehe. insya Allah. 

ok, itu sajalah buat masa ni. kalau ada penambahan, lain entri lagi yaa.. :*